Dalam sedar atau pun tidak..

mengapa hari ini bagai ada yang tak kena..
mengapa diri terasa bagai malas segalanya..
mengapa diri sepertinya bukan yang empunya..
mengapa.. apa yang menimpa..

moga terus diberi petunjuk..
moga terus disinari..
moga terus dirahmati..
moga terus diberkati..

siapalah aku tanpaMu..
aku hanyalah pengemis padaMu..
cukuplah Engkau sebagai pembantuKu..
terangi hati ini wahai Tuhanku..

diri sendiri tidak mengetahui..
diri sendiri tidak mengenali..
hanya Kau Yang Maha Mengetahui..
perbaikilah diri ini..

Advertisements

One thought on “Dalam sedar atau pun tidak..

  1. ya Allah..
    adakah ibadahku tergantung di pintu langit..
    aku dosaku menggunung tinggi..
    kerna itu ku harapkan ampunanMu..
    aku kenal siapa aku..
    dan siapa diriMu..
    tapi aku kadang alpha..
    aku leka..
    aku lupa Engkau Yang Mencipta..
    aku hanya tahu aku adalah aku..
    astaghfirullah..
    adakah aku mahu ikut jejak nafsu..
    yang sombong bongkak pada Yang Satu..
    tidak..
    aku tidak mahu begitu..
    Ya Allah..
    kembalikan ketenangan hati..
    hadirkan sakinah dalam diri..
    wujudkan ketenteraman dalam jiwa..
    aku hanyalah insan biasa..
    maafkan aku apabila aku mengeluh..
    kadang aku terasa hilang ampuh..
    Ya Allah..
    bantulah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s