Syaitan’s arrow..

Sebahagian daripada isi-isi khutbah terakhir Rasulullah Muhammad sAllahu ‘alaihi wassalam..

Khutbah ini telah disampaikan pada 9hb. Zulhijjah 10H di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

“berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.”

wahai diri.. mengapa kau begini.. bukankah Rasulullah telah berpesan mengenai syaitan yang direjam.. syaitan itu sangat licik wahai diri.. ingatlah.. dia akan datang tanpa putus asa.. sekali datang dibawanya anak panah kecil.. lalu dipusatkan pada hatimu wahai diri.. tidak cukup itu.. datang lagi dia dengan anak panah beracunnya.. lebih besar malah lebih tajam.. setiap kali dia datang.. lebih besar dan lebih tajam.. lebih besar dan lebih tajam.. hingga akhirnya kau lali dengan maksiat yang kau lakukan.. wahai diri.. sedarlah.. muhasabah kembali dirimu setiap saat.. muhasabahlah dirimu sebelum kamu dimuhasabah.. adakah apa yang kau lakukan itu diredhai Allah.. adakah itu yang diajarkan oleh rasulullah.. adakah memenuhi nafsumu itu suatu tuntutan.. adakah meletakkan kerisauan pada yang bukan haqnya itu diantara pengisian.. wahai diri.. kau lebih bimbang akan perasaan manusia lebih dari kau risau dan bimbang akan murkaNya.. kau ini siapa?!.. dia itu siapa?!.. bukankah Allah itu lebih jauh layaknya dirisaukan akan murkaNya.. akan kasihNya.. akan redhaNya.. akan berkatNya.. akan restuNya.. siapalah manusia untuk kau menagih kasih lebih dari kasihmu kepada Allah.. ya Allah.. ampuni kelunturan mujahadahku.. aku tahu, sudah berkali-kali aku jatuh dari landasanMu.. maka dengan itu, Kau tetapkanlah hatiku.. kuatkan imanku.. agar aku dapat menangkis panahan syaitan yang direjam… agar aku dapat menepis segala pujuk rayu nafsu.. agar aku dapat mengelak segala bisikan syaitan dan segala macam ahli thaghutnya.. bantulah.. bantulah Ya Allah.. aku hanya insan lemah.. hatta ‘abid sendiri tersungkur.. inikan pula diri yang sangat nipis imannya berbanding dengan para ‘abid.. tapi aku adalah ‘abidullah.. aku adalah hambaMu.. aku tahu tanggungjawabku.. aku dicipta untuk beribadah kepadaMu.. dan aku tahu.. syaitan itu dengki dengan kami.. kami manusia.. kami bani adam.. tugasnya merosakkan kami.. dia ingin kami mensyirikkanMu.. dia telah berputus asa dengan kejahatan dan dosa-dosa besar.. namun dia tidak pernah putus asa dengan perkara kecil.. dosa kecil.. yang semakin hari semakin mengelapkan hati ini.. dosa kecil yang semakin hari semakin menjauhkan diri ini dariMu.. dosa kecil.. yang aku sendiri kadang leka.. lalai.. alpha bahawa itu adalah dosa.. syaitan itu licik… aku mengadu kepadaMu ya Allah.. aku merintih padaMu ya Allah.. aku mengemis padaMu ya Rahman.. aku berserah kepadaMu ya Rahim.. aku meminta padaMu ya Karim.. bantulah diri yang lemah ini.. melawan segala jenis bisikan nafsu.. segala jenis panahan syaitan.. segala bentuk apa sekalipun yang digunakan oleh nafsu dan syaitan serta para thaghut untuk menyesatkan aku.. tetapkanlah imanku pada jalanMu.. bantulah ya Allah..

4 comments
  1. FaisaL said:

    Ya Allah………

    bantulah………

    hati ini sangat gundah…..

    resah…..

    hilang arah…….

    tapi……

    itu semua hanya dunia yang rendah……..

    namun…..

    mengapa harus begini……..

    hati rasa tidak tenang………

    tidak tenteram………

    moga Kau kuatkan ya Allah…..

    diri ini yakin dengan janjiMu…….

    dengan mengingatiMu, hati akan menjadi tenang…….

    insyaAllah…….

    akan kulaksanakan……..

    kerana ku tahu…..

    syaitan jua ciptaanMu……

    malah dia sendiri takutkanMu….

    dia tiada kekuatan untuk menentukan hidupku…..

    kuatkan imanku ya Allah…

    tetapkan hatiku….

    tunjukkan diri ini jalan yang lurus….

    jalan orang-orang yang Kau beri ni’mat…

    jalan orang-orang yang Kau redhai…

    amin ya Rabbal alamin….

  2. FaisaL said:

    alhamdulillah.. memang benar segala janjiMu.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. moga terus ditenangkan sentiasa..

    “orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”

    ( Surah ar-Ra’d [13] : 28 )

    alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah..

  3. Satmoko said:

    Yakinlah: Bahwa Allah swt selalu
    Memberikan yang terbaik buatmu walau sekilas nampak bukan terbaik dimatamu. tp renungkanlah dan Bahwa Allah juga tidak akan pernah menguji diluar batas kemampuan umatnya.Amien
    Menangislah akan dosa yang tlah kau lakukan…. sesungguhnya Allah swt Maha pengasih dan penyayang.

  4. FaisaL said:

    jazakumullahu khairan kathira.. benar.. Alah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya walau sekecil zarah.. manusia yang menzalimi diri mereka sendiri.. Allah tidak akan membebankan bebanan yang tidak dapat dipikul oleh hambaNya.. seperti mana dalam firmanNya..

    “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya…”

    ( Surah al-Baqarah [2] : 286 )

    Allah Maha Mengetahui segala sesuatu dan Dia tidak akan menzalimi hamba-hambaNya.. maka, di ruang mana hendak kita sedihkan?.. pastinya segala yang berlaku itu ada hikmahnya.. dan setiap sesuatu itu telah ditakdirkan untuk manusia.. Allah Maha Mengetahui akan sebab-sebabnya.. yakinlah dan bersangka baiklah.. pasti tidak akan rugi..

    “… dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”

    ( Surah al-Baqarah [2] : 216 )

    moga terus dikuatkan iman dan ditetapkan atas jalan yang benar..

    amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: