Mahabah terasa…

ukhwah.. datang dari huruf ‘kha” dalam arab.. kha itu kalau kita selami.. makhrajnya terletak di pangkal leher.. pangkal.. maknanya.. ukhwah itu juga harus begitu.. dari dalam diri.. tautan hati.. insyaAllah.. ukhwah sesama rakan.. sahabat.. ada terdapat hadith yang agak mashyur di kalangan kita.. iaitu..

“Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri.”

(Hadith Riwayat Muttafaqun ’Alaih)

hadith ini menggambarkan kita seperti memandu dalam ribut.. sewaktu dalam ribut, pastinyer kita akan membuka lampu.. tentunya terdapat segelintir yg mempertikaikan tindakan ini.. kate mereka yang tersalah faham ini mungkin sekali berbunyi, “bodohkah dia ini?, buka lampu pun bukan boleh buat nampak lebih jelas, sama saja..” itu mungkin salah faham mengenai konsep tindakan ini dilakukan.. orang yg membuka lampu itu mempunyai tujuan yang sangat berbeza dari apa yang difikirkan.. mereka bersikap lebih kepada memberi dari menerima.. tujuan tindakan itu lebih kepada orang lain daripada diri sendiri.. dia mahu memberi amaran pada yang memandu bertentangan arah supaya perjalanan mereka lebih selamat.. itu antara analogi moden yg dapat kita ambil iktibar…

kemudian.. diingatkan kembali pada kisah sirah nabi.. ketika baginda hampir wafat.. baginda masih mengingati umatnya.. antara kata-kata akhir baginda ialah, “ummati, ummati, ummati..” yang bererti ummatku… sedih bila mengenangkan peristiwa ini.. sekiranya difikirkan kembali.. adakah rasulullah itu bertepuk sebelah tangan?.. di mana baginda cukup rindu pada umatnya.. namun umatnya pada hari ini bukan sahaja tidak mengingati baginda malah memperlekehkan sunnah baginda.. na’uzubillahi min zalik.. baginda pernah berkata pada sahabat-sahabat baginda.. baginda menggunakan perkataan rindu yg amat sangat untuk menggambarkan rindunya pada umatnya.. lalu ditanyakan oleh para sahabat.. adakah kami ini bukan ummatmu?.. baginda kata.. baginda rindu pada ummat yg akan datang.. subhanallah.. mulia sungguh mahabah rasulullah… namun kita… sama-samalah kita fikirkan…

kemudian.. ingatkah perit derita sahabat saudara kita di tempat lain di segenap pelusuk dunia.. palestin.. afghanistan.. chechnya.. dan banyak lagi.. mereka merupakan saudara kita.. menyembah Tuhan yg sama.. Tuhan yang satu.. sebagai saudara.. saudara seislam.. kita patut ada rasa sedih dan simpati.. kita patut menghulurkan yang terdaya dan mampu.. jangan sesekali ada rasa terbeban dalam membantu saudara kita.. jika kita sayangkan diri kita.. begitu jugalah patutnya kita sayangkan saudara-saudara kita.. sebagaimana dalam hadith di atas..

ukhwah bersama diantara yang terdekat ini sepatutnya disemai suburkan.. insyaAllah.. terutamanya yang satu rumah ini dahulu.. kerana hari-hari akan bersama.. kalau dengan ahli rumah sudah tiada mahabah.. maka.. hidup pun tiada rasa aman.. setiap hari gelisah memikirkan sesuatu yang tidak baik mengenai hubungan persahabatan antara sesame kita.. oleh itu, mari kita perbaiki ukhwah.. dan perdalamkan rasa mahabah sesama rakan.. contohi role model ulung kita.. rasulullah… rasulullah bersama sahabatnya.. subhanallah.. terlampau akrab.. tiada tolok banding persahabatan mereka.. berdampingan selalu.. subhanallah.. murni dan mulia sungguh perhubungan mereka.. insyaAllah..

moga sedikit sebanyak dapat diambil iktibar.. insyaAllah..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s