Adakah aku hanya berkata-kata…

rancak berkata..
tapi tiada makna..
kerana yang berkerja..
hanya mulut semata-mata..

alangkah indahnya..
jika amal turut serta..
dalam setiap apa yang dikata..
kupasti hati akan turut redha..

bukan hanya indah buatmu..
tapi juga ummat sekelilingmu..
bukan hanya cantik padamu..
tapi indah pada yang melihatmu..

namun bila kata hanya sendiri..
bila hati menarik diri..
jiwa hanya membohongi diri..
yang terserlah bukanlah hakiki..

kerna bila kata hanya sendiri..
amal tidak disusuli..
maka itu bukan lagi peribadi..
hanyalah sandiwara insani..

ingatlah diriku..
kata-katamu..
selarikan dengan amalmu..
percakapanmu..
teraskan dengan hatimu..
ucapanmu..
hadirkanlah ruh dari jiwamu..

agar kelak..
dirimu bukan dielak..
dirimu tidak ditemplak..

tetapi..
dirimulah yang disanjungi..
dalam setiap hati..
dengan segenap hati..
oleh manusia yang melihat dengan mata hati..

3 comments
  1. FaisaL said:

    Percayalah. Dunia ini sudah penuh dengan mereka yang pandai berkata-kata. Mari kita isi dengan mereka yang bijak beramal pula. Bahkan, mereka yang berhikmah berkata, bijak beramal dan syadid istiqamahnya. Allahu rabbi. Indahnya.

    (akhi Nizam, 2007)

    peringatan untukku lagi.. supaya diri ini tidak leka.. supaya diri ini tidak lalai.. supaya diri ini tidak alpha.. tidak hanya menulis puisi merdu.. tidak hanya mengarang sajak puitis.. tidak hanya menulis alunan kata indah.. supaya diri ini bukan hanya berkata-kata.. kerana kelak.. bukan mulut yang berbicara.. tapi anggota lainnya..

    “Pada hari ini kami tutup mulut mereka; tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.”

    (Surah Yaasin [36] : 65)

  2. salam..jemputlah ke blogs ana yang serba dhaif ini…moga jalan dakwah ini lebih berkesan dengan tautan ukhuwah yang di simpul erat walaupun hanya d alam maya..beri tegurlah blogs ana kiranya ada kesilapan yang tak di sengajakan…moga cinta kita padaNya d terima…ameen…doakan ana.tengah final exam..

  3. FaisaL said:

    wa’alaikumussalam..

    insyaAllah.. teruskan usaha.. dan ikhlaskan perjuangan.. agar kelak ada modal yang dibawa bertemu dengan Allah..

    cuma peringatan untuk diri ini dan yang lainnya yang berada di atas jalan yang sama.. iaitu.. ilmu tanpa amal adalah sia-sia.. dan dicela.. seperti mana Allah mencela paderi-paderi ahli kitab.. dan.. amal itu haruslah ikhlas.. tidaklah amal itu bermanfaat buat yang melakukannya sekiranya ia dilakukan bukan kerana Allah.. andai kata amal tanpa ikhlas itu bermanfaat, maka tidaklah Allah mencela golongan munafik..

    peringatan yang berat.. untuk diri sendiri.. dan yang lainnya..

    moga amalan selari dengan kata-kata..
    dan moga amalan itu hanya untukNya..

    amin..

    amin..

    amin ya Rabbal ‘alamin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: