ke mana hilangnya gerun dalam diri?..

peringatan untuk yang beriman dengan hari kiamat.. yang mana ianya salah satu rukun iman.. surah an-Naba’ sebagai peringatan.. surah ini dibahagikan kepada empat perkara.. sebagaimana yang pernah dikongsikan isinya dalam entri-entri sebelum ini.. permulaan surah dimulakan dengan pertanyaan mengherdik.. menghina.. mengejek.. Allah bertanya.. “Tentang apakah mereka bertanya-tanya?”.. pertanyaan ini ibarat perli golongan kuffar yang mendustakan ayat-ayat Allah ketika hidup mereka.. mereka telah diberitahu mengenai adanya hari pembangkitan tetapi tidak mahu beriman dengannya.. lalu apabila dibangkitkan secara beramai-ramai.. mereka terpegun dan tertanya-tanya kehairanan.. mengenai wujudnya alam selepas kematian yang pertama itu.. dalam permulaan surah ini juga Allah memberi amaran.. dalam pengulangan ayat 4 dan 5.. ayat 4 dan 5 merupakan ayat yang serupa.. “Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Kelak mereka akan mengetahui (dengan yakin kebenaran hari balasan itu). Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).”.. Maka kita sebagai muslimin wajiblah mentaati perintah Allah dan perlu beriman kepada hari kiamat..

kemudian.. dalam pertengahan surah ini.. dari ayat 5-16.. Allah menceritakan mengenai nikmat-nikmat yang Allah beri.. ciptaan yang telah direka tanpa ada contoh sebelumnya.. menciptakan dari tiada kepada ada.. begitulah kekuatan dan keagungan Allah.. tujuan lawatan sementara ke alam dunia setelah bercerita mengenai hal urusan hari pembangkitan pada awalnya, adalah supaya manusia ingat.. dan beriman dengan adanya hari pembangkitan.. Allah mengingatkan kembali akan kekuasaanNya.. Dia mampu membuat segalanya seperti firmanNya itu..  mengapa tidak Dia mampu membangkitkan seluruh umat manusia di dalam dunia itu sedangkan menghidupkan pastinya lebih susah dari mematikan.. mencipta pastinya lebih sukar dari mengahncurkan.. kita ambil analogi projek menara surat khabar.. untuk memulakan projek menara itu.. persiapan dirapikan.. draf dibuat dan dibincangkan.. segalanya diambil kira agar projek berjalan lancar.. banyak sungguh kepayahan dilalui untuk menciptakan sesuatu.. masa.. tenaga.. harta.. segalanya.. jika nak dibandingkan dengan merobohkan menara itu.. mana lebih mudah?.. tentunya merobohkan.. jadi.. usah persoalankan tentang hari kebangkitan.. ia pasti akan berlaku!

selepas mengingatkan kembali akan kekuasaan Allah.. Allah menceritakan balasan bagi orang yang ingkar dari jalanNya.. kufur akan nikmatNya.. mendustakan ayat-ayat Allah.. ayat 17-30 banyak memfokuskan balasan kepada orang yang mendustakan ayat Allah.. permulaannya diceritakan bagaimana keadaan sewaktu di hari pembangkitan.. dalam ayat 17 Allah berfirman.. “Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan.” daripada sini kita dapat lihat, hari kiamat telah tetap waktunya.. fixed date.. fixed time.. tidak cepat, tidak lambat.. tetap pada satu masa.. kemudian terus diceritakan bagaimana keadaan sewaktu hari itu.. apabila ditiup sangkakala.. dimusnahkan gunung-ganang.. dibuka langit-langit.. digambarkan peristiwa besar penuh sejarah itu.. kemudian Allah memberitahu.. sesungguhnya neraka itu tempat orang-orang yang melampaui batas.. digambarkan juga azabNya.. tiada kesejukan dan minuman di dalamnya.. melainkan air minuman dan nanah.. itulah kesejukan dan minuman mereka.. di sini, diingatkan.. kita boleh bayangkan azab ini di dunia tetapi hakikat sebenarnya azab itu jauh lebih sangat lagi kepedihannya.. azab ini bukan seperti yang digambarkan oleh bayangan kita.. sesungguhnya apa yang diceritakan dalam al-Quran, tahap pedihnya azab itu jauh lebih menyeksakan sehinggakan dalam hadith rasulullah menceritakan.. nanah tersebut.. apabila diminum.. nescaya luluh hancur badan manusia.. kemudian akan dipulihkan semula.. lalu diminum lagi.. pedihnya azab Allah itu berlaku pada jangka masa yang teramat lama.. kemudian Allah mengingatkan juga.. dalam ayat 29.. “Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.” yang hendak ditunjuk kat sini.. tidak ada satu amalan pun yang akan terlepas daripada perhitunganNya.. hatta amalan sebesar zarah sekalipun pasti akan dihitung kerana semuanya telah dicatitkan dalam buku amalan kita serapi-rapinya oleh malaikat yang menjaga kita 24/7.. tidak terlepas kita walaupun sesaat.. Allah juga berfirman.. ayat 30 surah ini.. “Maka kerana itu, rasakanlah! maka tidak ada yang kami akan tambahkan kepadamu selain azab.” Allah sudah menyediakan azab kepada golongan yang mendustakan ayat Allah ini, kemudian bukan dikurangkan azab itu malah akan ditambah-tambah lagi azab yang amat pedih itu.. na’uzubillahi min zalik..

dalam pengakhiran ayat surah ni.. ayat 31-40.. Allah banyak memberikan khabar gembira kepada golongan orang yang bertaqwa.. golongan yang mengikut perintah Allah dan meninggalkan suruhannya.. ayat 31 berbunyi.. “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.” dalam ayat ni.. Allah nak mengajar manusia menimbang sesuatu dengan neraca Allah.. bukan neraca manusia.. dalam ayat tersebut digunakan kalimah “faza” atau bahasa melayunya “berjaya”.. di sini.. kita lihat.. bagaimana Allah menafsirkan kejayaan bagi orang-orang bertaqwa.. bukanlah kejayaan duniawi.. kejayaan di hari akhirat kelak.. maka dengan itu.. ubahlah neraca timbangan kita.. ikutlah neraca Allah.. selagi kita beriman selagi itu kejayaan di samping kita.. kemudian.. Allah menggambarkan kemanisan syurga.. keindahan balasan untuk orang bertaqwa itu.. dan dalam ayat 35.. Allah menggambarkan.. “Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan dusta.” Kita dapat lihat nilaian dunia dan akhirat yang sempurna di dalam ayat ini.. segalanya telah nyata.. segalanya telah diperlihatkan.. tiada lagi yang dapat dipersoalkan.. malah segalanya sempurna sehingga tiada satu pun dapat didustakan nikmatnya.. jika di dunia.. kita ditanya mengenai sesuatu.. lantas diberi jawapan yang berlapik untuk menjawab soalan tersebut.. seperti mendustakan kebenaran sesuatu lantaran menjaga hati sahabat-sahabat kita.. contohnya ditanyakan mengenai masakan sahabat yang seorang ini.. mungkin sekali kita akan berkata alhamdulillah, sedap.. lantaran menjaga hati sahabat.. itu yang dituntut di dunia ini.. tetapi di akhirat nanti.. tiada siapa yang mahu berdusta kerana semuanya mengakui kebesaran dan kekuasaan Allah.. segala nikmat yang diperolehi amatlah sempurna.. tiada yang sia-sia dan tiada yang dusta.. semuanya nyata belaka.. Allah juga perincikan setiap satu nikmatnya dalam surah ini kerana surah ini adalah surah makkiyah.. surah yang diturunkan sebelum hijrah.. di mana.. waktu itu.. rasulullah memantapkan aqidah umat islam.. mengukuhkan asas islam itu.. aqidah islam.. 10 tahun di mekkah merupakan pemantapan iman kepada Allah agar syariat-syariat islam yang akan mencantikkan islam itu terserlah keindahannya apabila dituruti.. oleh itu.. Allah perincikan setiap nikmatnya kerana waktu itu.. umat islam.. aqidah atau imannya ketika itu tidaklah semantap sewaktu lepas hijrah.. maka seperti mengajar budak kecil berpuasa.. kita akan menjanjikan masakan yang sedap-sedap sewaktu berbuka.. begitu jugalah nikmat syurga ini.. jika Allah hanya memberitahu.. berjuanglah di jalan Allah.. nescaya redha Allah menjadi milikmu.. sahabat yang pada ketika itu belum lagi memiliki iman yang teramat kukuh pastinya sukar mendalami erti perjuangan.. tetapi apabila ada gambaran terperinci.. seperti kebun-kebun buah yang indah.. perawan-perawan yang sebaya.. piala dan gelas emas.. para sahabat lebih bersemangat berjuang.. tetapi jika kita lihat dalam surah-surah madaniyah.. Allah tidak lagi memperincikan nikmatNya kerana para sahabat sudah arif sangat mengenai redha Allah.. konsep redha Allah.. balasan Tuhan.. segalanya telah ada dalam jiwa.. telah mekar mewangi bunga keimanan.. sungguh teguh bangunan perjuangan.. tidak perlukan pemangkin yang seperti dahulunya mereka terima.. cukup sekadar peringatan menyatakan bahawa Allah redha kepada kamu.. subhanAllah.. mantapnya iman mereka.. bayangkan kita.. jika cara paling rendah telah digunakan.. cara mengajar budak kecil pun kita tidak dapat nak menghayati.. maka fikirkanlah.. cara apa lagi yang kita hendakkan?.. adakah manusia yang lebih kecil lagi yang hendak dididik?.. kita dididik dengan dididikan yang paling mudah.. tapi masih angkuh.. semoga kita diberikan rasa ingin mengecap syurgaNya dan gerun akan azabNya..

Syurga.. Layakkah aku?..

kalau kita renungkan semula.. nilaian dunia dan akhirat amat besar sekali bezanya.. inilah juga yang menjadi sumber kekuatan para sahabat.. rasulullah telah didik para sahabatnya supaya menimbang sesuatu dengan neraca Allah.. bukan neraca manusia itu sendiri.. kalau kita lihat kisah saidina Umar dengan Rasulullah.. pada suatu hari Umar datang kepada Rasulullah.. kemudian Umar terlihat bekas tikar tempat tidur getah Rasulullah bergaris-garis bekas di belakang badan Rasulullah.. Umar menangis.. Umar ini kalau kita lihat peribadinya amat tegas dan garang.. tapi sebenarnya mempunyai jiwa yang amat hebat.. lalu Rasulullah bertanya kepada Umar.. wahai Umar mengapa engkau menangis.. Umar menjawab.. raja-raja Rom dan Parsi duduk di dalam singgahsana mewah, kerusi-kerusi emas, tetapi engkau ya Rasulullah, pemimpin umat islam, ketua negara islam, tidur di atas tikar getah.. lalu Rasulullah menjawab.. tidakkah engkau redha dunia menjadi milik mereka dan akhirat menjadi milik kita?.. ayat ini betul-betul menusuk kalbu.. kalau kita lihat dan renungkan kembali.. benar-benar terasa betapa hebatnya pengorbanan Rasulullah dan para sahabat.. dan kita juga dapat lihat bagaimana cara Rasulullah mendidik para sahabatnya untuk memahami nilaian dunia berbanding akhirat.. kalau kita lihat.. dunia ini.. ada saja yang kita hendak pertikaikan.. tiada satu pun yang sempurna.. lihatlah secantik mana sekalipun ciptaan Allah di dunia in, pasti ada kelemahannya.. hatta rupawan cantik mana pun akhirnya tua juga.. kaya mana sekalipun akhirnya mati juga.. setiap sesuatu di dunia ada kelemahannya.. jika dunia inilah yang Allah jadikan untuk kita untuk kita hidup selama-lama di dalamnya.. for us to live for, for us to work for.. maka.. tidak logik langsung kalau difikirkan oleh akal.. adakah ini sahaja yang mampu Allah lakukan?.. adakah ini yang terbaik yang boleh Allah lakukan?.. pastinya ada sesuatu yang lebih sempurna.. maka.. jika ada sesuatu yang lebih sempurna, manakah itu semua?.. akhirat kelak kita akan jumpa dengan segala yang sempurna itu.. semoga di akhirat kelak kita bertemu di dalam syurga Allah.. insyaAllah.. Amin ya Rabbal alamin.. Tuhan sekalian alam..

dalam dua ayat terakhir surah ini.. ayat 39 dan 40.. Allah menyatakan kekuasaanNya di hari pembalasan kelak.. digambarkan.. malaikat seluruhnya beratur.. yang mana ciptaan Allah itu, malaikat dikhabarkan meliputi 90%, jin meliputi 9% dan manusia hanya 1%.. itu semua akan beratur berdiri dan diam.. tiada satu pun yang berkata-kata.. hari tersebut milik Allah.. Pemilik hari pembalasan.. tiada siapa yang akan berkata-kata tanpa izinNya.. dan setiap apa yang diperkatakan pada hari itu segalanya adalah benar belaka.. tiada satu pun yang dusta.. semuanya akur akan kehebatan Allah.. kekuasaan yang maha agung.. tiada tandingan.. hatta jibril.. malaikat yang paling dekat dengan para sahabat dan rasulullah.. yang mana jibril pernah sekali menjelma dalam bentuk yang sebenar.. pada ketika itu gelap dunia.. tidak terlihat sesuatu pun kerana jibril yang terlampau besar telah menutup segalanya.. digambarkan sayapnya yang beratus ribu itu, besar satu sayap sahaja sudah tidak dapat dibayangkan.. dan jika jibril yang begitu hebat sekalipun terdiam akur tanpa berkata-kata melainkan izin Allah.. bayangkan kita yang kerdil, hina, degil, angkuh, bodoh sombong ini.. masih mahu berdegilkah?.. nau’zubillahi min zalik.. hari tersebut memang hari yang haq milik Allah.. diberi peringatan juga dalam ayat 40.. ayat terakhir.. “Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), – iaitu hari seseorang melihat paa yang telah diusahakannya….” Allah beri amaran bahawa hari kiamat sudah dekat.. kalau kita fikirkan.. ayat ini sudah lebih 1400 tahun turun.. belum kiamat pun lagi.. lama mana… sesungguhnya kita telah menggunakan neraca yang salah.. lama di sini adalah pada neraca Allah.. ingatkah kita bagaimana digambarkan keadaan dunia ini?.. bagaimana bongkoknya dunia ini.. umurnya sudah teramat lama.. sudah kelihatan begitu tenat sekali.. sehingga bongkoknya dunia ini mengalahkan manusia tua.. terlalu tua dunia ini.. sesungguhnya azab seksa itu amatlah dekat sekali… adakah kita sudah bersedia?.. kemana hilangnya gerun kita?.. dalam ayat yang sama.. Allah sambung.. “…dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): ‘alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)’.” kita lihat di sini.. orang kafir tidak akan berkata begitu kecuali dia dalam keadaan keperitan dan kesengsaraan.. tetapi yang hendak diberi perhatian di sini ialah.. adakah kita ini sudah pasti tidak akan ke neraka?.. walaupun nama kita muslim.. itu tidak menjanjikan kita tidak akan dicampakkan ke neraka.. surah ini turun kepada Rasulullah lalu disampaikan kepada para sahabat.. bukan banyak golongan kuffar yang beriman.. malah mereka semakin ingkar.. tetapi yang bertambah keimanan itu, sesungguhnya umat islam itu sendiri.. mereka gerun azab Allah.. mereka dambakan syurga Allah.. mereka rindu bertemu dengan Allah, kekasih mereka.. jauh sekali kita dari perasaan seperti mereka.. adakah kita sudah cukup bersedia?.. adakah kita sudah ada modal untuk bertemu dengan Allah?.. apakah sebab kita yang hendak kita utarakan supaya Allah memandang kepada kita?.. bagaimana kita mahu memperoleh syafaat nabi sedangkan kita masih berfoya-foya.. tidak gerunkah kita pada azab Allah.. azab yang pedih dan sengsara.. kemudian ditambahkan lagi azabnya.. tidak kurang sedikit pun.. malah bertambah seksa.. na’uzubillahi min zalik..

Ya Allah, berikanlah kami perasaan takut akan azabmu.. semoga kami lebih mengingatkan akhirat dari dunia persinggahan kami ini..

kita lihat secara keseluruhan.. surah ini ada empat perkara yang dibincangkan.. mengenai kesangsian golongan yang mendustakan ayat Allah kepada hari kebangkitan.. kemudian mengenai balasan orang kuffar dan golongan yang mendustakan ayat-ayat Allah.. selepas itu balasan kepada orang-orang bertaqwa.. dan akhir sekali hari kiamat itu sendiri bagaimana penyesalan orang-orang yang mendustakan hari kiamat dan bagaimana kekuasaan Allah itu akhirnya akan diperakui oleh sekali segenap makhluk hatta yang terhebat sekali pun.. kalu kita renung kembali.. kenapa Allah susun surah an-naba’ ni macam ni.. kita boleh lihat analogi ayah dan anak.. ayah mendidik anak dari kecil, memberikan segala yang diperlukan, sekolah hebat, pakaian cantik, makanan cukup, keperluan lengkap, segalanya.. kemudian ayah mintak anak ni pergi sekolah belajar.. satu hari.. anak ni kata.. saya tidak mahu pergi sekolah!.. agaknya apa reaksi ayah?.. pastinya bertanya dengan nada perli dan marah.. dengan nada keras.. nada tidak puas hati.. kenapa tidak mahu pergi sekolah? bukan ayah sudah bagi ini, sudah bagi itu, kalau tidak mahu pergi sekolah kau nak jadi apa? merempat di tepi jalan? mengemis di rumah orang? atau kau rela menyapu lantai pejabat orang? adakah kau rela bekerja sebagai penggilap kasut sahaja? rela dudukkan kepala kepada manusia lain lantaran sikapmu pada hari ini?.. tidak mahukah kau bekerja di syarikat besar? mempunyai kesenangan hidup.. kalau mahukan semua itu, maka belajarlah, pergilah ke sekolah.. maka anak itu pastinya dengan sendiri faham apa yang diungkitkan ayah, apa yang digambarkan oleh ayah mengenai masa depan yang buruk dan masa depan yang cerah.. kecuali anak itu benar-benar keras hati dan bebal, maka penyesalan akan menjadi miliknya suatu hari kelak.. hal ini kerana ayah itu lebih tahu selok belok dunia dari anaknya.. dia telah melalui semuanya terlebih dahulu dari anaknya.. oleh itu.. ayah itu lebih kenal erti kejayaan.. anak masih kabur dengan kaburan duniawi.. tetapi ayah sudah melalui merasakan kepentingan belajar itu lebih dari anak dan mahu menyampaikan kepada anaknya agar tidak tersilap memilih jalan.. sementara peluang masih di depan mata anak itu.. anak itu sendiri yang menentukan sama ada dia mahu atau tidak.. jalan tersedia di depannya… pilihlah.. beginilah surah susunan surah an-naba’.. Allah persoalkan kehairanan golongan yang mendustakan ayat-ayat Allah.. diingatkan kembali nikmat-nikmat dan kekuasaan Allah.. bukan diungkit nikmat-nikmat itu untuk minta dibayar semula.. jauh sekali.. Allah itu Maha Kaya.. sebanyak mana sekalipun diberikan nikmat kepada kita.. sekecil zarah pun tidak berganjak kehormatan, keagungan, kekayaan dan segala-gala yang milik Allah.. hanya kita.. kita pengemis kepada Allah.. pengemis yang meminta-minta, merayu-rayu.. tetapi kenapa masih ada ruang kita untuk membongkakkan diri.. kenapa kita masih angkuh.. sedarlah diri.. kemudian Allah berikan gambaran pembalasan.. yang hanya ada dua sahaja.. satu antara dua… kerana tiada yang ketiga dan seterusnya.. balasan neraka.. atau balasan syurga.. pilihlah jalanmu dari sekarang.. sama ada jalan yang lurus.. sirathal mustaqim.. atau jalan selain itu.. pilihlah.. sementara masih ada waktu.. kerana azab seksa itu sudah dekat.. beringatlah.. jangan penyesalan yang tidak sudah menghantui kita kelak.. there is no turning back when the day comes..

semoga dapat dimanfaatkan bersama.. insyaAllah..

3 comments
  1. FaisaL said:

    Ya Allah.. berikanlah hati ini.. jiwa ini.. rase gerun terhadap azabmu.. takutkan seksaanMu akhirat nanti..

    Ya Allah.. berikahlah diri ini.. perasaan ingin mengecap syurgaMu lebih dari ingin terhadap perkara duniawi..

    Ya Allah.. peringatkanlah pengemis ini tentang hari pembalasan itu semakin mendekati..

    Ya Allah.. terbitkanlah dari dalam diri.. bahawa mati itu tiada siapa ketahui tibanya nanti.. masanya hanya menanti..

    Ya Allah.. doronglah diri ini mempersiapkan diri.. menghadapMu ya Ilahi..

  2. Anonymous said:

    Subhanallah…

    • lasiaf87 said:

      moga bermanfaat. amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: