Hati..

”Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha lagi diredhai-Nya.¨

(Surah al-Fajr [89] : 27-28)

hati yang tenang pasti membuahkan insan yang tenteram.. hati yang tenang pasti menghasilkan hidup yang aman.. hati yang tenteram pasti kebal dari segala macam dugaan.. hati yang tenang pasti tidak gentar akan ujian.. hati yang tenang matlamatnya hanya panjang.. hati yang tenang keinginannya adalah Tuhan.. hati yang tenang tidak bosan beramal.. hati yang tenang tidak mengharapkan redhaNya.. hati yang tenang selalu ingat padaNya.. moga kita mendapat jiwa yang tenang.. hati yang tenteram.. hati yang tidak resah.. hati yang sentiasa ingat Allah.. dan pada hari pembalasan sana.. kita akan digolongankan dalam hambaNya.. yang tempat akhirnya adalah syurgaNya.. insyaAllah.. hati yang tenteram.. ialah hati yang baik..

telah banyak yang dikhabarkan mengenai hati.. antaranya.. hadith rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam..

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Hati.. 

dan lagi..

“Ketahuilah, bahawa dalam tubuh itu ada segumpal daging. Jika ia baik maka baik pula seluruh tubuh itu. Ketahuilah, bahawa segumpal daging itu adalah hati.”

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

malah imam al-Ghazali pernah berkata..

“Saya hairan dengan manusia yang sangat mengutamakan kebersihan dan keindahan tubuh sedangkan hatinya tidak mereka bersihkan dari kotoran-kotoran batin dan maksiat, padahal Allah hanya memandang hati mereka sebagaimana firman Allah dalam surah asy-Syams ayat 7-10.”

firman Allah yang dimaksudkan oleh imam al-Ghazali itu ialah..

“demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaannya), maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan, sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.”

(Surah Asy-Syams [91] : 7-10)

dan dapat dilihat betapa pentingnya hati.. kerana hati itu ibarat raja kepada kesuluruhan tubuh ini.. apabila hati bersih, bersihlah seluruhnya.. malah, dalam konteks pelajar.. hati ini tempat tinggalnya ilmu.. tempat singgahnya ilmu.. tempat hidupnya ilmu.. inilah dia rumah ilmu.. dan ilmu itu terlalu mulia untuk tinggal di rumah yang kotor.. ilmu itu cahaya.. cahaya Allah.. cahaya sifatnya bersih.. sifatnya putih.. sangat jauh malah bertentangan dengan kekotoron.. yang mana gelap hitam dan kelam sifatnya.. dan yang menghitamkan hati itu adalah maksiat.. yang menggelapkan hati itu adalah maksiat.. yang menghalau ilmu keluar dari rumahnya itu adalah maksiat.. yang mengotori dan menggelapkan tempat tinggalnya ilmu itu adalah maksiat.. yang menyebabkan ilmu tertangguh niatnya untuk singgah di hati itu adalah maksiat.. maka dalam menjaga hati.. mengjaga ilmu.. hati harus bersih.. dan hati yang bersih adalah hati yang tidak melakukan maksiat.. dalam athar tabi’in ada mengisahkan.. mengenai kisah imam besar kita.. imam as-syafi’e.. imam syafi’e mengeluh kepada Waki’ (gurunya).. katanya..

“Saya mengeluh kepada Waki’, hafalanku lemah; lantas dia menasihatiku untuk meninggalkan maksiat.” Sambung Waki’, “Ketahuilah bahawa ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah subhanahu wata’ala tidak berikan kepada pelaku maksiat.”

kisah ini telah dilagukan oleh talib al-habib dalam lagunya yang cukup merdu.. bertajuk knowledge is light.. dan lirik cukup pendek.. tapi maksudnya mendalam..

shakautu ila Waki` su’a hifdhi
wa arshada-ni an tark al-ma`asi
wa akhbara-ni bi anna ilman nur
wa nur Allah la yu`ta al-`as

The great Imam ash-Shafi’, he went to his teacher Waki`
Complaining about the weakness of his memory.
He told him, ‘abandon rebellion, for knowledge is a light
And the light of Allah is not bestowed upon a rebel.’
 

dan bukan itu sahaja.. imam malik juga pernah menasihatkan imam as-syafi’e mengenai maksiat.. imam malik menasihatkan muridnya (imam as-syafi’e) itu dengan berkata..

“Saya melihat Allah subhanahu wata’ala telah meletakkan sinar dalam hatimu. Jangan engkau padamkan dengan kegelapan maksiat.”

begitu penting sekali hati bagi seorang pelajar.. itu baru dilihatkan skop seorang pelajar.. belum lagi manusia keseluruhannya.. hati sememangnya merupakan raja tubuh badan.. eloknya dia, maka eloklah segalanya.. kerana hasil perbuatan yang diluar, lahirnya dari dalam.. maka, jika yang di dalam itu elok, eloklah yang luarnya.. ini jugalah penyelesaian bagi seluruh permasalahan ummat sekarang.. ambil sahaja apa pun contoh keruntuhan akhlak remaja misal kata.. tidak pun kita ambil yang mudah.. isu rempit di malaysia.. beribu cadangan diutarakan.. beratus-ratus usaha dijalankan.. semuanya sia-sia.. mereka tetap berempit.. buatlah litar besar mana sekalipun untuk mereka.. mereka tetap dengan gaya jalanan mereka.. kerana apa?.. kerana hati mereka telah gelap dan tertipu dengan ni’mat dunia.. keghairahan hidup di dunia membutakan mata.. mata hati mereka.. hati mereka telah buta akan keterangan cahaya ilahi.. nurullah.. cahaya Allah.. cahaya Allah tiada dalam hati-hati mereka.. sekiranya hati mereka merupakan hati yang baik.. hati yang elok.. hati yang bersih.. hati yang dididik dengan ajaran islam.. hati yang penuh dengan iman.. nescaya semua ini tidak akan terjadi.. pastinya muslim yang berhati bersih suci dan jernih itu sifatnya teramat baik.. seperti mana yang digambarkan dalam lagu zain bhikha bertajuk “heart of a muslim”.. yang mana liriknya seperti berikut..

Looking up at the sky, searching for Allah most High
He rejected the way of worshipping Gods of clay
Prophet Ebrahim knew that Allah was near
And that the heart of a Muslim is sincere

Under the hot burning sun, he declared God is one
Though with stones on his chest, his Imaan would not rest
The Muadhin knew that right would conquer wrong
And the heart of a Muslim must be strong

Chorus:
It’s the heart of a Muslim through the guidance of Islam
That makes you fair and kind and helpful to your fellow man
So living as a Muslim means that you must play a part
Allah looks not at how you look, but what is in your heart

In our poor meager state, little food on our plate
Mother said she was glad, always sharing what we had
When I asked how can we share what’s not enough
She said the heart of a Muslim’s filled with love

He said its time you should know, you will learn as you grow
That some people around will do what’s bad to bring you down
Father said to be a star that’s shining bright
For the heart of a Muslim does what’s right

Chorus

So whatever you, make sure your words are true
Honesty is the best, because life is a test
Even if it hurts so much you want to cry
For the heart of a Muslim does not lie

Chorus

dan lagunya..

moga peringatan pendek ini bermanfaat untuk semuanya terutamanya diri sendiri.. moga sentiasa saling memperingati.. insyaAllah..

 

 

1 comment
  1. FaisaL said:

    Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul untuk mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah, Ya Allah, akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar. Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjun malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan serta keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat tentangMu. Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhada’ dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: