Belum lagi masanya..

tidak.. jangan sekali lagi..
aku sudah lama tidak begini..
jangan kau datang lagi..
aku tidak mahukan ini..

apakah kau fikir kau akan puas begini..
apakah kau rasa kau bahagia begini..
apakah kau ingat kau diberkati..
tidak.. malah jauh sekali..

pergi jauh perasaan ini..
perasaan yang tidak patut hadir dalam diri..
bagiku.. belum lagi waktunya untuk ini..
aku tidak redha kau bermain emosi..

biar pun menyendiri lebih perit di hati..
namun aku yakin akan janji ilahi..
biarlah luka henti di sini..
agar tidak terus membesar lagi..

wahai diri..
kau tidak akan dapat apa yang kau hajati..
kerna kali ini..
kau tidak diizini..

jika dahulu kau rasa kau yang menakluk hati..
kini kau bukan lagi di sisi..
pergilah kau dari sini..
sekarang bukan untuk kau lagi..

ya Allah.. ampunkanlah diri ini..
kuatkanlah diri ini..
tetapkan iman dalam diri..
hadirkan kembali keutuhan hati..

sesungguhnya Engkau tempat aku mengadu hati..
kerana hati tidak mengetahui..
aku tidak bisa membaca hati..
apa yang aku lakukan hanyalah intuisi..

aku berat dengan perasaan begini..
tapi aku tahu mana yang lebih prioriti..
moga aku tidak terus melayan pujuk rayu hati..
yang inginkan sesuatu yang bukan miliknya lagi..

1 comment
  1. FaisaL said:

    bukanlah semua orang itu seperti mana yang kita harapkan.. dan bukanlah semua orang itu seperti apa yang kita jangkakan.. apa yang kita lihat baik bagi kita.. mungkin tidak seberapa baginya.. apa yang kita lihat buruk bagi kita.. mungkin tidak seberapa baginya.. mereka punya hati mereka.. dan kita punya hati kita.. tidaklah sama akan setiap hati itu.. ada lemahnya.. ada kuatnya.. jika kau kuat di sini.. tidak bermakna mereka juga kuat di sini.. dan jika kau lemah di sana.. tidak mustahil mereka kuat di situ.. setiap mereka lain dari kita.. kau hanya mampu merancang.. dan mengharapkan yang terbaik.. Allah jua yang memutuskan.. kerana Dialah Pemilik setiap hati-hati ini.. Dia lebih mengetahui yang terbaik untuk makhlukNya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: