Rintihan kalbu..

 Hari Ini Tiada Senda Dalam Bicara
Deru Air Mata Merupakan Segalanya
Sang Hati Bicara Sendiri
Bangunkan Ummah Bina Generasi 

Di Bumi Yang Bertuah Ini
Diriku Mula Mengenali
Matlamat Hidup Sebagai ‘Abdi
Kepada Allah, Allahu Rabbi

Diriku Kini Sebebas Unggas
Terbang Riang Di Angkasa Raya
Menyanyi Merdu Irama Kalbu
Indahnya, Indahnya, Oh Indahnya

Wahai Generasi Dengarlah Pesanan Ini
Bumi Ini Bumi Bertuah
Suburnya Sesubur Tanaman di Lembah
Melahirkan Insan Berjiwa Tabah

Kutiplah Mutiara, Mutiara Indah
Untuk Bekalan Diri Berpindah
Sebelum Jejak Kaki Melangkah
Sebelum Penyesalan Membawa Padah

Sahabat Seperjuangan
Usah Digentar Musuh Di Hadapan
Pandanglah Di Depan Balasan Tuhan
Syurga Firdaus Menanti Kalian

Teruskan, Oh Teruskan
Perjuangan Menegak Kebenaran
Di Dalam Kebungkaman Akhir Zaman
Selagi Hayat Di Kandung Badan

Wahai Teman Seperjuangan
Dengarlah Harapanku Ini
Pohon Untukku Dalam Doamu
Diriku Pejuang Islam Yang Satu

Advertisements

2 thoughts on “Rintihan kalbu..

  1. diriku pejuang Islam Yang Satu..

    terima kaseh ummi..

    memberi kekuatan kpd diri..
    meniup api kecil ini..
    membakar nyalaan semangat islami..
    moga diri tabah mengharungi..
    setiap jalan yang disusuri..
    kerana ku tahu..
    doamu selalu mengiringi..
    terima kaseh ummi yang dikasihi..
    syukur ku pada ilahi..
    dikurniakan padaku ummi mithali..
    moga diri terus tegak berdiri..
    menerusi jalan mujahadah ini..

    ..salam rindu dari anakmu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s