Syukur…

kepentingan muhasabah diri… iman manusia itu turun naek.. yazid wa yankus.. maka perhitungkanlah diri sebelum nanti kita dihitung di akhirat kelak.. yang mana di hari itu tiada yang dapat dikembalikan melainkan penyesalan semata-mata.. pada hari itulah seluruh yang tidak mendapat syafaat menyesal dengan sesalan yang amat sangat.. kemudian dalam mengingatkan mengenai muhasabah.. kita harus bersyukur sentiasa.. senantiasa.. dalam setiap perkara kita lakukan kalau difikirkan semula.. adakah boleh bagi kita untuk melakukan segala yang kita lakukan sekarang jikalau tiada nikmat Allah ini.. alhamdulillah kita diberi nikmat.. dan nikmat terbesar adalah nikmat Iman dan Islam.. islam itu sendiri… alhamdulillah kita dilahirkan dalam perut seorang muslimah.. terima kaseh ummi.. apakah yang terjadi sekiranya roh kita ditiupkan di dalam rumah jiran sebelah.. orang non-muslim.. adakah kesudahan kita nanti.. suatu yang tidak mahu kita fikirkan.. jauh sungguh natijah (keputusan akhir) orang muslim berbanding dengan non-muslim… oleh itu.. bersyukurlah di atas nikmat yg terbesar itu..

kemudian.. fikirkan nikmat yang kecil yang kita ada.. antaranya anggota badan… kesihatan.. terdapat manusia yang  terpaksa berjalan dengan tong gas setiap hari.. ada yang terpaksa menggunakan kerusi roda… ada yang menderita jantung berlubang.. bermacam-macam lagik.. tetapi kita yang sudah umur 20 atau 30 ini sihat walafiat.. alhamdulillah.. kite sepatut terus bersyukur kerana.. terdapat satu lagi.. kita dikurniakan akal fikiran yang bagus.. dan baik… sehingga dapat sampai sini.. lihat sahaja di malaysia.. ada saja orang yang gagal upsr.. pmr pun ada.. spm tidak perlu kita ceritakan.. ramai.. sebab itulah kita perlu bersyukur… setiap masa.. ini baru nikmat kecil.. kalau yang kecil pun kita abaikan… yang besar.. mungkin kita pandang endah tak endah sahaja.. na’uzubillahi min zalik..

 penghijrahan kita.. kita ini berhijarah untuk belajar beberapa bulan sahaja.. bukan tahun pun.. datang bulan dalam bulan februari.. bulan disember sudah pulang semula.. sekejap sahaja.. bayangkan bagaimana hijrah rasulullah dahulu.. amat payah.. sangat susah.. menuntut ketabahan dan kecekalan yang sangat tinggi.. meninggalkan segala-galanya.. mereka berhijrah secara senyap-senyap.. tidak mungkin bagi mereka untuk dapat membawa banyak barangan.. malahan.. saidina abu bakar.. meniggalkan isterinya.. jika tidak silap.. tidak diketahui apakah kesudahan cerita isterinya.. kerana tidak diceritakan dalam sirah.. mati hidupnya pun kite tidak tahu.. tapi demi agama.. para sahabah semua berhijrah.. terlampau besar pengorbanan mereka kalau hendak dibandingkan dengan kita.. sebab itulah kita perlu bersyukur…

 berkawanlah dengan orang-orang yang baik.. katanya.. seseorang itu dicermin oleh kawannya.. kalau baik kawannya maka baik jugalah dia.. begitu jugak sebaliknya.. dalam satu hadith kalo tidak silap.. rasulullah bersabda.. yang mafhumnya lebih kurang begini.. kalau kita kawan dengan penjual minyak wangi, kita sedikit sebanyak akan mendapat bau wanginya.. kalau kita berkawan dengan tukang besi… jika tidak terbakar baju kita paling kurang kita akan terasa bahangnya.. begitulah kalau kita berkawan dengan orang yang tidak mengikut islam.. membuat kejahatan.. kita jugak akan sedikit sebanyak terikut… pilihlah kawan dengan betul.. insyaAllah bahagia..

walaupun pendek dan singkat.. tapi moga diambil manfaat..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s