Baja mujahadah..

Mujahadah bermaksud “berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu.”

Dalam sebuah hadis bertaraf hasan, nabi bersabda,

“Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah.”

Mengikut Said Hawa dalam Al-Asas fit Tafsir, “Secara dasarnya melawan hawa nafsu bermaksud menundukkan nafsu agar ia mengikut kehendak Allah dalam setiap perkara.” Apabila nafsu dapat dikalahkan seseorang akan mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi.

Dalam Ihya Ulumuddin Imam Al-Ghazali berkata, “Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin.” Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah. Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat.

Berhubung dengan ini Abdullah ibn Mubarak berkata, “Jika cintamu benar! kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu’.”

Mereka yang sanggup melawan nafsu ialah mereka yang percaya kepada akhirat serta hari pembalasan. Inilah kekuatan yang ada pada umat Islam. Kepercayaan ini menjadikan mereka golongan yang sanggup mengetepikan keseronokan sementara demi untuk mencapai matlamat jangka panjang yang kekal abadi.

Denis Waitley dalam Empires of the Mind berkata, “Saya berpendapat, salah satu punca utama yang menyebabkan Amerika bermasalah besar pada hari ini ialah, rakyatnya begitu asyik dan ghairah dengan keseronokan jangka pendek dan melupakan kepentingan jangka panjang.”

Mereka yang bermujahadah sebenarnya merupakan golongan yang mementingkan kepentingan jangka panjang. Antara perkara yang merangsang mereka untuk mengutamakan kebahagiaan masa depan ialah firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi,

“Aku (Allah) telah sediakan bagi hambaKu yang salih (nikmat) yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengari oleh telinga dan tidak pernah dirasai oleh hati manusia.”

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mujahadah adalah jambatan kepada takwa. Dalam Al-Asas fit Tafsir, Said Hawa berkata, “Takwa adalah hasil daripada hidayah dan hidayah adalah hasil daripada mujahadah.”

Justeru mujahadah melawan hawa nafsu adalah titik permulaan kepada takwa. Antara amalan yang membantu usaha untuk melawan hawa nafsu ialah bacaan Al-Quran, solat dan zikir. Nabi ketika disoal tentang jalan untuk mencapai syurga telah menjawab,

“Bantulah dirimu dengan banyak bersujud.”

Banyak bersujud bermaksud banyak bersolat dan banyak bersolat bermaksud banyak berzikir dan membaca Al-Quran.

Mereka yang bermujahadah akan mendapat beberapa anugerah istimewa daripada Allah berdasarkan firmanNya,

“Mereka yang bermujahadah (yakni berjuang secara bersungguh-sungguh) pada jalan Kami akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.”

(Surah al-‘Ankabut [29] : 69)

Berhubung dengan ayat ini Imam Ad-Darani berkata, “Mereka yang bermujahadah berdasarkan ilmu yang diketahui, mereka akan ditunjukkan Allah tentang perkara yang belum diketahui.”

Fudail Iyad berkata, “Mereka yang bermujahadah untuk mencari ilmu, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan untuk beramal.”

Junaid Al-Baghdadi pula berkata, “Mereka yang bermujahadah dengan bertaubat, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan keikhlasan.”

Sahabat Abdullah ibn Abbas pula berkata, “Mereka yang bermujahadah untuk melakukan ketaatan, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan pahala dan ganjaran.”

3 comments
  1. FaisaL said:

    Bukankah syurga itu, sesuatu yang terlalu indah untuk dicapai dengan mudah? bermujahadahlah wahai hati..

    mujahadah itu indah. mujahadah itu mngawal diri dari nafsu dan syaitan. mujahadah itu perlu kekuatn iman. mujahadah itu jalan dituntut Tuhan. mujahadah itu tak mudah, tapi indah. berbahagialah..

    moga terus diberi kekuatan..
    moga terus diberi ketabahan..
    moga terus diberi kecekalan..

    ya Allah..
    bantulah..

    aku mengemis kekuatan dariMu..
    aku mengemis ketabahan dariMu..
    aku mengemis kecekalan dariMu..

    kerana aku hanyalah pengemis..
    aku yang memerlukanMu..

    sedikit pun tidak berganjak kemulianMu dengan amal baikku..
    sedikit pun tidak berganjak kehebatanMu dengan amal burukku..

    maka..
    ampunilah aku..
    kuatkanlah aku..
    tabahkanlah aku..
    cekalkanlah aku..
    pimpinlah aku..
    bimbinglah aku..
    tunjukkanlah kepadaku..
    suluhkanlah jalanMu..
    bantulah ya Allah..

    cukuplah Engkau sebagai Pembantu dan Penolongku..

  2. Anonymous said:

    mohon share ye.

    • lasiaf87 said:

      silakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: