Sirah Nabi..

sirah adalah sangat penting.. kalau kita lihat semula.. al-Quran dan as-Sunnah tu dilandaskan kepada sirah nabi.. kalau tidak ada sirah, tidak adalah dua ini.. sirah nabi hubungkaitnya dengan dua ni sangat penting.. kalau kita lihat al-Quran.. terdapat sebab penurunan.. asbabul nuzul.. berdasarkan keadaan.. masa.. semuanya ada peristiwa-peristiwanya.. begitu juga dengan as-sunnah.. hadith yakni sabda-sabda rasulullah.. perlakuan yang nabi lakukan.. as-sunnah namenya.. hatta ikrar atau diamnya nabi terhadapa sesuatu, itu juga sunnah.. itu semua mengenai nabi.. perkataan, perbuatan, ikrar, semua yang nabi lakukan.. kiranya.. sirah adalah dasarnya.. maka.. untuk lebih mendalami al-Quran dan as-Sunnah ada baiknya untuk kita mengetahui dan mendalami sirah.. supaya kita dapat menghayati keadaannya.. supaya dapat kita hayati bagaimana ayat itu diturunkan dan mengapa ia memberi kesan yang sangat kuat kepada orang arab pada masa itu.. kita.. kalau kita baca.. pastinya begini..”ala.. biasalah tu.. baca..” kadang seperti pembaca berita.. sudahlah monotone.. tidak ada emosi.. membaca begitu saja.. jika ayat yang Allah menggunakan nada keras, nada marah pun kita baca berlagu yang sedap-sedap.. lagu lembut-lembut yang mendayu.. tidak salah melagukan untuk sedapt dibaca.. memang digalakkan pun.. tetapi kan lebih elok jika maknanya dapat difahami juga.. dalam ayat itu sebenarnya Allah marah.. tidak salah untuk membaca dengan sedap telinga mendengar.. tapi eloknya kita fahamkan juga apa yang dibacakan.. sebab itulah memahami itu lebih penting dari sekadar membaca.. tetapi bukanlah mengatakan tidak perlu baca.. baca tu bagus.. sainstifik pun buktikan.. tetapi memahami itu patut diutamakan juga.. kita lihat sheikh masyaari rashid al-faasy, sheikh saad al-ghamidi, semua qari yang lain.. semasa sedang membaca tib-tiba sahaja teresak-esak menangis.. mereka faham apa yang dibacakan.. tapi kita.. kita faham lain sangat dari orang arab.. arab itu bahasanya indah dan luas.. mendalam maknernya.. mereka zaman dulu.. ayat mudah sahaja.. tetapi mampu bawa kepada peperangan.. sebab apa?.. sebab mereka faham apa yang dibawa oleh ayat itu.. apa yang dibahaskan dalam ayat itu..

baiklah.. sirah penting.. tetapi sumber sirah itu jauh lebih penting.. apakah sumber sirah?.. dua yang utama.. berbalik semula kepada al-Quran dan as-Sunnah.. kerana.. al-Quran menceritakan yang akan datang, dan yang telah lepas.. al-Quran menceritakan yg telah lepas, al-Quran jugak yg menyebabkan sirah, turunnya salah satu ayat, berubahlah sirah.. contoh pembukaan kota mekah.. turun ayat.. maka berlaku peristiwa.. manakala hadith.. banyaknya yang telah lepas.. tetapi ada juga yang akan datang.. cuma banyakny yang telah lepas.. cube kita fikir.. logikkah semasa zaman 10 tahun di mekah itu rasulullah mahu bercerita-cerita.. orang sibuk-sibuk perang hidup tidak aman.. tiba-tiba rasulullah duduk.. bercerita.. bukankah tidak relevan begitu.. memang ada.. tetapi mungkin sedikit.. banyaknya diriwayatkan ketika di madinah.. bila mana islam sudah kuat.. kukuh..

antara sirah Nabi Muhammad S.A.W.. contohnya.. dibelah dada nabi dan dibasuh dengan air zam zam menggunakan jar emas oleh malaikat jibrail.. dan peristiwa ini jugaklah yang menyebabkan Halimah memulangkan rasulullah.. kerana orang ramai sudah sibuk berkata mengenai rasulullah macam-macam.. pada waktu itu rasulullah dalam umur 5 tahun.. peristiwa ini memberi pengajaran mengenai kepentingan hati.. islam tidak jatuh pada hati yang kotor.. islam sesuatu yang suci murni.. tempatnya juga perlu suci dan murni.. sebab tu kita perlu jaga hati kita.. hati ni ibnu qayyim kata.. ibnu qayyim dianggap doktor hati.. kerana dia banyak membahaskan pasal hati.. katanya.. hati ibarat cermin.. apa yang diletakkan dihadapannya, itulah yang akan dipantulkan.. kita letak maksiat depan kita.. maka amalan yg terpandul juga adalah maksiat.. berbalik kepada sirah nabi.. kemudian ada peristiwa dgn rahib nasrani.. yang dia berkate bawalah nabi pulang sebab baginda ada masa depan yang agung.. jagalah nabi sebab jikalau orang yahudi nampak baginda pasti bahaya.. ini yang rahib itu katakan kepada bapa saudara nabi.. Abu Muthalib..

kemudian mengenai keyatiman nabi.. antara sebab-sebab Allah jadikan nabi dilahirkan sebagai anak yatim ialah.. semua pergantungan nabi itu.. sejak kecil hanya kepada Allah.. Allah tempat bergantung yang sangat kuat.. sehingga dituliskan dalam kitab jikakalau ada terdapat musibah ketika itu.. nabi sebut “Allah, Allah”.. tidak menyebut.. “ayah, ayah”.. atau “ibu, ibu..” selain itu.. antara satu lagi disebutkan supaya semua orang tidak mempertikaikan ajaran nabi.. tidak ada manusia yang akan berkata.. “ala.. ini dia dapat daripada ayah dia ni.. entah apa yang dibawakannya ini..” malahan ahli tafsir membahaskan ini jugak sebab mengapa nabi dilahirkan tidak pandai menulis dan membaca.. supaya semua tidak dapat dipertikaikan kesahihan ajaran islam itu datangnya dari Allah subhanahu wata’ala..

selain itu.. nabi juga bekerja di waktu usia muda.. ini menunjukkan perasaan sentiviti nabi.. nabi hidup mewah kalau hendak diikutkan semasa kecil.. kerana.. abu muthalib adalah orang besar.. malahan datuk nabi juga orang kaya.. sebelum lahir ayah nabi.. datuknya pernah berikrar akan bunuh kalau lahir anak laki lagi.. sebab dia sudah mempunyai 9 org anak lelaki.. tetapi apabila lahir, dia tidak jadi untuk bunuh.. dia bayar ikrar tu dgn 100 ekor unta.. bukan perkara remeh ini.. ini mahal.. malahan kita lihat dalam dam haji.. apakah bayaran yg paling atas skali?.. unta kan?.. kemudian baru ikut dengan lembu, kambing dan seterusnya.. jadi.. nabi hidupnya biasa.. susah.. tetapi.. tidak sampai merempat.. tetapi.. mengapa nabi maseh bekerja bersusah payah sedangkan baginda sudah cukup mampu dibesarkan dengan harta keluarganya?.. di sini hendak menunjukkan.. nabi sensitif.. nabi berdikari.. nabi tidak membazir masa.. walaupun nabi seperti kita.. manusia biase.. ada nafsu.. tetapi nabi itu mempunyai pekerti yang tggi.. sangat tinggi.. mulia dan agung.. yang mana kita patut contohi..

sirah juga memperlihatkan bagaimana Allah memelihara nabi.. contoh nabi mempunyai hawa nafsu seperti kita.. nabi pun hendak membuat perkara yang remaja lain lakukan.. melepak, bersembang.. suatu hari nabi hendak ke majlis kahwin.. hendak ikut sama-sama bergembira.. tetapi belum sempat untuk meraikan pun nabi sudah tertidur.. dua kali berlaku.. Allah pelihara nabi dari perbuatan-perbuatan yang tidak patut ada pada seorang nabi.. supaya orang tidak mempertikaikan.. “ala.. dulu dia ini pun ada buat juga..” tiada alasan.. tiada asas untuk mengutuk nabi..

kita lihat.. orang yang pada pengakhiran hidupnya menjadi satu figure yg hebat.. selalunya di awal hidupnya dia melakukan sesuatu yang berbeza daripada orang lain.. contoh sahabat-sahabat nabi.. ali tidak pernah menyembah berhala.. abu bakar juga begitu.. kita tengok figure yang lebih dekat dengan kita.. imam hassan al-banna.. ketika berumur kurang dari sepuluh tahun.. sembilan mungkin.. guru meminta satu kelas menulis apa yang mereka hendakkan setelah besar nanti.. apa yang diimpikan.. apakah cita-cita dan harapan mereka dalam erti kata lain.. rakan-rakan lain semuanya menulis.. mahukan kereta besar.. rumah besar.. kerja yang tinggi-tinggi pangkatnya.. tetapi imam hassan al banna.. yang ditulisnya.. “aku ingin memimpin ummah islam kembali ke jalan yg benar..” subhanAllah.. berlainan dari orang lain.. sangat berbeza.. kita ambil sahaja siapa pun yang kita anggap hebat.. lihat peristiwa silam hidupnya.. pasti berbeza daripada orang lain.. orang hebat tidak akan ikut perkara yang biasa manusia lakukan.. begitula dengan kita.. nanti.. apabila di padang mahsyar.. apakah sebab yang kita hendak cakap kepada Allah.. supaya Allah melihat kita.. apakah sebabnya? adakah alasan? kalau kita hendak mengatakan saya melakukan sume yang remaja 20 tahun buat.. semua orang mampu berkata seperti itu.. kenapa perlu Allah pandang lebih kepada kita.. jadi.. usahakanlah supaya menjadi orang yang berbeza dari orang lain.. cuba melakukan sesuatu yang lain yang membawa kepada kejayaan.. insyaAllah..

moga mendapat manfaat dari penulisan ini.. wAllahu a’lam..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s