Ubat rindu..

Derita hati ini
Tak siapa yang tahu
Begitu sukarnya melawan nafsu

Masih jauh lagi
Perjalanan ini
Keresahan di jiwa
Mesti diubati

Ingin kuberikan
Ketenangan di hati
Kan kucuba walau
Terseksanya diri ini

Di manakah hilangnya ketenangan
Di manakah perginya kebahagiaan
Ke mana lagi harus kucari
Ubat rindu di hatiku ini

Mujahadah di sepanjang
Langkah-langkah perjalanan
Jangan kita asyik leka
Dibuai angan khayalan

Masih belum lagi kita bertemu
Sebarang jawapan
Rahsia kebahagiaan
Di dalam kehidupan

1 comment
  1. FaisaL said:

    “Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang, iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya.” (Surah al-Ma’arij, ayat 19-23)

    “Dan siapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit (resah gelisah dan tidak tenteram jiwanya) dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta (meraba-raba dalam kesesatan seperti keadaannya di dunia).” (Surah Thaha, ayat 124)

    “…(Allah) memberi petunjuk ke jalan agama-Nya, sesiapa yang rujuk kepada-Nya; (iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d, ayat 27-28)

    InsyaAllah.. ubat rindu itu sangat mudah.. zikrullah.. al-quran.. kebaikan.. kebajikan.. terlalu banyak ubat Allah sediakan.. tapi ketahuilah hanya Allah yang menyembuhkan.. maka pengakhiran segala harapan haruslah kepada Allah Yang Esa..

    moga dikurniakan ketenangan hati dan jiwa yang ingin sentiasa melakukan kebaikan..

    syukurlah kita dengan sebenar-benar syukur atas nikmat islam dan iman.. syukurlah kita masih dikurniakan jiwa dan hati yang ingin beribadah kepada Allah.. kalau hendak kita katakan kita sihat dan mampu beribadah kepada Allah.. lalu kita beribadah.. ketahuilah di luar sana ada seribu satu macam orang yang jauh lebih sihat dari kita tetapi sayangnya mereka tidak mahu beribadah kepada Allah.. kalau hendak dikatakan kita ini mempunyai masa lapang untuk beribadah kepada Allah.. maka ketahuilah di luar sana lebih ramai lagi manusia yang masanya terluang begitu sahaja tanpa sedikit pun rasa mahu mendekatkan diri kepada Allah.. alangkah ruginya mereka dan alangkah beruntungnya kita.. bukankah itu menunjukkan betapa sayangnya Allah kepada kita.. masih mahukah kita ingkar dan kufur kepadaNya?.. na’uzubillahi min zalik..

    moga dapat dimanfaatkan bersama..

    salam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: