Mohon kejayaan yang hakiki dariMu..

Ma’at Taufiq Wan Najah

Ummi.. Abah.. Khairi.. Aiman.. Amir.. Hafidz.. Luqman.. Hudaa.. Ariff.. dan semua sahabat serta yang mengenali diri ini..

Doakan kejayaan Muhammad Faisal Bin Kamarul Zaman..

Ya Allah.. diri ini tahu belum layak menerima pertolongan Allah.. belum bersedia menerima pertolongan Allah.. namun diri tidak punya apa-apa selain Allah.. nyawa ini milikMu apa lagi kejayaan dalam kehidupan nyawa ini.. maka diri ini menagih dan merayu meminta kepadaMu.. Ya Allah.. sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. kurniakan kejayaan kepada diri ini sekiranya itu yang terbaik buat diri ini.. tetapi sekiranya kejayaan itu menjauhkan diri ini dariMu.. maka kau ambillah ia dan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik untuk diri ini.. Ya Allah.. janganlah Engkau duga diri ini dengan sesuatu yang tidak dapat diri ini hadapi.. dan jangan pula kau biarkan diri ini sendirian menentukan arah hidup walau sesaat.. berilah petunjuk dalam setiap pilihan hidup diri ini.. suluhkanlah jalan yang benar walaupun jalannya sempit dan tetapkan hati ini agar terus berjalan di atas jalan itu walaupun bersama mereka yang sedikit.. kerana diri ini yakin.. Kau Maha Mengetahui.. diri ini hanya makhluk yang dicipta.. hanya mampu meminta-minta.. dengan sedikit kudrat yang diberi diri ini berusaha.. tapi Kau jua yang menentukan.. bantulah diri ini.. Kau Maha Mengetahui mana yang lebih baik buatku.. berikan diri ini kejayaan dengan kejayaan sebenar.. yakni kejayaan pada pandangan neracaMu.. amin ya Rabbal alamin..

Advertisements

One thought on “Mohon kejayaan yang hakiki dariMu..

  1. Along sentiasa dalam doa kami…Moga Allah beri rahmat dan hidayahNya untuk sama2 kita harungi hidup ini dalam usaha mencapai kebahgiaan hakiki…amin ya rabbal alamin.

    ummi yg sentiasa mengingatimu …

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s