Iblis musuh kita yang nyata..

iblis.. syiatan.. taghut.. dan konco-konconya.. tujuannya mereka itu hanya satu.. menyesatkan manusia.. menyesatkan bani adam.. dengkinya mereka pada bani adam ini.. dendamnya mereka pada kita.. tidak pernah sudah.. sejak dari bapa sekalian manusia dicipta.. dia telah cemburu.. tidak mahu sujud setelah diarahkan sujud.. hanya kerana dirinya diperbuat dari api manakala nabi adam alaihis salam itu diperbuat daripada tanah.. katannya.. api lebih suci dari tanah.. kata siapa yang dipetiknya?.. logik akalnya?.. tahukah dia siapa yang lebih mengetahui.. adakah yang dicipta lebih hebat pengetahuannya dari Yang Mencipta?.. jauh sekali malah tidak terjangkau oleh fikiran akan perbezaan ilmu kita.. kita sebagai makhluk.. ilmu kita.. sebesar semut dalam dunia ini dibandingkan dengan lautan luas itu pun mungkin belum lagi kita capai.. mengapa masih angkuh dan sombong?.. iblis laknatullah telah berjanji dia akan menyesatkan manusia.. maka kita yang tahu iblis merupakan makhluk yang dihina oleh Allah s.w.t ini seharusnya membenci dan marah kepadanya..

diberikan 3 kes.. setiap satu diceritakan sebagai analogi untuk perumpaan sifat dan perwatakan iblis dan syaitan ini..

kes pertama.. sahabat yang baru sahaja bersukan, beriadhah.. terasa teramat letih setelah sekian lama berlari ke sana dan ke sini.. terasa amat dahaga dan haus.. lalu datang seorang sahabatnya.. dengan membawa satu air minuman tin yang menyelerakan.. kita ambil contoh dia bawa bersamanya tin minuman 100 plus.. lalu diberikan kepada sahabat yang keletihan dan kehausan ini.. dengan lajunya sahabat tersebut menerima dan terus meminumnya.. tiba-tiba dihemburkan kembali minuman tersebut.. mengapa?.. air tersebut rupa-rupanya merupakan air garam yang sangat pekat.. sahabat yang membawanya sebenarnya ingin mempermain-mainkan sahabatnya yang seorang lagi ini.. agaknya apakah perasaan kita pada ketika itu..

 cerita kedua.. kita.. sewaktu kita tengok tv.. cerita-cerita melayu di televisyen.. kemudian dikisahkan mengenai seorang anak yang biadap.. menghina ibu.. mencaci emak.. walaupun kita tahu itu hanya sekadar lakonan.. tapi kite tetap benci.. kita kutuk.. kita marah apabila ibu tersebut diperbuat sedemikian rupa.. walhal.. dalam tv tersebut sekadar watak semata-mata.. jauh sekali daripada ibu kita yang hendak dipertontonkan.. agaknya.. kenapa kita marah apabila seorang ibu dipermain-mainkan…

kemudian.. kisah terakhir mengenai sahabat yang ditugaskan untuk melaksanakan tugas sebagai satu kumpulan.. ambil contoh mudah.. mereka ditugaskan menyiapkan satu projek berkumpulan.. maka bermulalah mereka sama-sama bersusah senang usaha pada peringkat awalnya.. semangat sewaktu permulaannya.. kemudian.. apabila tiba di peringkat yang memerlukan sedikit pengorbanan.. sahabat seorang lagi meninggalkan sahabatnya terkapai-kapai menyiapkan projek tersebut.. dibiarkan sahaja sahabat yang seorang ni menyiapkan tanggungjawab yang sepatutnya bersama-sam ditunaikan.. agaknya.. apakah kita perasaan kita ketika itu.. apa sekali perasaan kita.. tanggungjawab harus dilaksanakan.. tidak kira bersama sahabat atau berseorangan..

sekarang.. kita lihat.. apakah yang cuba disampaikan dalam ketiga-tiga kisah ni.. sebenarnya dalam setiap kisah ini terdapat antara sifat-sifat utama syaitan.. antaranya sahaja.. kerana syaitan terkutuk ini terlalu banyak sifat kejinya..

dalam kes satu.. syaitan sangat bijak memperdayakan manusia.. mereka hidup lebih lama dari manusia.. janganlah manusia berlagak pandai dan berkata, “syaitan tidak akan dapat menghasut aku..” kita insan yang lemah.. berdoalah selalu.. sesungguhnya Allah ialah tempat kita memnita pertolongan.. dalam kisah satu ini ditonjolkan bahawa syaitan pandai menutup seburuk-buruk perbuatan dengan seindah-indah perhiasan.. lihatlah apa sahaja perbuatan maksiat.. pastinya semuanya menyeronokkan.. kerana itulah kerja syaitan.. memhias kemaksiatan.. agar nampak menarik pada mata kasar manusia.. mata hatinya buta terus.. neraca Allah dicampak buang.. neraca manusia terus digunakan.. larangan Allah hilang bersama segala yang ditutupi.. janganlah kita terpedaya dengan muslihat syaitan.. Allah menjanjikan segala yang manis itu semuanya di syurga Allah, malah lebih sempurna.. jauh lebih sempurna!.. sabarlah wahai hati-hati yang beriman… jangan biarkan dirimu terperangkap dalam tipu daya syaitan yang menghias kebathilan dengan keindahan.. Allah telah berfirman..

“Kemudian syaitan membisikkan (fikiran jahat) kepadanya, dengan berkata, “Wahai Adam! Mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon keabadian (khuldi) dan kerajaan yang tidak akan binasa?”

(Surah Thaha, 20:120)

dalam ayat ini.. syaitan memperdayakan nabi Allah adam.. bapa sekalian manusia dengan menggunakan janji palsu.. menutup kebathilan dengan kebaikan.. Allah telah melarang nabi Adam daripada mendekati pohon khuldi.. namun setelah termakan tipu daya syaitan yang menjanjikan keabadian.. nabi Adam telah dibuang dari syurga atas tipu daya tersebut.. syaitan menutup kebathilan dengan kebaikan.. keseronokan.. itulah syaitan.. kita lihat lagi dalam ayat yang lain..

“Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya, “Sesungguhnya aku ini benar-benar termasuk para penasihatmu.”

(Surah al-A’raf, 7:21) 

sudah ditipu nabi Allah, Adam a.s. kemudian ditambah lagi dengan penipuan bahawa mereka adalah dari kalangan penasihat mereka berdua.. inilah syaitan.. menipu semata-mata.. segala yang dibisikkan adalah tipuan belaka.. tiada yang benar.. kerana mereka sememangnya musuh kita yang sudah nyata.. terlalu banyak disebutkan oleh Allah dalam al-Quran mengenai syaitan musuh kita yang nyata.. wajarkah seorang musuh menasihati kita ke arah yang membahagiakan kita.. ke arah yang menjanjikan kita keredhaan Allah.. jauh sekali dari realiti.. musuh kita di dunia sahaja sudah cukup kita ambil contoh.. tidak pernah yahudi terfikir untuk membantu muslimin.. inikan syaitan laknatullahi alaih.. mereka sudah dikhabarkan kepada kita bahawa mereka adalah musuh yang nyata..

syaitan musuh yang nyata..

dalam kisah kedua.. kisah ini pula memberi gambaran mengenai kita sebagai seorang muslim.. kita seharusnya membenci syaitan sebenci-bencinya.. kita harus marah semarah-marahnya terhadap syaitan.. kalau dalam kisah tersebut, kita melihat kita memarahi perbuatan durhaka itu walaupun ia sekadar lakonan kerana kita tahu pangkat ibu itu tinggi.. tidak layak diperlakukan sedemikian rupa.. kita lihat.. pangkat ibu kita pelihara.. bukankah Allah itu berpangkat lebih tinggi dari ibu kita.. Dia yang menciptakan ibu kita.. menitikkan titipan kasih sayang dalam setiap perbuatan ibu kita.. melahirkan rasa cinta dalam hati-hati mereka.. Dialah yang menetapkan segala yang ada pada ibu kita.. jauh lebih tinggi pangkat Allah.. tapi kenapa kita, apabila syaitan biadap dengan Allah, kita tidak pula rasa benci dengan mereka.. sepatutnya lebih lagi benci kita terhadap mereka dari golongan yang durhaka.. mereka ini durhaka yang haq!.. tiada yang lebih durhaka daripada syaitan.. kita lihat firman Allah..

“Dan sungguh, Kami telah menciptakan kamu, kemudian membentuk (tubuh)mu, kemudian Kami berfirman kepada para malaikat, “Bersujudlah kamu kepada Adam,” maka mereka pun sujud kecuali iblis. Ia (Iblis) tidak termasuk mereka yang bersujud. (Allah) berfirman, “Apakah yang menghalangmu (sehingga) kamu tidak bersujud (kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu?” (Iblis) menjawab, ” Aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.” (Allah) berfirman, “Maka turunlah kamu darinya (syurga); kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Keluarlah! Sesungguhnya kamu termasuk makhluk yang hina.”

(surah al-A’raf, 7:11-13)

lihatlah.. betapa biadap dan angkuhnya syaitan terhadap Penciptanya.. Pencipta kita juga.. bukankah kita memelira pangkat ibu.. kerana ibu melahirkan kita.. memeliharakan kita.. Allah jauh lebih dari itu.. Dia yang mencipta kita dan memberikan segalanya.. segala-galanya.. dan tatkala ada makhluk yang biadap terhadapnya.. mengapakah kita tidak membenci sebenci-bencinya terhadap makhluk itu.. renungkan..

kemudia.. dalam kisah ketiga.. sifat yang jelas mengenai syaitan adalah.. mereka akan meninggalkan kita sewaktu hari perhitungan kelak.. ketika ini.. di dunia ini.. merekalah teman.. merekalah rakan.. merekalah penasihat.. di dunia nanti.. pergilah kamu dengan dirimu.. aku menunggu kamu di pintu neraka.. dia akan meninggalkan kita.. malah bergembira kerana kita masuk ke dalam neraka.. bergembira kerana tujuan dan harapan mereka tercapai.. menyesatkan manusia.. mencari teman di neraka kelak.. neraka yang jurangnya teramat tinggi sehingga diriwayatkan sekiranya di jatuhkan batu dari satu tingkat neraka ke tingkat bawahnya mengambil masa yang amat lama dan ada yang meriwayatkan ia memakan masa 70000 tahun.. 70000 alam akhirat.. berapa tahun dunia.. terhitungkah kita berapa luasnya neraka itu.. malah.. itu sekadar imaginasi kita.. sesungguhnya tidak sesuatu pun kita tahu bagaimana rasanya atau rupanya sehingga kita berada di sana kelak.. dan neraka-neraka ini akan dipenuhi oleh manusia-manusia yang ingkar dan tertipu.. menemani syaitan yang dahulunya teman mereka.. rakan mereka sewaktu bersuka ria.. sekarang mereka masih berteman.. mashi berkawan.. masih bersama.. tetapi bukan untuk bersuka.. untuk menerima balasan buruk setimpal dengan apa yang mereka kerjakan di dunia dahulu.. syaitan langsung tidak dapat menolong mereka yang tertipu ini.. hari itu adalah hari yang haq milik Allah s.w.t.. Pemilik hari pembalasan.. kita lihat dalam firman Allah..

“Dan (ingatlah) ketika syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (dosa) mereka dan mengatakan, “Tidak ada (orang) yang dapat mengalahkan kamu hari ini, dan sungguh, aku adalah penolongmu.” Maka ketika kedua pasukan itu telah saling melihat (berhadapan), syaitan balik ke belakang seraya berkata, “Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu; aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihat; sesungguhnya aku takut kepada Allah.” Allah sangat keras seksaNya.”

(Surah al-Anfal, 8:48)

lihatlah bagaimana perlakuan syaitan.. di dunia mereka berjanji bahawa merekalah penolong.. di akhirat.. apabila manusia dapat melihat syaitan.. apabila manusia bersemuka dengan syaitan yang hodoh lagi terlaknat itu.. mereka seraya berkata.. “Aku berlepas diri dari kamu..” sangat secocok denga sifat mereka yang memang hidup untuk menipu.. ketahuilah.. mereka hanya akan berkata-kata dusta.. mengajak kepada kemaksiatan dan kemungkaran.. di hari akhirat kelak.. mereka sendiri takut akan azab Allah.. sesungguhnya azab Allah amatlah pedih.. kalau difikirkan logik akal.. syaitan yang sebegitu hebat di dunia kita ini sehingga mampu melakukan segala yang tidak mampu kita lakukan malah memiliki tubuh yang besar.. tetap mereka akan takut kepada azab Allah.. mereka takutkan Allah.. kenapa kita manusia kecil.. insan lemah.. masih berlagak kuat.. masih sombong dan bongkak dengan Allah.. na’uzubillahi min zalik..

Allah amat cintakan kita.. Allah amat sayangkan kita.. Dia telah memberi peringatan demi peringatan.. diberikan petunjuk untuk kita mengharungi dunia ini.. diutuskan rasul-rasul untuk dijadikan contoh.. diberikan segala nikmat yang tidak dapat kita hitung banyaknya.. yang paling berharga nikmat islam dan iman.. malah diberikan lagi nikmat untuk kita tergerak hati mendekatkan diri denganNya.. pemberian yang tidak seluruh manusia dapat.. kalau hendak dikatakan kita mendekatkan dri kerana kita sihat ketika ni.. ketahuilah di luar sana masih ramai yang jauh lebih sihat dari kita.. tapi mereka tidak semestinya ingin dekatkan diri kepada Allah.. jika kita berkata kita mengingati Allah kerana kita dikurniakan masa yang lapang.. ketahuilah di luar sana masih ada seribu satu manusia yang jauh lebih lapang dari kita.. namun mereka tidak dikurniakan hati yang ingin mendekatkan diri kepada Allah.. sejengkal kita dekat kepada Allah.. Allah dekat sehasta dengan kita.. sehasta kita datang padaNya.. Dia datang sedepa kepada kita.. kita datang padaNya dengan berjalan.. Dia datang kepada kita dengan berlari.. subhanAllah.. sayangnya Allah kepada kita.. namun pernahkah kita terfikir semua ini.. mengapakah diberikan segala kenikmatan kepada kita sedangkan Dia boleh menghancurkan semuanya sekelip mata.. sayangnya Allah kepada kita.. diberikan segala macam panduan untuk kita jadi insan yang berjaya.. tapi kita.. adakah kita memanfaatkan semua itu?.. adakah kita berterima kasih untuk semua itu?.. adakah semakin dekat kita kepadaNya?.. renungkanlah firman Allah ini..

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumlan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka pasti azabKu sangat berat.”

(Surah Ibrahim, 14:7) 

dan ingatlah.. syaitan itu musuh kita yang nyata..

“Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu wahai anak cucu Adam agar kamu tidak menyembah syaitan? Sungguh, syaitan itu musuh yang nyta bagi kamu.”

(Surah Yasin, 36:60)

dan janganlah kita bersahabat dengan syaitan..

“… Dan siapa menjadikan syaitan sebagai temannya, maka (ketahuilah) dia (syaitan itu) adalah teman yang sangat jahat.”

(Surah an-Nisa’, 4:38) 

antara isi kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah s.a.w. yang disampaikan pada 9 Zulhijjah  tahun 10 Hijrah di lembah Uranah, Gunung Arafah..

“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.”

moga dapat dimanfaatkan bersama.. dan semoga menjadi peringatan sentiasa.. insyaAllah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: