Allah tempat kembali untuk segala perkara..

Allah yang Mencipta.. pada dia yang lebih mengetahui.. tapi kita hari ini.. lagaknya seperti semuanya kita punya.. segalanya kita ketahui.. sehingga ada yang mencabar Tuhan mengatakan mengapa ini.. mengapa itu.. kenapa tidak ini.. kenapa tidak itu.. gayanya seperti dunia ini dia yang empunya.. rasanya bagai dia yang menentukan perjalanan hidup ini.. jauh sekali dari itu.. malah apa yang dimilik semuanya hak Ilahi Rabbi.. tangan.. kaki.. mata.. mulut.. hatta bulu mata yang di atas mata itu pun kita tiada hak untuk kita melainkan mengikut apa yang diarahkan kepada kita.. bagaimana kita boleh berlagak seperti kita empunya segalanya sedangkan bulu mata sendiri kita tidak tahu bilangannya.. beritahu kepada diri ini.. berapakah bulu matamu wahai manusia.. kirakan sendiri.. itu pun belum dapat dikirakan janganlah berlagak sombong di depan Yang Maha Mengetahui.. kepada Dia tempat kita kembali.. kepada Dia segalanya.. Allah tempat kembali untuk segala perkara…

individu muslim sebenar.. diumpamakan seperti pokok durian.. manusia ni.. sumuanya asal dari biji benih yang sama.. lalu akarnya itu kita letakkan dua elemen yg utama.. al-Quran dan as-Sunnah.. pastinya tumbuh pokok durian yang baik.. sihat.. subur.. rendang.. tempat teduh haiwan-haiwa lain.. tempat berehat binatang-binatang.. rumah-rumah bagi burung-burung riang.. tapi.. andaikan pokok durian ini di”sertai” oleh pokok parasit.. pohon dedalu contohnya.. tentu sekali orang akan bertanya.. eh.. ini pokok durian ke?.. kenapa lain sedikit ye.. name dia tetap pokok durian.. cume rupa sudah berbeza.. tidak serupa seperti pokok durian yang lainnya.. pokok durian yang asli.. begitulah perumpaan orang muslim yang mengamalkan dosa besar dalam kehidupan harian.. begitu islam “patchy-patchy” kata abang zaki.. tidak syumul.. tidak “pure”.. bukan lagi suci.. dikotori oleh tompok-tompok hitam..

tauhid rububiyah dan uluhiyah dan tauhid asma’ wa sifah.. tauhid ade 3.. kita bincangkan dua tauhid yang penting ini.. rububiyah.. dan uluhiyah.. tauhid rububiyah.. hampir semua manusia percaya ada kuasa yang mencipta, menjaga, mentadbir, dan menguruskan alam ini.. namun tidak semua manusia percaya akan Allah sebagai illah..

di sini diterangkan mengenai salah paham masyarakat zaman sekarang.. terdapat 4 istilah arab yg telah disalah faham oleh masyarakat zaman sekarang..

  1. Illah

  2. Rabb

  3. ‘Ibadah

  4. Ad-deen

Illah.. illah yang kita faham dalam bahase ibunda kita.. bahase melayu ialah tuhan.. dlm translation kalimah “la ilaha illallah” ialah.. tiada tuhan melainkan Allah.. di sini kita memberi definisi illah sebagai tuhan.. yg sebenarnya.. yang difahami oleh orang arab zaman dahulu.. yang menyebabkan mereka menentang kuat islam yang dibawa oleh nabi Muhammad S.A.W. ialah.. Illah bukan sekadar tuhan atau sembahan.. illah adalah tempat mengadu domba.. tempat tertumpahnya kasih sayang.. tempat berkongsi suka dan duka.. tempat meminta.. tempat meraih cinta.. segala-galanya.. illah yang difahamkan oleh orang arab pada zaman itu amat mendalam.. sebab itulah.. semasa perjanjian ‘aqabah pertama.. atau dikenali aqabah qubra.. dikatakan kepada orang-orang yang berjanji ini.. dgn kalimah “la ilaha illallah” inilah kamu akan diperangi oleh seluruh orang arab dan org a’jam.. yakni orang yg tidak bertutur dalam bahasa arab.. dalam erti kata lain.. seluruh dunia.. kerana kalimah ini terlalu besar maknanya.. kalimah ini mampu memisahkan hubungan anak dengan ibunya.. tiada kalimah lain yg setelah satu pihak menyebutnya dan satu lagi tidak, ia memisahkan hubungan mereka.. memutuskan hubungan ibu dengan anak.. bukan satu hubungan yang remeh.. malah hubungan yang paling kuat antara sesama manusia.. inilah kekuatan kalimah ini.. maksud sebenar kalimah ini.. yang dituntut dari kalimah ini ialah amal.. amalan.. nilai kalimah ini adalah di sisi Allah.. kita mampu mengucap setiap kali kita solat.. atau di luar solat kita sekali pun.. namun adakah kita benar-benar menghayati kalimah ini.. adakah kita benar-benar mempamerkan kalimah ini dalam kehidupan.. adakah kita meletakkan tempat mengadu kita lebih kepada manusia lain sebelum Allah? adakah kita menaruh cinta kepada orang laen lebih dahulu daripada Allah? kita hanya datang kepadaNya apabila susah.. apabila terhimpit.. apakah yang telah kita lakukan.. Illah.. dari maksud yg sebenarnyer amat2 mendalam.. tempat kembalinya segala-galanya.. cinta.. permintaan.. pengharapan.. kasih sayang.. pengaduaan.. segala-galanya.. contoh dalam al-Quran ada menggunakan perkataan “illah” untuk pelbagai maksud.. kita lihat dalam ayat2 di bawah..

“Dan mereka mengambil sembahan selain Allah agar mereka mendapat pertolongan.”

(Surah Yassin [36] : 74)

dalam ayat ni.. illah digunakan untuk membawa makna tempat meminta pertolongan.. kita lihat dalam ayat lain pula..

“Dan mereka telah memilih tuhan-tuhan selain Allah, agar tuhan-tuhan itu menjadi pelindung bagi mereka”

(Surah Maryam, [19] : 81)

dalam ayat ini pula.. Illah didefinasikan sebagai pelindung.. yang berkuasa melindungi.. kita cuba lihat lagi satu ayat.. supaya nampak lebih jelas yg “illah” itu bukan hanya tuhan sembahan.. tp tempat segala-galanya kita kembali kepada.. lihat ayat ini pula..

“Dan di antara manusia ada orang yang menyembah tuhan selain Allah sebagai tandingan, yang mereka cintai seperti mencitai Allah.  Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah.  Sekiranya orang-orang berbuat zalim itu, ketika mereka meliha azab (pada hari Kiamat), bahawa kekuatan itu semuanya milik Allah dan bahawa Allah sangat berat azabNya (nescaya mereka menyesal).”

(Surah al-Baqarah [2] : 165)

dalam ayat ini.. Illah sebagai tempat berkasih sayang.. tempat bercinta.. orang-orang beriman dikatakan sangat besar cintanya kepada Allah.. lebih dari cinta kepada yang lain.. cinta sesama manusia.. sesama makhluk.. dengan tumbuhan.. dengan haiwan.. semuanya dibawah cinta kepada Allah.. cinta Allah cinta utama.. cinta agung.. cinta sejati..

Cinta Allah Cinta AgungCinta Allah Cinta Sejati

jadinya di sini dapat disimpulkan bahawa, konsep illah kita masih kurang.. ini kalimah “illah”.. kte lihat kalimah rabb pula.. rabb maksudnya yang memberi rezeki.. yang mengatur hidup.. yang menguruskan kehidupan.. segalanya.. penentu sesuatu keputusan..

tetapi kita hari ini telah mewujudkan rabb-rabb kecil.. contohnya.. kita percaya yang menurunkan “signature” untuk sesuatu project itu pemberi rezeki kepada kita.. kalau kita tidak mendapatkan tandatangannya.. habis.. tiada duit.. tiada rezeki.. maka.. kita sanggup buat apa sahaja.. hanya untuk mendapat tandatangan itu.. kita ikut segalanya.. kadang melebihkan peraturan Allah hanya untuk pemberi tandatangan ini.. yang mane.. padahalnya.. dia hanyalah insan biasa mcm kita.. hamba Allah.. makhluk serupa dengan kita.. bukan dia yang memberi rezeki pada kita.. malah dia sendiri diberi rezeki oleh Allah.. amat salah skali tempat pergantungan kita.. kita hari ini telah mewujudkan banyak sekali rabb-rabb kecil.. padahal.. kita sepatutnya hanya ada Satu Rabb.. Allahu Rabbi..

moga bermanfaat.. insyaAllah..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: