Bahasa hati.. Hanya aku mengerti..

bahasa hati..

alangkah indahnya jika kita punya satu bahasa..
bukan mulut yang menyampaikan pada yang lainnya..
tapi itulah kebesaran Tuhan Yang Maha Esa..
tidak semua yang di hati harus dikeluarkannya..
kerana jatuhnya luahan hati pada bukan tempatnya..
hanyalah mengundang nestapa..
jatuhnya keluhan hati pada Yang Maha Pencipta..
pasti gembira..

bahasa hati..

hari ini kau punya banyak yang hendak diperkatakan..
maka berbicaralah dengan aku empunya jiwa..
dan malam nanti kita akan bersama..
bersama-sama mengadu pada Yang Maha Pencipta..
sungguh, Dia pasti menjawab aduan kita..
kerana Dia Yang Maha Pengasih dan Penyayang atas segalanya..
kerana dengan Dia kau mampu berbicara..

bahasa hati..

jikalau bersama manusia engkau bisu sejuta bicara..
tapi dengan Tuhan kita..
kau punya sejuta kata..
kau adalah satu bahasa..
luahkanlah segalanya..
kerana Dia Maha Mendengar akan apa sahaja..

bahasa hati..

apa sahaja yang terpendam dalam diri..
keramaian tidak mungkin mengerti..
kerana kau hanya mampu berbicara seorang diri..
bersama aku yang empunya diri..
tapi bersama Ilahi..
kau tidak lagi bersendiri..
luahkanlah isi hati..

bahasa hati..

jangan lagi kau bersedih..
sekiranya dia tidak memahami..
masih ada untukmu Yang Maha Mengerti..
usah kau bersedih lagi..
kerana kelak kau akan didengari..

bahasa hati..

menangislah di depan Yang Maha Pencipta..
kerana Dia memahami segala kata-kata..
tidak seperti yang lainnya..
teruskanlah aduanmu kepadaNya..
pasti Dia akan mendengarnya..

1 comment
  1. FaisaL said:

    dan sungguh.. Allah Maha Mendengar.. Maha Penyayang.. Maha Pengasih.. dan Maha Mengasihani.. semua kata bicara aduan hati didengarNya dan dijawabNya.. firmanNya..

    “Berdo’alah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.” (Surah al-Mu’min, 40:60)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: