Tidak gentarkah jiwa?..

bukan sekali dalam al-Quran menceritakan perihal hari akhirat.. bukan hanya satu tempat di dalam al-Quran dikhabarkan akan berita hari pembalasan ini.. bukan hanya pada satu juzuk sahaja diperingatkan.. bukan hanya terdapat dalam satu surah mengenai hari perjumpaan seluruh makhluk ini.. bukan juga hanya pada satu ayat diberitakan mengenai hari pertimbangan ini.. bahkan berkali-kali.. mengapa?.. kerana itulah destinasi kita.. di sini.. kita adalah musafir dalam perjalanan.. pengembara dalam kembaraan.. ini hanya satu persinggahan.. matlamat akhir pastinya bertemu denganNya.. pada hari yang telah ditetapkanNya.. oleh sebab itu diberitahu akan halnya hari ini berkali-kali dalam al-Quran.. agar kita tidak lupa akan wujudnya hari ini.. antara surah yang memberitakan akan berita besar ini ialah surah an-Nazi’at..

Surah an-Nazi’at dimulakan dengan sumpahan terhadap makhluk yang tidak dijelaskan apakah makhluk tersebut.. namun sifatnya melahirkan rasa gerun.. rasa takut.. rasa cemas.. kita bagai berfikir.. apakah makhluk ini.. sampai begitu sekali dahsyatnya sifatnya.. apakah makhluk ini akan memperlakukan aku sedemikian rupa.. apakah makhluk ini akan melakukan sesuatu kepada aku.. apakah layanan yang akan aku terima sekiranya makhluk ini yang akan diutuskan melakukan tugas-tugas yang berkaitan denganku.. semuanya terlahir di kotak fikiran kita.. kita bagai berada dalam satu zon gelisah.. cemas hati.. bergegar jiwa.. gentar.. resah dan takut.. takut akan sifat-sifat makhluk ini.. firmanNya..

“Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya; Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya; Dan demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya; Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang bersungguh-sungguhnya; Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya; (sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat!)”

(Surah an-Nazi’at, 79:1-5)

sesuatu surah.. atau sesuatu perkara dalam al-Quran.. sekiranya Allah mulakan dengan sumpahan terhadap sesuatu.. ini melambangkan.. ada perkara besar yang hendak diceritakan selepas ini.. ada perkara yang teramat penting yang perlu manusia tahu.. ada perkara yang mustahak yang manusia perlu ambil tahu.. insyaAllah kita terus membincangkan surah ini dan kita akan tahu apakah perkara yang teramat penting itu..

berbalik kepada sumpahan ke atas makhluk-makhluk tersebut.. para mufassirin mempunyai banyak takwil (interpretasi) terhadap makhluk-makhluk ini.. ada yang mengatakan semua itu sifat malaikat.. ada juga yang mengatakan ianya adalah sifat-sifta bintang.. ada juga yang memecahkannya kepada malaikat dan bintang.. namun itu bukanlah menjadi persoalan kita.. yang hendak ditonjolkan adalah rasa gerun dan gentar akan berita yang hendak disampaikan.. sifat-sifat itu semua menjadi setting untuk memberitahu perkara yang teramat besar sekali.. tafsir akan apakah makhluk tersebut tidak perlulah kita pertikaikan.. kalau kita lihat semula.. tafsir datang ketika islam memuncak.. apabila tokoh-tokoh islam sudah mula fokus kepada ilmu-ilmu tertentu.. sains.. feqah.. sirah.. dan lain-lain.. tafsir merupakan salah satunya.. jadi.. tidak perlulah tahu secara detail akan perkara-perkara yang samar-samar penjelasannya.. sekadar ‘ibrahnya terkesan dalam hati, itulah tujuannya.. untuk melembut dan membasahkan hati.. supaya terkesan dalam jiwa.. jadi dalam ayat-ayat ini ingin kita berasa akan kekuasaan Allah memerintah makhluk-makhluk yang sebegitu hebat sifat-sifatnya.. ingin kita rasa takut dan gentar akan apa yang bakal berlaku.. ingin kita takut akan berita yang akan diperkhabarkan..

setelah itu.. Allah memberitahu.. apakah perkara yang sangat besar itu.. ia adalah berkenaan dengan akan tibanya hari pembalasan.. Allah menceritakan bagaimana keadaan pada hari tersebut.. dimatikan seluruh manusia yang bernyawa.. lalu dihidupkan semula.. Allah berfirman..

“Pada masa berlakunya tiupan sangkakala yang pertama yang menggongcangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan), Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing)”

(Surah an-Nazi’at, 79:6-7)

di sini juga ada dua takwil para mufassirin.. ada yang mengatakan menggongcangkan alam itu bermaksud bumi sendiri yang bergongcang kuat dan bergegar-gegar dan satu lagi takwil mengatakan tiupan sangkakala itu yang menggegarkan bumi ini.. apa pun takwil para mufassirin.. kedua-duanya menggegarkan dunia.. kedua-duanya mampu menggongcang alam.. kita tidak perlu memperbesarkan takwilan sama ada bumi yang bergegar sendiri atau digegarkan oleh tiupan sangkakala.. yang penting kita harus takut.. takut yang teramat sangat.. kerana.. bumi yang kita rasa selesa hidup ini.. dunia yang kita rasa selamat ini.. alam yang kita rasa kukuh ini.. pada hari itu.. mudah sekali hancur.. berterbangan seperti debu-debu pasir.. tanah rata kerana hancurnya segala-galanya.. seluruhnya pecah.. hatta langit yang tersergam indah dan berdiri kukuh itu sekali pun.. sehinggakan ibu yang mengandungkan anak pada ketika itu akan terus bersalin lantaran kehebatan hari tersebut.. hari kehancuran.. pada ketika itu seluruhnya melarikan diri mencari tempat yang selamat.. tiada sesiapa pun yang menghiraukan orang lain.. semuanya sibuk dengan diri masing-masing.. seluruhnya memikirkan hal diri sendiri.. manusia semuanya mencari tempat perlindungan.. namun tiada seorang pun akan hidup kecuali makhluk-makhluk yang telah diizinkan Allah.. tiada satu pun zon selamat pada hari itu.. sangat berbeza dengan bencana hari ini.. kalau kita lihat hari ini.. sekiranya rumah terbakar.. ibu pasti berlari-lari mendapatkan anak meluru keluar rumah.. abang terus mendakap adik.. ayah mencapai ibu.. seluruhnya memikirkan yang disayangi kerana di sana mereka tahu terdapat kawasan yang selamat di luar rumah.. ini berbeza dengan gambaran di hari kehancuran.. tiada satu pun tempat yang selamat.. semuanya akan mati pada ketika itu..

kemudian.. semuanya akan dihidupkan semula.. tidak ada yang terkecuali.. semuanya akan dihisab.. manusia sejak adam a.s. sehingga yang terakhir akan dihidupkan.. dan dihisab amalannya.. ditimbang segala apa yang diperlakukan di dunia dahulu.. dan ketika itulah manusia berada dalam keadaan yang takut.. Allah menggambarkan keaadaannya dalam al-Quran..

“Hati (manusia) pada hari itu, berdebar-debar takut, Pemandangannya tunduk gerun.”

(Surah an-Nazi’at, 79:8-9)

hati ketika itu akan gelisah.. jiwa akan berasa sangat rendah.. rasa hina.. perasaan bercampur aduk.. pelbagai perasaan pada waktu itu.. takut.. berserah.. gentar.. hancur luluh.. berkecamuk.. resah.. pasrah.. gelisah.. seluruhnya ada.. ada juga yang berasa terkejut dan kehairanan.. seperti mana dalam firmanNya..

“Mereka (yang ingkar) berkata: “Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu? Bolehkan (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?”

(Surah an-Nazi’at, 79:10-11)

mereka ini adalah mereka yang mendustakan ayat-ayat Allah.. telah diberitakan kepada mereka tetapi masih tidak mahu mempercayai.. dikatakan.. mereka berpatah balik ke arah liang lahad mereka iaitu jalan semula dari arah mana mereka datang.. dan dalam keadaana kehairanan itu dan terpinga-pinga mereka bertanya adakah mereka akan pulang semula ke arah kehidupan dahulu.. mereka terkejut bagaimana mereka boleh dihidupkan semula sedangkan mereka dahulunya hanya tinggal tulang-belulang yang hancur.. mereka tidak sedar.. bahawa inilah pusingan kehidupan.. kehidupan akhirat.. kita sebagai muslim haruslah mengimani akan adanya hari kiamat.. akan dimatikan dan dihidupkan semula.. apakah susahnya bagi Allah untuk menjadikan sesuatu yang dahulunya telah ada.. bukahkan lebih sukar mencipta sesuatu yang tiada asalnya.. tiada contohnya.. bukankah Allah mencipta Adam itu tanpa ada contoh sebelumnya.. semua manusia diciptakan pada mulanya tiada contoh orang yang seperti mereka.. lalu dimatikan.. kemudian ingin dicipta semula.. ingin dihidupkan semula.. sungguh senang bagi Allah.. jika yang tiada contoh asalnya mudah sekali bagiNya.. mengapa tidak yang dahulunya sudah hidup.. yang dahulunya sudah ada contohnya..  maka mereka yang tidak percaya akan hari kiamat itu kecewa dengan kepulangan ini.. masakan tidak.. mereka pulang tanpa sebarang bekalan untuk dibawa bertemu dengan Allah s.w.t.. kemudian Allah merakamkan kata-kata mereka pada hari itu..

“Mereka berkata lagi (secara mengejek: “Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan!”

(Surah an-Nazi’at, 79:12)

inilah kitaran hidup yang mereka tidak pernah jangka.. langsung tidak mereka bersedia untuknya.. tidak ada apa-apa yang mereka bawa sebagai bekalan.. mereka pada hari ini tidak akan mendapat apa-apa melainkan kerugian yang nyata, jelas dan terang.. lalu Allah menjawab pertanyaan mereka.. Allah menyimpul keadaannya.. Allah menjelaskan segalanya.. Allah mengkhabarkan.. akan kemudahan Dia menghidupkan yang telah mati.. firmanNya..

“(Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua), Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata.”

(Surah an-Nazi’at, 79:13-14)

sesungguhnya menghidupkan itu amatlah mudah bagi Allah.. kesimpulannya.. kita tidak tahu di mana padang mahsyar itu.. dan pekikan itu amatlah kuat.. tiupan sangkakala kedua yang membangkitkan dan menghimpunkan.. saat di mana semuanya akan diadili.. hari pembalasan.. setiap seorang tidak akan terlepas..

moga kita sentiasa beringat bahawa kita akan diadili nanti.. dalam setiap pemilihan yang kita lakukan di dunia ini.. ingatlah kita akan diadili.. maka pilihlah yang terbaik.. yang membawa kepada redha Allah.. yang menjaminkan syurga.. insyaAllah..

moga dapat dimanfaatkan bersama..

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s