Mampukah aku menghadapi?.. Lebih baik begini..

mengapa kau menulis?

balasan siapa yang kau dambakan?
adakah manusia yang kau inginkan?
ataupun pahala yang kau harapkan?
adakah nama yang kau mahukan?

lantas, mengapa kau bersedih?
adakah tulisan sendiri membuatkan kau pedih?

lantas mengapa kau berduka?
adakah kau mahu orang membaca?

lantas mengapa kau merintih?
adakah kau rasa tersisih?

lantas mengapa kau rasa terbuang?
adakah kau rasa kau tidak dipandang?

kau salah!

tujuan kau menulis satu!

dan hanya satu!

memperingati dan mendekatkan diri..
kepada ilahi..

kau sendiri masih hanyut dengan duniawi..
cukuplah dengan yang ada buat masa ini..

mampukah kau menghadapi..
cabaran yang lebih atas lagi?..

kau belum cukup kuat untuk itu lagi..
malahan kau hanya cuba membinasakan diri..

fitnah akan tersebar dengan sendiri..
bukan kau yang mengawal mulut insan di sini..

cukuplah tulisanmu mengingatkan diri..
jangan kau lupa diri..

Advertisements

3 thoughts on “Mampukah aku menghadapi?.. Lebih baik begini..

  1. selagi kita sentiasa mengingatkan diri dgn apa cara sekalipun secara istiqomah insyaAllah itu satu strategi utk tidak lupa diri, namun itu belum cukup krn syaitan sentiasa mengganggu org2 yg berjuang dgn nafsnya maka kekuatan datang dgn berjemaah. Sentiasa berada dalam jemaah dan dapatkan nasihat dari yg lebih ‘arif bila saja dalam keraguan…insyaAllah dgn mengingatiNya, redaNya sentiasa bersama mereka yg ikhlas.

  2. Aku rindu ALLAH
    Aku rindu menangis
    Aku rindu bersujud
    Aku rindu berdoa
    Aku rindu berharap
    Aku rindu bermuhasabah

    Aku rindu saat-saat aku berkeluh kesah pada ALLAH
    Aku rindu saat-saat aku bergantung pada ALLAH
    Aku rindu saat-saat aku menyesali semua kekhilafanku
    Aku rindu saat-saat aku merasa dekat sekali dengan ALLAH
    Aku rindu saat-saat aku lemah dan berharap pada ALLAH
    Aku rindu saat-saat aku merasakan kebesaran ALLAH

    Aku rindu ALLAH…

  3. subhanAllah.. moga rindu anda dibalas kasih sayangNya.. amin.. sesungguhnya Dia kenal hambaNya yang mahu kepadaNya dengan keikhlasan yang benar dari hati.. tiada yang mampu menipu kerinduan padaNya..

    moga semuanya dikurniakan rasa rindu dan kasih kepadaNya.. amin..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s