Masa rasa terlalu lama..

masa rasa terlalu lama..
bila menahan nafsu yang hendakkan dunia..
tapi masa ibaratnya sekejap saja..
bila asyik mengikut hasutan sementara..

masa rasa terlalu lama..
menanti sesuatu yang halal buat jiwa..
tapi masa sepertinya seketika..
bila mana alpha bersama dengan dunia..

masa rasa terlalu lama..
bila ingin meraih syurgaNya..
tapi masa itu bagaikan sepintas saja..
bila leka dengan perbuatan neraka..

masa rasa terlalu lama..
bila yang diimpikan ialah redhaNya..
tapi masa macamnya sekelip mata..
bila yang dilakukan itu mendapat murkaNya..

masa rasa terlalu lama..
untuk segala yang baik pada neracaNya..
kerana itulah harganya..
mahalnya nilai sebuah syurgaNya..

masa rasa terlalu lama..
menanti sesuatu diidamkan jiwa..
tetapi masa jua lah yang mendidik jiwa..
agar kelak tidak merana dan kecewa..

masa rasa terlalu lama..
kerana hanya mahukan yang sementara..
tanpa berfikir akan akibatnya..
retak di akhir kerana rapuh mulanya.. 

masa rasa terlalu lama..
untuk bersama segalanya..
tapi mujahadah itu jalannya..
maka tingkatkanlah kekuatan jiwa..

masa rasa terlalu lama..
kerana fikiran pada yang rendah darjatnya..
lupakah ada yang jauh lebih hebat tingginya..
kerna itu tabahkan jiwa..

masa rasa terlalu lama..
jika kita hanya fikirkan dunia..
kerana kita buta pada syurgaNya..
kerna itu bukalah mata!

Advertisements

One thought on “Masa rasa terlalu lama..

  1. masa juga merupakan guru..

    “… Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

    (Surah al-Baqarah, [2] : 216)

    moga terus bersabar.. dan dikuatkan.. insyaAllah..

    wAllahu a’lam..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s