Matlamat kita hanya satu..

Autumn GatheringAutumn Gathering

matlamat hidup ini ada banyak… tapi itu semua.. hanyalah simpang-simpang sahaja sebenarnya.. kita sebagai muslim.. ada satu matlamat yang utama.. iaitu.. bertemu dengan Allah pada suatu hari nanti.. bertemu dengan Pencipta kita.. bertemu dengan Rabb kita.. dan pada ketika itu, kita mengharapkan redhaNya untuk masuk ke syurgaNya.. di mana situlah bermula kehidupan kita seterusnya.. kekal abadi… anggaplah hidup itu seperti satu garis lurus.. satu timeline.. garis masa.. kita hidup bermula dengan umur sifar.. angka kosong.. kosong tahun.. dan sekarang kita sudah berusia.. berumur.. ada yang 18.. 20 ada.. 23 ada.. ada yang lebih.. dan ada yang kurang.. ambil satu umur..  sudah 20 tahun kita hidup.. setakat ini.. apakah yang telah kita capai matlamat.. berjaya akademik sudah.. terbang ke negara luar sudah.. alhamdulillah.. tetapi.. kita kena sedar.. kita perlu sentiasa tahu.. bahawa.. hidup masih panjang.. jadi.. kita lihat perjalanan garis masa ini.. purata manusia hidup kalau diikut hadith rasulullah, dalam 60-70 tahun.. rasulullah juga wafat ketika baginda berumur umur 63 tahun.. jadi.. diteruskan garis masa ini lagi.. apakah yang  kita akan lakukan dalam usia-usia seterusnyer…

mungki kita akan berkerja.. dan kahwin.. ini dua perkara yang paling besar dalam kehidupan manusia di dunia ini.. mulakan dengan kerja dahulu.. oleh kerana dunia ini perlukan duit.. kehidupan kite berkisar mengenai duit sahaja.. pusing-pusing rutin harian kita.. duit jugak akhirnya.. malah sampai satu tahap yang teruk.. kita diperhambakan oleh duit tanpa disedari.. hilang perhambahaan kepada Allah.. bukan hilang.. tetapi mungkin dijatuhkan tempatnya.. duit lebih utama dipandang.. na’uzubillahi min zalik… kerjaya ini.. meliputi 1/3 usia.. manusia biasa berkerja dalam usia 25 tahun kita ambil contoh… iaitu dalam umur 20+ hgga 50+… kalo kte anggap kite hidup 75 tahun.. ini hanyalah anggapan semata-mata.. tiada siapa yang menjamin kita mempunyai hari esok.. malahan nafas seterusnya.. tiada siapa yang dapat jamin.. mungkin setelah siap entri ini.. tetiba mati.. tidak ada siapa yang tahu.. sebab itu perlu muhasabah diri sentiasa.. mati itu milik Allah.. ambillah mati sebagai penasihat.. pasti berjaya.. Allah ciptakan mati dan hidup itu untuk menguji manusia.. amalan siapa yg lebih baik.. seperti firmanNya..

“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”

(Surah Al-Mulk [67] : 2)

jadi.. ada ungkapan.. kata-kata para sahabat kalau tidak salah.. lupa akan siapa yang menyampaikannya.. tetapi yang hendak disampaikan di sini.. kerjalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi dan ber’amallah kamu seperti kamu akan mati esok hari.. insyaAllah.. dengan konsep yang sedemikian.. kerja dan amalan kita akan lebih bermakna.. insyaAllah.. kemudian.. bab kahwin..

kahwin ini lebih penting.. 2/3 kehidupan.. kalau kerja ade pencennya.. jadi 1/3 kehidupan sahaja.. selepas pencen kita bebas.. tetapi kahwin.. bukanlah hanya 2/3 kehidupan itu meliputi pagi sahaja.. atau siang sahaja.. atau shif malam.. tidak.. jauh sekali.. ianya sepanjang masa.. malah 24/7 (baca: twenty-four seven).. full time.. sepenuh masa.. tidak ada part-time… semuanya harus dibuat keputusan bersama.. sememangnya sangat penting perkara ini.. inilah mengapa kite perlu memilih pasangan hidup betul-betul.. ini bukanlah perkara untuk seminggu dua atau sebulan dua.. malah bukan setahun dua.. tetapi 2/3 kehidupan.. jangka mase yang amat lama… dalam jangka masa itu.. dia lah pelindung, dia lah tempat mengadu, dia lah tempat bermesra, dia lah tempat bersama, dan macam-macam lagi.. sememang harus memilih yang tepat.. yang serasi.. yang sesuai dengan fikrah kita.. yang selari pemikirannya.. yang sehaluan tujuannya.. dan pemilihan pasangan itu tidak perlulah diceritakan di sini..

pilihlah dengan betul.. pilih yang boleh mendekatkan kita dengan Allah.. insyaAllah bahagia rumahtangga.. insyaAllah.. hidup ini banyak matlamat sebenarnya.. dan dapat mencapai matlamat itu ada banyak cara.. cara itulah yang perlu dinilai tiap kali membuat pilihan.. sama ada.. ianya mendekatkan diri kita dengan Allah atau menjauhkan.. life is about choices.. and in every choice, we need to evaluate it.. wether the choice we took directly bring us to Allah or not.. begitulah.. pokoknya setiap kehidupan ini ‘ibadah sebenarnya kalau tujuan niatnya adalah kepada Allah s.w.t.. memang kita diciptakan untuk beribadah.. dan ibadah itu luas rangkuman maksudnya.. bukan setakat solat dan zikir sahaja.. mandi, tidur, makan, berkawan, semuanya tu adalah ibadah juga.. sekiranya kita diniatkan itu semua kepada Allah.. dilakukan kerana Allah.. lillahi ta’ala.. segala yang baik yang diniatkan kepada Allah.. insyaAllah… ianya dikira ibadah.. maka sesuailah dengan tujuan hidup kita.. seperti dalam firman Allah..

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

(Surah Adz-Dzaariyaat [51] : 56)

 Life is about choices, so be islamically-wise..

moga bermanfaat.. insyaAllah.. wAllahu a’lam..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: