Apa yang aku risaukan sebenarnya?..

“Ish aku risau sangat, malam tak boleh tidur memikirkannya”. “Aku risau dengan keputusan peperiksaan SPM ni nanti”, “Aku risau, tetapi tak tahu apa yang dirisaukan, Risau risau aku dibuatnya”. “Kau risaukan apa tu nak? risau aku melihatkan kau tu”.

Risau ni kadang-kadang nampak macam sindrom bagi kebanyakkan orang. Itu yang saya risaukan. Eh!! saya pun risau. Nama pun manusia, risau ni biasanya berlaku kepada orang yang tidak berkeyakinan yang tinggi atau orang yang suka berusaha last minit, atau yang buat kerja lebih kurang sahaja. Tapi walaubagaimana pun hakikatnya kerisauan telah menjadi teman kita sejak kecil lagi. Jangan menafikan. Tidak boleh lari dari kerisauan. Tidak banyak, kadang-kadang sikit pun ade juga. Betul tak. Risau jualan kita laku ke tidak, risau ebook aku bagus ke tidak, risau ada pembaca ke tidak, risau aku menang ke tidak, risau duit cukup ke tidak. Kadang-kadang tu risau ni boleh menunjukkan satu sifat pertikaian manusia itu sendiri. Padahal kita sendiri yang melakukan hal tersebut. Ia pun mengambarkan ketidakyakinan tahap sederhana, kerana macam mempertikaikan sesuatu. Mungkin begitu atau mungkin tidak. Kesangsian, keraguan dan ketakutan, ini semua member dia. Macam mana pusing pun ke situ juga.

Risau juga dalam positifnya, mengambarkan satu ketanggungjawaban kita pada sesuatu. Bukan orang itu tidak yakin, tetapi fakta jadi panduan. Realiti jadi sandaran. Pengalaman jadi peneman. Risau-risau jugak, tapi apabila sampai satu tahap tinggi kerisauan, ia akan memberi impak maksima.

Jadi apa yang akan anda perolehi jikalau anda terus risau secara optimum dan efektif, antaranya anda berjaya mendapatkan ketidaktenangan dalam hati. Kedua, akal anda sukar untuk berfikir. Ketiga, Anda cepat jadi pelupa. Keempat penampilan anda pada khayalak ramai makin dapat perhatian kerana keserabaian, ia mempengaruhi air muka atau raut wajah anda. Tunggu!! ada lagi bonus yang akan anda perolehi, prestasi hidup kerja anda tidak optimum dan stabil kerana hilang fokus. Tunggu!! ada lagi anda buat orang lain risau. Dan untuk tempoh terdekat dan terhad anda akan jadi bodoh sekejap.

Ini kenyataan dan fakta. Tunggu!! jikalau anda terus mengikuti teknik bodoh ini untuk risau, dalam jangka panjang anda akan memperolehi satu katil kat wad hospital. Kerisauan akan menganggu semua sistem kesihatan dalam badan. Jantung berdegup tak tentu hala, kesakitan anda akan bertambah parah, anda akan sakit , sakit yang anda tidak tahu puncanya. Dan nanti kebanyakan sakit anda hadapi bukan dari kesakitan fizikal tetapi datang dari kesakitan jiwa yang tidak dapat anda uruskan dengan betul. Jadi kalau nak semua ni, teruskan RISAU.

Risau sikit dah la. Kita sebagai orang ISLAM kita ada ALLAH S.W.T. Jadi risau tahap tinggi dah terbuang. Jadi tinggal risau yang sikit-sikit atau yang kecil-kecil sahaja. Minta pada ALLAH, rajin-rajin solat dan doa. Minta diringankan beban yang tidak mampu anda tanggung. Yakinlah pada ALLAH S.W.T, ketenangan pasti diperolehi Insyallah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: