Keep strong..

yang memegang hati ini..
bukanlah diri ini..
tapi Tuhan empunya diri..
Dialah Ilahi Rabbi..

tatkala hati ini resah..
inginkan sesuatu yang tidak sah..
Dialah tempat aku berpasrah..
kepadaNya aku berserah..

tatkala hati ini rindu..
rindu pada yang bukan milikku..
bukanlah manusia tempat aku mengadu..
tetapi Dia Yang Satu..

tatkala hati ini lemah..
diri terus hilang arah..
mencari kepada yang sama susah..
sebenarnya semuanya salah..

tatkala hati ini mengharap..
hanya kepada Tuhan ia terucap..
segala isi hati didakap..
agar tubuh terus kuat menghadap..

tatkala hati ini mengidam..
idaman hanya terpendam..
menunggu dan tidak akan padam..
sehingga tercapai apa yang diidam..

tatkala hati ini rebah..
akibat bidikan anak panah..
bukanlah diri ini terus rebah..
malahan tidak akan mengalah..

tatkala hati ini parah..
terus mengharap sembuhan dari Allah..
kerana yang diidamkan adalah jannah..
dan jalannya adalah mujahadah..

apa sekali yang dilalui..
hati akan tetap berdiri kembali..
kerana apa yang diimpi belum tiba lagi..
syurga yang jauh lebih tinggi..

maka dengan itu, wahai hati..
bangkitlah dan terus berdiri..
kerna janji Ilahi..
tidak ada satu pun yang tidak ditepati..

wahai hati..
balasanmu mungkin bukan di sini..
kerana kau mujahid agama ini..
teruslah bersama minoriti..

wahai hati..
kau rasa dirimu terasing sekali..
mempersoalkan segala yang tidak di sisi..
ketahuilah.. kau asing di dunia ini..

wahai hati..
apa yang halal bagimu hari ini..
itulah yang kau ni’mati..
kelak kau pasti bangga sekali..

maka dengan itu, wahai hati..
terus kuat memegang janji..
kuatkan diri, wahai hati..
syurga Ilahi menanti..

wahai jiwa yang gagah..
mujahadah itu susah..
tapi akhirnya indah..
maka terulah tabah..

ganjaranmu bukan dunia yang fana..
tapi bahagia yang selamanya..
balasanmu bukan pada yang sementara..
tapi syurga yang kekal di dalamnya..

terus tabah..
wahai yang gagah..

terus kuat..
wahai yang bersemangat..

Allah tidak pernah memungkiri janjiNya..
hanya manusia yang tidak percaya padaNya..
lalu mereka tertipu dengan dunia..
semuanya mangsa syaitan durjana..

jadikan iman pelindung jiwa..
jadikan Quran penenang jiwa..
jadikan masa guru kita..
biarlah kita sengsara..
kerana ia hanya sementara..
dalam menunggu hari bahagia..
bila tiada yang haram antaranya..
hanya gembira yang terasa..
hasil mujahadah pada jalanNya..
menangkis segala panahan si durjana..
mengelak pujuk rayu nafsu di jiwa..
demi bahagia yang kekal selamanya..
bersama para syuhada’ di dalamnya..
bertemu para anbiya’ akhirnya..
dan.. melihat wajahNya.. indahnya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: