Ampunkan kelunturan mujahadahku..

ya Allah..

lemahnya aku..
sedikit sahaja bicara kata cinta..
terus lemah seluruhnya..
sepatah sahaja perkataan rindu..
terkesan segalanya..
kata itu bukanlah padaku..
mengapa aku yang terasa..
lemahnya aku..

ya Allah..

aku mohon padaMu..
kuatkan aku kembali..
nafsu hanya mampu menipu dusta..
syaitan tidak akan dibenarkan menang semula..

ya Allah..

hidupkan kembali api cintaku padaMu..
aku rindu tangis di malam hari..
aku rindu sesalan pada jiwa..
aku rindu rasa kekerdilan di dalam hati..

ya Allah..

buangkanlah perasaan yang bukan haknya pada tika ini..
ampunkan aku..
bantulah aku..
Engkaulah pembantuku..
ampunkan ketelanjuranku dalam kepudaran mujahadahku..
aku insan lemah..
yang sentiasa mengharap bantuanMu..
bantulah ya Allah..

Advertisements

7 thoughts on “Ampunkan kelunturan mujahadahku..

  1. dan sungguh.. Allah jua yang mampu menenangkan hati yang bergelora.. jiwa yang kacau diubatNya.. perasaan yang bermacam-macam ditenangkanNya.. firmanNya..

    “Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah ar-Ra’d, 13:28)

  2. jazakAllahu khairan kathira ya akhi..

    insyaAllah.. istiqamah sentiasa merupakan azam dalam diri ini.. namun iman manusia itu yazid wa yankus.. bertambah dan berkurang.. dan diri tidak mahu menggunakan ini sebagai alasan.. cuma inilah kenyataan..

    moga dikuatkan sehingga akhirnya..

  3. ye la…
    sushkn istiqamah
    lg nak dgn hati yg btol2 ikhlas..suci…
    macam dlm lagu raihan..Tuhanku…
    seronokkan kalo dlm hati hanya ad Allah jer..???
    tp itu yg susah sangat

  4. sememangnya istiqamah itu susah andai kata kita tidak mengenal Allah dengan sebenar-benar erti kenal.. ianya akan menjadi lebih susah apabila kita tidak tahu erti kehidupan di dunia.. malah lebih susah sekiranya kita tidak faham adanya kehidupan akhirat.. menjadi sesuatu yang sangat susah apabila kita tidak menghayati ajaran rasulullah s.a.w. yakni islam, dengan sebenar-benar penghayatan.. semua ini akan membuatkan istiqamah itu menjadi lebih susah.. oleh iu kita harus usaha ke arah istiqamah dengan cuba mengenali Allah, cuba memahami kehidupan dunia dan akhirat.. cuma menghayati islam dengan sebenar-benar penghayatan.. andai kata kita mampu melakukan itu semua.. pasti kita akan merasakan hidup ini semuanya untuk Allah.. Rabbul ‘alamin.. apabila kita berada pada tahap itu, pasti mudah untuk istiqamah dengan izinNya.. kerana yang ada di dalam hati pada ketika itu hanyalah Allah semata-mata.. hidup untuk Allah.. mati untuk Allah.. ibadah.. gerak kerja.. amalan.. perbuatan.. percakapan.. kata-kata.. apa sekali pun.. semuanya untuk Allah..

    “Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”

    (Surah al-An’am [6]:162)

    moga dikurniakan hati yang tsabat dalam perjuangan.. ikhlas beramal.. tsabat dalam ketaatan kepadaNya.. tetap di atas deenNya.. amin.. amin.. amin ya Rabbal ‘alamin..

  5. wa’alaikumussalam.. jazakillahu khairan kathira.. amin..

    semoga apa yang ditulis menjadi peringatan untuk diri sendiri dan dapat diterjemahkan dalam perbuatan dan amal sehari-hari.. amin..

    “Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?”

    (Surah al-Baqarah [2]:44)

    moga terus diberi petunjuk dan hidayah untuk tsabat atas deenNya, ketaatan kepadaNya dan jihad pada jalanNya.. amin..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s