Kemaafan dan memaafkan..

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.”

(Riwayat Bukhari)

manusia itu tiada yang sempurna..
setiapnya pasti ada kesalahannya..
cuma terdapat bezanya..
antara yang rugi dan berjaya..

mereka yang berjaya..
memaafkan yang lainnya..
kerana mereka tahu ganjarannya..
mereka hanya mendambakan syurgaNya..

kadangkala teruji kesabaran dalam jiwa..
lantaran luka dengan sahabat kita..
namun ingatlah syurga merindui kita..
bukan itu kesempatan di depan mata?..

kemaafan jika dipandang dengan mata dunia..
pasti benci bermuka dengannya..
tetapi, pandanglah dengan pandangan syurgaNya..
nescaya ia perkara yang terindah dalam jiwa..

Advertisements

One thought on “Kemaafan dan memaafkan..

  1. “Maafkanlah orang yang menzalimi anda, dan sambungkanlah tali silaturrahim orang yang memutuskannya dengan anda. Berilah orang yang tidak pernah memberi kepada anda, dan berlembutlah terhadap orang yang berbuat jahat kepada anda. Jika anda mampu melakukan semua ini, nescaya anda akan memperolehi kebahagiaan dan ketenangan.”

    (Dr. ‘Aidh Bin Abdullah al-Qarni)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s