Akhirat itu pasti!..

an-Naba’.. salah satu surah dalam al-Quran.. surah ini berkisar mengenai hari akhirat.. hari pembalasan… awal-awal surah ini.. Allah mengherdik, Allah dengan nada marah bertanya secara sindiran.. “Tentang berita apakah yang mereka persoalkan itu?”.. sepertinya kalau dalam konteks kehidupan kita, “aik, tanya lagi? orang sudah beritahu awal-awal dulu..”  lebih kurang begitulah… kemudian.. Allah memberikan penekanan dan penegasan amaran mengenai keraguan hari akhirat ini.. Allah beri amaran.. Allah memberi amaran sebanyak dua kali dalam ayat 4 dan 5 supaya jangan sekali-kali ragu mengenai hari akhirat.. kelak akan kita tau balasannya.. kemudian.. ayat-ayat seterusnya Allah memperlihatkan kekuasaannya menjadikan daripada tiada kepada ada.. tanpa sebarang contoh!.. kalo dalam arabnya memang dua perkataan berbeza.. tapi bahasa melayu.. tidak begitu nampak perbezaan sama ada mencipta dengan ada contoh atau mencipta tanpa ada contoh.. Allah itu mencipta tanpa ada contoh sebelumnya.. Maha Kuasa Allah Yang Esa… setelah diperlihatkan kuasaNya, Allah kembali memberitakan mengenai hari pembalasan.. kelak di sana hanya ada dua jalan.. hanya ada dua pengakhiran… syurga atau neraka… kemudian Allah memberikan gambaran bagaimanakah neraka itu.. kesejukannya adalah air panas yang menggelegak.. itu sejuk mereka.. kalau itu sejuk bagi mereka, apakah panas bagi mereka?.. air minumannya ialah nanah-nanah, malah lebih teruk lagi… balasan-balasan ini setimpal dengan apa yang mereka lakukan ketika dulu… mereka mendustakan ayat-ayat Allah.. tidak yakin dengan kiamat.. buat endah tak endah sahaja.. ambil remeh.. buat mudah.. bila tiba hari ini.. sumenya menyesal yang amat sangat… tetapi apa yang dapat dilakukan.. sesungguhnya telah dikhabarkan berita mengenai hari yang besar ini.. di mana pada hari ini.. gunung ganang diratakan.. langit-langit dipecahkan menjadi pintu-pintu.. tanah-tanah berterbangan lantaran tiupan sangkakala… berbagaibagai lagi berlaku pada hari itu.. hari di mana seluruh umat manusia sejak zaman nabi adam alaihis salam sehingga manusia terakhir mati akan dihidupkan semula… berbondong-bondong datang pada hari itu… inilah yang selalu diragui oleh mereka.. antara kate-kata mereka “mana mungkin orang sudah mati hidup semula, mereka di dalam tanah yang di bawah itu, tertimbus..” sungguh jahil dan teramat rugi mereka ini… kelak pasti mereka menyesal.. lalu pada hari itu meraka akan berkata, “sekiranya aku mengetahui, lebih baik aku menjadi tanah..” malangnya.. sudah terlambat.. hari itu, manusia semua akan ditunjukkan perbuatan-perbuatan silam mereka.. tidak kira mereka keseorangan ketika itu mahu pun pada bila-bila masa sahaja, perlakuan meraka di dunia sumenya ditayangkan semula.. suatu yang patut direnungkan dan ditakuti… tidak takutkah kita sekiranya kerana perkara yang kita ingatkan tiada yang akan tahu mengenainya tetapi pada hari itu, seluruh umat manusia, seluruhnya akan mengetahui.. malah disebabkan perbuatan buruk itu jugalah kita dicampakkan neraka nanti.. na’uzubillahimin zalik… maka.. pengajaran terbesar dalam surah ini.. ialah persiapan menuju ke hari pembalasan ini.. bukanlah kita harus meninggalkan apa yang kita lakukan, kemudian duduk di tikar sembahyang berzikir sepanjang hari.. tidak begitu.. pada zaman rasulullah.. sahabat yang baru memeluk islam pun bukannya meninggalkan kerjayanya apabila mereka menerima islam.. hatta hamba sekalipun.. ambil contoh bilal bin rabah, minnal sahibunal awwalun (sahabat2 yang awal memeluk islam).. dia, pada siangnya bekerja sebagai hamba, dan malamnya terus ke rumah arqam bin abi al-arqam untuk bersama para sahabat yang lain mendengar risalah-risalah yang dibawa oleh rasulullah… itulah rutin kehidupan bilal bin rabah tiap-tiap hari… siangnya bekerja malamnya bersama rasulullah tercinta.. sehinggalah beliau bebas dari perhambaan tersebut… jadi.. di sini.. dapat dilihat.. setelah bilal menemui hidayah Allah.. beliau telah mengubah semua kerjanya dalam soal niat.. tujuannya satu.. Allah ta’ala.. beliau tahu wujudnya hari akhirat.. begitu juga mengenai kisah Khalid ibni Walid.. ketika pada suatu masa di mana beliau berjaya menakluki satu daerah, pemerintah baru akan meminta bayaran jizyah.. maksudnya.. seperti cukai.. penduduk akan membayar dengan harapan keselamatan, kebebasan, dan semua hak-hak mereka akan dijaga.. tiba-tiba beliau mendapat arahan untuk berundur sebagai satu taktik perang.. dengan segera khalid al walid mengarahkan askar-askarnya memulangkan wang jizyah… takjub dan pelik para penduduk di situ.. kalau pemerintah lain yang menawan mereka pastinya jizyah yang jauh lebih mahal diminta.. tetapi apabila khalid ibni walid yang menakluk kawasan itu bukan sahaja berpatutan jizyahnya, malah dipulangkan semula apabila tiada hak lagi ke atasnya kerana mereka tidak lagi dapat menjaga hak-hak penduduk itu… pelik lantas bertanya para penduduk tersebut, “mengapakah kamu melakukan yang sedemikian..”.. jawabnya.. “sesungguhnya aku takut di akhirat kelak akan ditanyakan mengapa aku mengambil yang bukan hak aku.. mengapakah aku menzalimi hak orang lain..”.. begitulah fahaman para sahabat.. akhirat di hujung setiap pemikiran dan perbuatan mereka.. Allah tujuan utama mereka.. apa sahaja yang dilakukan, Allah jua yang pengakhiran tujuannya.. kita harus belajar dan melakukan semua yang baik yang kita sedang lakukan tanpa perlu meninggalkannya tetapi perlulah diperbetulkan niatnya… lillahita’ala.. moga-moga dengan berjayanya kita, kita dapat lebih dekat dengan Allah.. dengan cemerlangnya kita, kita dapat lebih mudah mendekati Allah.. insyaAllah..

moga dapat bersama diambil iktibar.. wAllahu a’lam..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s