Pergilah silamku…

pergilah silamku..

kau dahulu bawa ku terbenam..
jatuh terjunam dalam lurah hitam..
satu tempat yang kelam..
sehingga aku sendiri terbaham..

pergilah silamku..

kau bukan lagi pendampingku..
kau adalah masa lalu..
aku kini dengan hidup baru..
aku aman hidup cara baru..

pergilah silamku..

kalau kau hanya membawa kegelapan..
maka bukan itu yang aku mahukan..
kesedihan berpanjangan..
keresahan sepanjang perjalanan..

pergilah silamku..

aku tidak suka semua itu..
aku tersedar dari lamunanku..
aku tersentak dengan suasana hidupku..
yang berlapik dengan pandangan nafsu..

pergilah silamku..

aku kini bersama cahaya..
menyuluh jalan ke arah yang bahagia..
aku kini bersama ketenangan jiwa..
aku damai begini selamanya..

pergilah silamku..

jika kau hanya mengotori jiwa tenangku..
jika kau hanya ingin membawa dosa lalu..
jika kau hanya ingin aku hanyut dengan arus lalu..
jika kau hanya ingin aku mengikut nafsu..

pergilah silamku..

aku kini menyambut cahaya baru..
aku kini tidak lagi perlukan kesenangan yang dulu..
aku kini bahagia dengan janji Tuhan Yang Satu..
aku kini berharap syurgaNya yang kurindu..

pergilah silamku..

dan selamat datang wahai dunia baru..
bersama cahaya indah menyuluh diriku..
petunjuk dari Rabbku Yang Satu..
moga terus diberi petunjuk padaku..

Advertisements

One thought on “Pergilah silamku…

  1. jika kesedihan semalam dapatku teruskan dalam tiap hari..
    aku inginkan rasa bersalah terus berdiam dalam hati..
    agar aku sering kali menginsafi diri..
    kerna aku tahu aku sering alpha dan lupa diri..
    kerna itulah aku rindu sekali perasaan ini..

    semalam merasainya.. bagai tiada hati yang paling bahagia..
    moga aku terus dikurniakan ketenangan jiwa..
    hanya kepadaMu Tuhan Yang Esa..
    aku menadah tangan memohon ampunan dosa..
    memadam segala dosa yang pernah ada..

    moga aku terus terasa hina..
    kerna sememangnya aku ini hina..
    hina di mataMu.. sangat hina..
    yang dicipta berlagak hebat depan Pencipta..
    manusia apa lagi layak digelar?..

    malah jika ada yang lebih hina..
    sememangnya akulah dia..
    sudahlah faqir..
    meminta pun tidak..
    ampunkan aku..

    moga silamku mengajar aku…
    alhamdulillah..
    kerana memberi petunjuk kepadaku..
    moga terus diberikan petunjuk padaku..
    amin ya Rabbal alamin..

    pergilah silamku…
    aku kini dengan cahaya baru..
    bukan lagi dengan dunia dulu..
    kerna kali ini aku sedar siapa aku..
    selamat tinggal silamku..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s