Peringatan buatku dan dirimu..

Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-Nya
Merasa terpikul amanah ad-deen ini.
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.

Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya,
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu.
Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyu’mu kurang,
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya,
Terlalu banyak kurang & salahmu.

Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu’ & tenang..
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan,
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini.

Diriku,
Pada nawafil & amalan sunat
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu,
Pada qiamullail di keheningan malam,
Bersama bisikan doa & munajatmu,
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya,
Di situ ada bekalnya..
Lazimilah awal dirimu dengan al-Mathurat,
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie.

Diriku,
Pada tawadhu’, pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,
Ada ketenangan dan kekuatanmu..

Diriku,
Amanahlah kau di hadapan manusia,
Kerana kedaulatan Tuhanmu,
Namun rasailah kekerdilan dirimu,
Di hadapan kudrat dan iradatNya,
Pasakkan keyakinan untuk satu perubahan!

 – diambil dari portal ukhwah dalam nukilan bertajuk peringatan buatmu dan diriku –

2 comments
  1. aisy said:

    Sukran jazilan kerana memberikan peringatan sebegini bahawasanya perjalanan aku masih jauh lagi..harap diizinkan sy mengambil artikel ini untuk disebarkan kepada umat islam yang lain..Barak allahu fi!

  2. FaisaL said:

    ‘afwan.. silakan.. moga bermanfaat.. sememangnya perjalanan kita semua masih jauh.. selagi mana bila tiba ajal, selagi itu kita masih mengembara di dunia Allah ini, mencari bekalan untuk destinasi sebenar, iaitu akhirat yang abadi.. semoga penyair asalnya diberkati dan dirahmati Allah.. amin.. barakAllahu fikum..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: