Halangan dalam mengenal Allah..

insyaAllah sedikit pengisian, moga dapat dikongsi bersama.. mungkin agak kering sedikit penulisan kali ini.. kerana mungkin pengisiannya agak berbentuk fakta.. moga dapat diserap seadanya.. insyaAllah.. pertamanya.. untuk mencintai sesuatu harusnya dan hukumnya kita akan kenal akan sesuatu itu dahulu.. moga bagi kita sebagai muslim.. yang mana cinta utama dan cinta pertama kita adalah padaNya.. seharusnya kita mengenali yang perlu kita Cintai.. mengenal Allah.. sememangnya lumrah manusia itu mengenal Pencipta.. namun dalam mengenal Allah ada beberapa halangan.. beberapa tembok untuk ditempuhi.. beberapa tugasan untuk dipikul.. atau beberapa cabaran dan dugaan.. beberapa bahaya dalam perjalanan.. yakni.. antaranya ialah penyakit syahwat.. dan penyakit ragu-ragu..

penyakit syahwat dapat di pecahkan kepada bahagian-bahagian kecil.. agar lebih spesifik perbincangannya.. kita lihat lima daripadanya.. pertama, sifat merosakan.. atau fisq.. atau isim fa’ilnya fasiq.. orang yang fasiq.. orang yang membuat kerosakan.. tidak kira apa jenis kerosakan sekali pun.. seorang yang meninggalkan solat dia merosakkan tiang agama.. seorang yang mungkir janji dia merosakan sifat muslimnya.. buatlah apa sekali perbuatan jahat.. pastinya ia dianggap membuat kerosakan terhadap Allah.. kerana Allah tidak memerintahkan yang sedemikian.. tidak disuruh berbuat yang demikian.. tidak tercatat dalam kitabNya untuk bersifat yang sebegitu.. lantaran itu jauhilah sifat ini.. ini adalah simptom penyakit syahwat.. suka membuat kerosakan..

keduanya.. al-kibr.. sifat takbur.. membesar-besarkan diri.. angkuh.. sombong.. riak.. ‘ujub.. membangga-banggakan diri.. sifat ini jauh sekali dari sifat nabi.. amat sangat jauhnya.. nabi adalah insan yang paling mulia.. insan yang paling kacak.. insan yang paling baik.. namun tidak pernah sekali pun nabi bongkak dan takbur.. malahan rasulullah adalah insan yang paling bersyukur.. bangun malam dan setiap solat dan doanya adalah tanda syukurnya.. sehinggakan bengkak kaki baginda hanya ingin menyatakan syukurnya baginda kepada Pencipta baginda.. subhanAllah.. di manakah kita.. insan semulia nabi kita yang dicintai bersusah payah dalam mensyukuri nikmat Allah.. namun kita sekadar mulut basah menyebut aku mensyukuri nikmat Allah.. adakah terpantul dalam amalan kita perkataan-perkataan yang diucapkan.. adakah terjelma dalam amalan segala apa yang dipertuturkan.. adakah telah diterjemah oleh anggota badan kita akan apa yang kita lisankan.. adakah sudah cukup syukur kita padaNya.. renungkanlah bersama..

ketiganya.. penyakit syahwat juga terdiri dari sifat al-zulm.. sifat zalim.. meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.. hal ini adalah sangat jelas.. setiap sesuatu ada tempat dan haqnya.. jika salah tempat dan haqnya maka itulah yang dikatakan zalim.. dalam mengenal Allah.. sifat ini tidak patut sama sekali ada dalam jiwa.. kerana ianya satu halangan yang besar untuk mengenal Allah.. kerana Allah sifatnya ‘adil.. maka kita juga harus ‘adil.. bagaimana mungkin kita berlaku zalim sedangkan kita mencari yang ‘adil.. bagaimana mungkin kita berkasih dengan Yang Maha ‘Adil sedangkan kita berbuat zalim.. bagaimana cinta kita dicurahkan kepada sesuatu yang bertentangan dengan kita.. cubalah kita fikirkan semula..

kemudian.. sifat al-kizb.. sifat dusta.. bohong.. menipu.. ini adalah antara sifat munafiq.. sabda Rasulullah..

“Tanda munafik itu tiga perkara: Apabila bercakap, dia menipu; apabila berjanji dia mungkir; dan apabila membuat perjanjian dia khianat. Sekalipun dia bersembahyang, berpuasa dan mendakwa sebagai Islam.”

(Riwayat al-Bukhari)

munafiq.. tempatnya neraka.. malah neraka yang teruk tahapnya.. na’uzubillahi min zalik..

sifat yang terakhir dibincangkan ialah kasratun ma’asi.. banyaknya maksiat.. orang yang selalu membuat maksiat tidak akan dapat mengenal Allah.. lantaran jiwanya selalu digelapkan oleh perbuatan maksiat.. mengenal Allah itu perlukan hati yang bersih.. menerima islam itu hatinya suci.. Islam itu suci maka jatuhnya juga ditempat yang suci.. Rasulullah sebelum menerima tugasan memikul amanat ajaran islam.. hatinya dibelah dan dicucikan lantaran menunjukkan tugasan suci murni ini jatuhnya kepada insan yang mulia dan suci juga.. maka banyak maksiat sememang satu halangan buat kita..

kita bicara pula cabang yang satu lagi.. yakni penyakit ragu-ragu.. keraguan adalah sesuatu yang membantutkan makrifatullah.. atau ada kalanya ia menjauhkan kita dari Allah.. keraguan ini satu penyakit serius.. dalam satu tahap.. kita mampu terpesong dan menjauhi dari yang benar.. kita mungkin terkeluar dari landasan yang sebenar… na’uzubillahi min zalik..

kita bincang antara sifat yang tergolong dalam penyakit keraguan ini.. pertamanya adalah jahil.. inilah pokoknya.. lantran kedangkalan ilmu.. diri terasa semuanya betul.. diri akan mudah sekali taqlid pada seseorang.. mengikut tanpa arah tuju.. tanpa asal-usul.. tanpa pengetahuan.. kita lihat dalam al-Quran..

“Katakanlah (Muhammad), “Apakah kamu menyuruh aku menyembah selain Allah, wahai orang-orang bodoh?” Dan sungguh, telah diwahyukan kepadamudan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu, “Sungguh, jika engkau mempersekutukan (Allah), nescaa akan terhapuslah amalmu dan tentulah engkau termasuk orang yang rugi. Kerana itu, hendaklah Allah sahaja yang engkau sembah dan hendaklah engkau termasuk orang yang bersyukur.”

(Surah az-Zumar, 39:64-66)

“Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati naruni, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya.”

(Surah al-Isra’, 17:36)

oleh itu.. keluarkanlah diri kita dari kepompong kejahilan.. lahirlah diri yang terbang umpama rama-rama mencari bunga.. mencari ilmu.. agar tidak sesat dalam perjalanan hidup.. agar akhirnya sampai ke matlamat yang utama berbekalkan bekalan yang cukup..

keduanya.. al-irtiab.. sifat ragu-ragu.. atau banyak berfikir sehingga melampaui apa yang sepatutnya.. berfikir adalah bagus.. malah dituntut.. namun kita perlu tahu batasan-batasannya.. kita perlu bertujuan dalam berfikir.. fikir tanpa tujuan adalah sia-sia.. malahan berbahaya.. fikiran yang melampaui batasan juga tidak patut kita lakukan.. kita manusia.. kita ada batasan dalam berfikir.. kita tidak perlu memberatkan perkara yang kecil.. tidak perlu berfikir panjang akan perkara yang remeh.. kerana ia boleh mendatangkan sifat keraguan.. ini penghalang kepada kita dalam mengenal Allah.. dalam al-Quran ada menyatakan..

“Dan orang-orang kafir itu senantiasa ragu mengenai hal itu (al-Quran), hingga saat (kematiannya) datang kepada mereka dengan tiba-tiba, atau azab hari Kiamat yang datang kepada mereka.”

(Surah al-Hajj, 22:55)

lihatlah bagaimana orang kafir itu meragui al-Quran.. masakan dengan sifatnya yang senantiasa meragui kebenaran itu mereka akan dapat mengenal Allah.. langsung tidak punya peluang.. jauh sekali mereka untuk mengenal Pencipta mereka.. bagaimana mungkin itu berlaku, sedangkan kebenaran di depan mata masih diragui.. kebenaran yang selari dengan akal.. masih lagi diragui.. mereka ini.. permasalahannya ialah tidak mahu.. bukan lagi tidak tahu.. doa agar kita dijauhkan dari golongan seperti ini.. sudah diberitahu masih meragui.. na’uzubillahi min zalik..

kemudiannya.. dalam penyakit keraguan ini.. terdapat sifat menyimpang.. sifat menyeleweng.. sudah disuluh jalan yang benar, masih mahu meraba di dalam kegelapan masih menarik tangan yang bersama mereka.. mereka benci dan dengki melihat kebenaran.. selalu saja mengambil peluang, mencari jalan membawa orang lain bersama mereka.. bersama mereka ke dalam kegelapan.. mereka menelewengkan orang lain.. mereka membuat persimpangan dari jalan yang lurus.. dalam sebuah hadith.. diriwayatkan.. rasulullah melukis satu garisan lurus.. lalu bersabda.. inilah jalan menuju Allah.. kemudian dilukis lagi garis-garis di kiri dan kanan garisan lurus itu.. lukisan tersebut bagai persimpangan pada jalan yang lurus.. lalu baginda bersabda.. ini pula jalan yang dibawa oleh syaitan dan konco-konconya.. maka pilihlah.. mana satu jalan yang kita hendak.. dalam al-Quran, Allah berfirman..

“(Tetapi) kerana mereka melanggar janjinya, maka Kami melaknat mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka mengubah firman (Allah) dari tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebahagian pesanan yang telah diperingatkan kepada mereka. Engkau (Muhammad) senantiasa akan melihat pengkhianatan, dari mereka kecuali sekelompok kecil di antara mereka (yang tidak berkhianat), maka maafkanlah mereka dan biarkanlah mereka. Sungguh, Allah meyukai orang-orang yang berbuat baik.”

(Surah al-Ma’idah, 5:13)

dan yang terakhir.. dalam penyakit keraguan ini ialah.. lalai.. lengah.. alpha.. leka.. segala yang seerti dengannya.. kita kadang terlalu asyik dengan dunia sehingga lupa dengan tugasan akhirat kita.. kalau kita lihat dunia hari ini.. dunia yang berteraskan hiburan.. dunia hendonisme.. ideologi barat yang telah memusnahkan kehidupan ummat islam.. tv dalam setiap hati remaja.. malahan ada yang menjadikannya melebihi Tuhan.. murah air mata mengalir lantaran filem-filem di tv.. tidak pun senang sekali jiwa sebak lantaran kisah-kisah sedih.. malahan hati rasa gelisah bila idola mendapat susah.. apakah semua ini.. malahan penulis buku 7 habits of highly effective people.. steven convey.. seorang non-muslim.. dia sendiri.. dalam bukunya.. menyatakan.. jangan kita meletakkan tv itu dalam hati.. ini seorang non-muslim yang berkata.. dia menyatakan.. jangan kita meletakkan segala yang hidup ini dalam hati kita.. namun letakkanlah prinsip dalam hati kita.. seorang non-muslim boleh berprinsip sebegini.. tapi muda-mudi hari ini.. tv bagaikan satu kewajipan.. bila datangnya pertembungan antara yang wajib dan yang makruh.. antara yang haq dan yang batil.. neraca mana yang mereka gunakan.. neraca Allah atau neraca manusia?.. neraca iman atau neraca nafsu?.. neraca syurga atau neraca neraka?.. kita lihat sahaja.. kita sendiri tahu jawapannya.. maka beruntunglah orang yang memilih ke arah yang sebenar-benarnya.. moga kita tergolong dalam golongan tersebut..

 kedua-dua penyakit ini.. penyakit syahwah dan penyakit ragu ini akan membawa kepada dua golongan.. dua golongan yang mana setiap hari sekurang-kurangnya 17 kali kita minta dihindari.. iaitu gologan yang dimurkai dan golongan yang sesat.. setiap hari dalam solat kita.. setiap rakaat dalam solat kita.. setiap rakaat dalam bacaan al-fatihah kita.. setiap kali dalam bacaan fatihah kita, kita akhiri dengan doa agar dijauhi dari dua golongan ini.. lalu disinilah usaha kita.. paling kurang kita berdoa hampir 17 kali sehari.. namun sudahkah kita berusaha?..

islam bukalah hanya menyenaraikan permasalahan lalu mengabaikan penyelesaian.. islam tidaklah menyatakan kesusahan dan kepayahan lantas dibiarkan terkapai-kapai mencari jalan pulang.. islam tidaklah zalim memberitahu dugaan dan cabaran kemudian ditinggalkan keseorang mencari suluh lampu ke jalan yang benar.. islam telah lama memberitahu segala penyelesaian.. dalam menyelesaikan masalah syahwah.. pemnyelesaiannya adalah mujahadah.. bersungguh-sungguh dalam segala sesuatu.. Allah berfirman..

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta dengan orang-orang yang berbuat baik.”

(Surah al-‘Ankabut, 29:69)

dan dalam menyelesaikan masalah penyakit ragu adalah terang sekali jawapannya.. kita sendiri sudah tentu tahu jawapannya.. mencari ilmu.. lihat saja antara sifatnya.. jahil.. ragu-ragu.. bukahkah jika kita berilmu kita tidak akan jahil.. bukankah dengan ilmu kita tidak lagi ragu.. bukankah dengan ilmu tidak lagi kita akan menyeleweng.. bukankah dengan ilmu menjauhkan kita dari terlalai.. maka itulah jalan penyelesaiannya.. mencari ilmu.. lihat sahaja mana-mana permasalahan.. pastinya disebabkan kekurangan ilmu.. maka sebolehnya kita garab seluruh ilmu yang boleh kita garab.. insyaAllah.. moga dijauhkan dari golongan yang berpenyakit ragu-ragu..

pokoknya.. dalam berilmu juga perlu bersungguh-sungguh.. perlu melawan bisikan syaitan.. perlu menahan pujukan nafsu.. nafus dan syaitan ini.. kita tahu.. bila buat rasa indah dan enak.. setelah buat rasa kotor dan jijik.. rasa bersalah.. rasa berdosa.. setelah buat kita tahu.. tapi mengapa sebelum buat kita mengabaikannya.. mengapa sebelum buat kita menutup mata akan pengakhirannya.. itulah syaitan dan nafsu.. menutup kemaksiatan dengan keindahan duniawi.. keindahan sementara.. moga kita dijauhkan dari perbuatan yang keji..

rasanya setakat ini dahulu.. agak kering sedikit perbahasan kali ini.. moga dapat dihadam secara berperingkat sekiranya agak payah menelan semuanya secara terus.. harapannya agar dapat dimanfaatkan bersama.. dan dapat mengingatkan diri sendiri.. insyaAllah..

2 comments
  1. thermodyn4mics said:

    Faisal, klasifikasi penyakit-penyakit hati ni mengikut sapa? Ibn qayyim ke? Js curious. Alhamdulillah, sangat bermanfaat.

  2. FaisaL said:

    tidak.. hanya kajian daripada mungkin beberapa orang yang punya ilmu yang lebih.. dan diajarkan kepada orang lain agar mudah faham.. kita amik ilmu yang ada.. insyaAllah.. tidak kira sama ada ibnu qayyim atau pun sekadar ustaz di kolej islam.. atau seorang naqib di adelaide.. mahupun seorang senior di taylor’s college.. selagi ia bermanfaat untuk kita , kita kongsi.. selagi ia selari dengan al-Quran dan as-Sunnah kita sebarkan.. moga terus bermanfaat.. ini hanya sebahagian daripada pengisian yang dapat di adelaide.. dan rasanya bukanlah dari ibnu qayyim.. ia diambil dari module..module usrah.. dan bukan usrah di sini.. usrah di malaysia.. insyaAllah..

    jazakAllahu khairan kathira..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: