Satu antara dua…

islam dan selain islam.. Allah menyediakan hanya dua jalan.. kalau kita lihat dalam surah as-Syams.. Allah bersumpah sehingga 7 kali.. mengikut ilmu al-Quran.. perkara selepas sumpahan merupakan perkara penting.. dalam surah ni Allah bersumpah sehingga 7 kali.. menunjukkan betapa pentingnye perkara ini.. selepas bersumpah sebanyak 7 kali, Allah memberitahu kepada manusia.. ada dua jalan.. berjayalah orang yg mngikut jalan kebajikan yang mana membersihkan jiwanya.. dan rugilah orang yg mengotori jiwanya yang mana mengikut jalan kejahatan.. oleh itu, hanya ada dua jalan sahaja.. kita hanya ada dua jalan untuk dipilih.. islam.. atau selain islam.. tiada yang di pertengahan..

“Demi matahari dan sinarnya pada pagi hari, demi bulan apabila mengirinya, demi siang apabila menampakkannya, demi malam apabila menutupinya (gelap gelita), demi langit serta pembinaannya (yang menakjubkan), demi bumi serta hamparannya, demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya, maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya, sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.”

(Surah as-Syams [91] : 1-10)

hidup ni bagaikan dua titik.. titik pertama, titik mulanya kita hidup.. titik kedua, titik saat kematian kita.. diletakkan titik itu pada satu jarak tertentu.. sekarang, persoalkan berapa banyak jalan untuk menuju dari satu titik itu ke satu titik yg lain.. satu? dua? sepuluh?.. tidak.. infiniti.. seorang itu boleh berpusing-pusing dan akhirnya sampai juga ke titik yang satu lagi.. dia juga boleh pergi menjauhi titik yang satu lagi tetapi akhirnya akan sampai juga ke titik yang satu lagi.. oleh itu, apa yang patut kita fikirkan di sini?.. kite patut tanya kepada diri kita.. jalan mana yang pantas dan cepat serta mudah.. supaya kita tidak terbelok-belok.. tidak sesat.. tidak jatuh tersungkur sebelum tiba di destinasi.. dan pastinya.. ianya adalah jalan yg lurus.. shirathal mustaqim.. kita berdoa sekurang-kurangnya 17 kali sehari kepada Allah dapat al-Fatiha kita.. tunjukkan aku jalan yang lurus.. jalan orang- orang yang Kau redhai.. orang-orang yang Kau berikan nikmat.. dan bukan pula jalan-jalan orang yg sesat.. jalan-jalan orang yg Kau murkai… kita berdoa tiap-tiap hari.. untuk memperoleh jalan yang lurus.. kerana jalan yg lurus itu ialah islam..

Allah telah mencipta banyak bukti untuk menunjukkan islam itu jalan yang patut kita ikut.. Allah telah memberikan al-Quran dan hadith sebagai dalil naqli.. Allah ciptakan segala kejadiaan demi menjadikannya dalil ‘aqli untuk kita.. namun kita.. kita yang tidak berfikir.. Allah berfirman dalam al-Quran.. berjayalah orang-orang yang berfikir.. hal ini kerana, jika kita berfikir, pastinya kita akan nampak keEsaan Allah S.W.T.. dia Maha Kuasa menciptakan semuanya.. cukuplah sekadar pandang pada diri kita, itu pun sudah melampau nikmatnya.. diceritakan pada zaman dahulu ade seorang ‘abid yg meng’uzlahkan (menyendiri) dirinya di sebuah pulau di mana tiada orang di situ.. hidupnya tidak tidur dan makan tanpa beribadah.. ertinyer hidupnya hanyalah beramal dari saat dia hidup sehingga dia mati.. dan tiba di hari pembalasan.. Allah memasukkan dia ke dalam syurga dengan rahmat Allah.. dengan redha Allah.. lalu sebelum masuk ke syurga dia berhenti.. dia bertanya.. “aku dimasukkan kerana rahmatMu ya Allah, bagaimana dengan amal ibadat ku? aku berzikir dan solat siang dan malam tanpa henti memujamu, bagaimanakah dengan amalan-amalan itu?..” kemudian Allah menyuruh malaikat mengambil penimbang.. lalu letakkan seluruh amalannyer sejak dari kecil hingga mati.. kemudia Allah mengarahkan, hanya letakkan sebiji mata pada timbangan sebelah.. maka diletakkan malaikat sebiji mata nya.. dengan cepat sekali, timbangan itu menunjukkan keputusan.. mata jauh melebihi berat amalan ‘abid td.. lalu dia hendak dicampakkan ke neraka.. kemudian dia meminta rahmat Allah sekali lagi.. lalu diberikan oleh Allah.. dia kembali ke syurga.. pokoknya.. masuknya manusia itu ke dalam syurga dengan rahmat Allah.. maka hidup di atas muka bumi ini perlulah mencari redha Allah.. begitu banyak sekali jalan untuk mengenal Allah.. diciptakan pelbagai bukti untuk kita kenal Allah lalu beramal dengan apa yang telah diajarkan… Islam itu satu cara hidup.. kita mampu beribadah dari setiap genap amalan kita..

insyaAllah.. moga bermanfaat sebagai peringatan untuk diri sendiri dan sekalian yang lainnya.. insyaAllah.. Allahu a’lam..

2 comments
  1. Ocpo said:

    aminnnnn

  2. FaisaL said:

    jazakumullahu khairan kathira kerana turut mengaminkan doa..

    moga kita semuanya terus dikurniakan hidayah dari Allah sehingga ke saat bertemu denganNya.. amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: