Muhasabah Diri..

Hari demi hari,

Langkah disusun di sisi,

Dengan harapan dapat di isi,

Tapi dengan apakah perlu dipenuhi,

Adakah dengan hasrat al-hawa yang tiada mati,

Atau dengan panduan wahyu-Nya agar diri diredhai.

 

Wahai diri yang selalu sepi,

Kerna tiada usaha mahu mengisi,

Bukalah kelopak mata dari nyenyak mimpi,

Basuhlah hati dengan tangisan di pipi,

Yang mengalir sebab terasa jauhnya diri,

Bukan kerana impian dunia yang hilang sebentar tadi.

 

Wahai pemilik mulut ini,

Yang sering mengatakan perkara yang jarang dilakukan diri,

Menegur mereka seolah diri bersih suci,

Tetapi hakikat diri sendiri tiada mahu peduli,

Persoalkan lah diri dan hati,

Mampukah diri bertawajjuh dalam mahkamah Ilahi,

Atas kesalahan tiada buat atas teguran tadi,

Dalam tindak tanduk sehari-hari.

 

Muhasabahlah diri sendiri wahai diri,

Yang akan menutup mata sebentar lagi,

Dan tiada bangkit untuk kesekian kali.

Advertisements

One thought on “Muhasabah Diri..

  1. InsyaAllah.. moga selalu diberi peringatan dan diajak ke arah kebaikan.. Kerana iman itu sifatnya bertambah dan berkurang.. maka bertaubatlah senantiasalah muhasabah diri dan bertaubat atas dosa yang dilakukan.. insyaAllah..

    ”Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri.”

    (Surah Al-Baqarah, ayat 222)

    PENYAKIT HATI

    Tanda-tanda penyakit hati:

    1. Tidak minat belajar
    2. Cinta kepada dunia melebihi segala-segalanya
    (berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai segala tujuan di
    dunia
    3. Malas beribadat
    4. Gemar/seronok untuk buat maksiat
    5. Tidak suka kepada kebajikan
    6. Suka dipuji-puji dan bermegah-megah

    “Tidak akan masuk syurga seseorang itu jika terdapat perasaan bangga dalam diri walaupun hanya sebesar biji sawi”

    (Hadith Nabi)

    Cara merawat hati:

    1. Banyakkan berbuat ibadat
    2. Melakukan Qiamullail
    3. Banyakkan berpuasa
    4. Mancari sumber rezeki yang halal
    5. Banyakkan berzikir dapat membersihkan hati

    “Janganlah kamu mengikut orang yang telah Kami lalaikan dan mengikut nafsu”

    (Surah Al-Kahfi, ayat 28)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s