Perbuatan maksiat melemahkan kekuatan hati..

– diambil daripada blog Mutiara Hati dalam entri Perbuatan maksiat lemahkan kekuatan hati –

MAKSIAT memiliki pengaruh bahaya dan buruk bagi hati serta fizikal manusia.

Antara pengaruh buruk serta bahaya dosa, ia akan memadamkan cahaya ilmu yang dikurniakan Allah dalam hati. Imam Malik pernah mengagumi kecerdasan Imam Syafie yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman.

Imam Malik berkata: “Aku melihat Allah meletak cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.”

Sementara itu, Imam Syafie pernah menceritakan pengalaman peribadinya dalam bait syair; Saya mengadu pada guru Waqi’ mengenai mutu hafalanku yang buruk, maka ia mengarahkan supaya aku meninggalkan maksiat. Ia berkata, “Ketahuilah ilmu adalah kemuliaan dan kemuliaan Allah tidak diberikan kepada ahli maksiat.”

Lagi kesan-kesan buruk dari perbuatan maksiat adalah seperti berikut:

  • Rezeki tidak lancar

Dalam Musnad Ahmad, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba diharamkan daripada rezeki kerana maksiat yang ia lakukan.”

Seperti ketakwaan kepada Allah mendatangkan rezeki, sebaliknya maksiat akan mendatangkan kekafiran.

  • Keterasingan antara Allah

Seorang yang melakukan maksiat akan menemukan perasaan terasing antara dirinya dan Allah dalam hatinya. Keterasingan ini tidak boleh diganti dan dinilai dengan kenikmatan apa pun. Andainya semua kelazatan di dunia disatukan, maka tetap tidak boleh mengubati perasaan keterasingan itu. Perasaan itu hanya ada pada hati yang hidup, sementara hati mati tidak mempunyai perasaan itu.

Ada seorang lelaki mengadu perasaan keterasingan pada dirinya kepada ahli makrifat lalu dijawab: “Jika kamu menemukan keterasingan dalam dirinya kerana berbuat dosa, segeralah tinggalkan dosa itu dan temui ketenteraman hati dalam berbuat taat. Ketahuilah, tidak ada hati yang rasakan keterasingan kecuali kerana dosa.”

  • Keterasingan antara manusia

Perasaan terasing bukan hanya terjadi dengan Allah tetapi juga manusia terutama dengan mereka yang melakukan kebaikan.

  • Allah akan menyulitkan urusannya

Orang yang melakukan maksiat akan selalu menemui jalan buntu pada setiap urusannya. Orang yang bertakwa kepada Allah akan menemui kemudahan pada urusannya sebaliknya mereka yang jauh daripada takwa disulitkan urusannya.

  • Kegelapan dalam hati

Kegelapan itu nyata dalam hatinya seperti melihat dan berasakan gelapnya malam. Ini kerana ketaatan adalah cahaya sementara maksiat adalah kegelapan. Semakin kuat kegelapan dalam hati maka seseorang itu terus dalam kebingungan. Akibatnya ia terjatuh dalam kesesatan dan hal yang menghancurkan tanpa disedari.

  • Maksiat melemahkan kekuatan hati

Maksiat melemahkan hati dan kelemahan fizikal disebabkan lemahnya hati. Semakin kuat hatinya, semakin kuat fizikalnya. Ahli maksiat, meskipun fizikalnya kuat tetapi apabila diperlukan dan dalam keadaan terdesak, kekuatan fizikal mereka tidak berdaya.

Renungkan bagaimana kekuatan fizikal kaum Rom dan Parsi yang mengkhianati mereka ketika memerlukannya hingga dengan mudah orang beriman menakluki kekuatan fizikal dan hati mereka.

  • Malas mengerjakan ibadat

Orang yang melakukan maksiat akan malas melaksanakan amal ibadat. Sedangkan setiap bentuk ketaatan kepada Allah nilainya melebihi dunia dan segala isinya.

  • Terbiasa berbuat dosa

Maksiat melunturkan persepsi buruk mengenai dosa dalam hati seseorang. Ertinya, dia tidak akan berasa bahawa dosa yang dilakukan adalah perbuatan buruk. Akibatnya, dosa menjadi sebahagian daripada kebiasaan. Keadaan ini membahayakan diri sendiri.

Walaupun dilihat dan dicerca, dia tidak rasakan dirinya terhina. Perasaan seperti itu adalah kesenangan dan kenikmatan daripada pelaku maksiat. Bahkan, ada yang bangga menceritakan maksiat yang dilakukan.

Rasulullah SAW bersabda:

“Semua umatku akan dimaafkan oleh Allah kecuali muhajirun (yang terang-terangan berbuat maksiat. Termasuk mujaharah adalah ketika Allah menutupi seseorang berbuat maksiat, tapi pagi harinya ia membuka aibnya sendiri. Ia mengatakan, “Hai teman, semalam aku melakukan ini dan itu.” Dia merobek kehormatannya sendiri ketika Allah menutupnya.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

– diambil daripada blog Mutiara Hati dalam entri Perbuatan maksiat lemahkan kekuatan hati –

14 comments
  1. FaisaL said:

    insyaAllah.. moga ditetapkan iman..

    “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau membolak-balikkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan berilah kepada kami rahmatMu, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.”

    ameen ya Allah..

  2. Octa said:

    Tuhan….jika memang Engkau masih memberiku kesempatan untuk memperbaiki diri maka janganlah Engaku sedikit saja berpaling dariku, bimbing dan tuntunlah aku untuk dapat menuju ke jalan yang Engkau Ridhoi……..aminnn

  3. FaisaL said:

    amin.. amin.. amin ya Allah..

    sesungguhnya Dia Maha Mengasihi lagi Maha Penyayang.. DIa Maha Mendengar lagi Maha Menerima Taubat..

    maka terus kita bersangka baik denganNya.. FirmanNya dalam hadith qudsi..

    “Aku berada di dalam sangkaan hambaKu tentang diriKu. Aku menyertainya ketika dia menyebutKu. Kalau dia menyebutKu kepada dirinya, maka Aku menyebutnya kepada diriKu, kalau dia menyebutKu didepan orang ramai, maka Aku menyebutnya di depan orang dengan keadaan yang lebih baik daripada diri mereka.”

    (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

    sesungguhnya Allah sangat sayang kepada hambaNya yang ingin kepadaNya.. moga kita semua terus mendatangiNya.. tidak jemu.. tidak penat.. tidak lelah.. terus dan terus ke arahNya.. amin.. amin ya Allah..

    moga apa yang ditulis dapat diterjemahkan ke dalam kehidupan melalui amalan dan keyakinan… bukan sekadar kata-kata dalam bentuk tulisan.. amin..

  4. insan keliru said:

    Thanks.. i needed some takzirah….kehidupan zaman sekarang memang mengelirukan. susah sgt nak menikmati dunia n agama sekali. depan macam baik je, hanya Allah je tau siapa diri ini.

  5. FaisaL said:

    sama-sama.. semua manusia perlukan tazkirah.. termasuk diri ini sendiri.. tidak terkecuali walau seinci pun dari tubuh ini.. teringat kata-kata naqib saya.. kita ini ibarat air yang menggelegak apabila iman kita meningkat, dan bagaimana air itu dipanaskan sehingga menggelegak, maka sebegitulah kita sepatutnya duduk dalam keadaannya.. maknanya, air, kalau ia hendak menggelegak kita kena panaskan, kalau kita biar sahaja setelah dipanaskan, ia akan kembali sejuk.. macam itulah kita, kita perlu kepada tazkirah sentiasa, seketika kita mengabaikan peringatan, kita sudah mengundang bahaya.. andai kata kita tidak mencari pengisian untuk diingatkan kepada diri kita untuk tempoh yang panjang, nescaya hati kita mudah untuk melakukan sesuatu yang tidak baik.. na’uzubillahi min zalik.. walaupun kita berpangkat tinggi.. kita tetap memerlukan tazkirah.. kerana memang sifat manusia itu mudah lalai dan alpha.. kadang kita tidak perasan kerana perkara yang kita lalaikan itu mungkin sahaja kecil.. tetapi perkara kecil itulah yang akhirnya menjadi masalah besar untuk kita.. daripada sekecil-kecil perkara syaitan menggunakannya untuk menjadikan kita melakukan sebesar-besar dosa.. syaitan amat bijak dan licik.. pengalamannya jauh melebihi kita.. kita rata-ratanya hanya hidup sekitar 60-70 tahun.. tetapi syaitan bukan sahaja umur yang panjang.. malahan pelbagai jenis manusia telah ditemui dan telah dihasutnya.. tidak kira ‘abid, ustaz, ulama’, mufti, pemimpin, penguasa atau hanya sekadar tukang sapu, faqir, anak yatim.. semuanya.. semuanya telah ditemui dan telah cuba dihasutnya.. ada yang berjaya.. dan ada juga yang tidak.. hanya iman dan taqwa sebagai benteng pertahanan kita.. moga Allah melindungi kita dari hasutan dan bisikan syaitan yang direjam.. amin..

    kehidupan realiti akhir zaman ini sememangnya begitu.. mengelirukan.. ada yang mengaku membawa islam.. rupanya agama sesat.. ada yang mengaku menyeru ke arah kebaikan.. rupanya ada kepentingan lain disebaliknya.. ada yang mengaku berjuang ke arah keamanan.. rupanya ada perkara lain yang diinginkan.. mengelirukan.. memang itulah dunia kita hari ini.. tambahan lagi dengan sekularisme yang ditanam dan dibawa oleh musuh-musuh islam yang licik.. telah mendidik kita dengan satu fahaman yang sangat dahsyat dan teruk.. sehingga melahirkan anak muda seperti mana yang banyak kita lihat hari ini.. hiburan sebagai asas kehidupan.. wang ringgit menjadi matlamat kehidupan.. akhlak dan kesopanan budi pekerti semuanya hilang lantaran hawa nafsu yang tidak dikekang.. perikemanusian bukan lagi persoalan utama, malahan tidak menjadi salah satu dari cabang dalam pembangunan diri.. berpura-pura atau hipokrit itu seperti wajib dalam setiap insan lantaran matlamat duniawi.. bermacam-macam lagi.. kehidupan yang sangat teruk.. hanya dengan berbalik kepada al-Quran dan as-Sunnah baru dapat kita membasmi semua perkara yang mengelirukan ini.. menjernihkan islam yang bercampur-baur ini dengan islam yang tulen sebagaimana yang diajarkan oleh nabi kita, Muhammad s.a.w..

    moga kita senantiasa dipelihara dan dikurniakan rahmat dan barakah olehNya.. amin..

  6. hafiz h.t said:

    setiap insan di dunia ini pasti pernah melakukan dosa atau kesilapan..

    namun perkara yg paling baik selepas itu ialah apabila kita sedar akan dosa

    dan kesilapan itu lalu kt sedar dan tidak mengulanginya=)

  7. Cikgu said:

    bagus artikel ni Along, Ummi print untuk beri kepada seseorang yang Along pasti boleh teka. Jzzk kerana selalu menyentuh isu2 semasa walau mungkin tidak begitu niat along mulanya tetapi selalu ada saja antara penulisan along yg dapat membantu ummi menyelesaikan masalah semasa. Moga sama2 kita tsabat dijalanNya. Moga sentiada dalam redhaNya jua. Amin.

  8. FaisaL said:

    semoga hari ini lebih baik dari hari semalam. insyaAllah.

  9. FaisaL said:

    amin. insyaAllah. tahu sangat siapa orangnya. harapnya dibaca dengan hati yang terbuka.

    waiyyak. artikel2 dalam blog ini lebih kepada untuk mengingatkan along sebenarnya. tetapi kalau ada manfaat untuk orang ramai. alhamdulillah. dan kalau dapat tolong ummi lebih2 lagilah gembira along. semoga terus dapat membantu. amin.

    semoga bermanfaat semuanya. amin.

    moga kita terus tsabat. amin.😀

  10. Ina said:

    Alhamdullillah….
    smoga hati ini lebih terubat

  11. FaisaL said:

    amin..
    semoga apa yang dibaca mampu diterjemahkan kepada amalan..
    semoga apa yang ditulis mampu dijelmakan kepada amalan..
    amin..

    kerana yang dihitung kelak, adalah amalan yang dilakukan..

  12. senior said:

    MAKSIAT, Kata-kata yg sering diucapkan diMimbar Mesjid, tapi kita bisa lihat dgn Kasat Mata, Pemerintah Me`LEGAL`kan dengan alasan pemasukan Pajak.

    MAKSIAT, menghanyutkan,pertama kali dicoba membuat ketagihan (Adic)dan efek domino,daya rusak MORAL nya sangat cepat dan berkesinambungan.

    MAKSIAT,membuat rasa santun dan Respek terhadap WANITA sangat rentan,( Setelah biologis tersalurkan ) Tolok ukur hanya SEX

    MAKSIAT, Jauhi dan hindarkan, karena mereka seperti WABAH, dan hindari berkawan dgn org yg HOBBY itu

    Wassallam

  13. devin said:

    alhamdullilah benar yg dikatakan itu,langkah termudah untuk bahagia anggap Allah sebagai tuhan itu wajib.dan anggap dia sebagai guru,penasehat,teman bercanda atau apa saja,jadikan dia di hati sebagai alat komunikasi.insyaallah kita akan tehindar dari maksiat.tapi bahagia dan keberkahan yg kita dapat.jadikan dia selalu ada di hati.

  14. jazakumullahu khairan kathira atas perkongsian yang bermanfaat.. insyaAllah sama-sama kita mengenal al-Khaliq, Tuhan Pencipta Alam Semesta.. ayuh perbaiki diri!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: