Dialog diri dengan iman..

Iman : Assalamualaikum, bos

Diri : Waalaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ke?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..

Diri : Lah..Kenapa pulak awak cakap begitu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak tak ada..

Iman : Tak adalah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil; VCD, SMS, TV.. Jadi kami rasa terpinggir..

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji, tapi banyak juga duit saya habis… Entah la..

Iman : Itulah sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, Mathurat, Solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka.. Kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta kau bercuti.

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya pekerja tambahan? Saya lihat mereka buat tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu! Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali.

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En. Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga…

Diri : Maafkan aku. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga, En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah. Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah.. Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga.. Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yang sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan.. Bekerjalah dengan saya.

Iman : Buanglah pekerja itu.. Mereka meminta-minta dari tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya. Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh.. Saya rimas.

Iman : (senyum sinis) Maafkan kami tuan.. Kami minta diri dulu.. Tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu.. Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi.. Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..

Diri : Jangan pergi.. Saya sanggup pecat En Dosa.. Dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sebagainya.

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang.. Tak tenang, management berterabur..

Iman : Alhamdulillah.. Kami free of charge.. Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar.. Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi.

Diri : Terima kasih..🙂 Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En. Mathurat, En Zikir, En Solat, dan semua ahli jabatan akamu ya?

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya.

Diri : Terima kasih pegawai kewanganku ..

******Sekadar analogi mudah.. Begitulah diri kita.. Kitalah bos dalam syarikat kita. Jabatan dalam diri kita hanya ada dua. Jabatan Iman dan Jabatan Dosa. Kitalah yang perlu mengurus sebaik mungkin pekerja-pekerja kita. Memang susah untuk kita memenuhi setiap kehendak pekerja kita, memang susah untuk memastikan pekerja kita berbaik.. Kerana anatara iman dan yang dosa tidak mungkin bercampur. Bagai air sungai yang jernih, dimasukkan ke dalam gelas, segar dan nyaman air itu.. Namun apabila bercampur dengan lumut, selut dan kekotoran lain, maka begitu sukarlah unutk membersihkan kembali. Begitu juga dengan pekerja kita, andai terlalu diternak satu jabatan, maka jabatan lain akan terpinggir..******

1 comment
  1. FaisaL said:

    Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau membalik-balikkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan berilah kepada kami rahmatMu, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: