dulu masa kecil..
ingatkan duit dapat percuma..
ummi abah minta kat satu mesin tu..
nanti keluar duit terus..
kemudian dah besar sikit..
dah tahu lebih..
nak dapat duit tu..
kena masukkan duit dulu..
besar lagi..
baru tahu..
nak masukkan duit..
kena ada duit dahulu..
tiap-tiap hari tengok..
baru tahu..
patut la ummi abah kerja..
nak dapatkan duit..
hari ni tengok semula..
berapa banyak duit ummi abah dah habis..
hanya untuk aku jadi aku hari ini..
terfikir pula..
ummi abah tak minta aku bayar balik ke?..
kalau ummi abah tak minta..
takkan aku dapat percuma je?..
sedangkan ummi abah penat lelah..
hanya nak cari duit untuk aku..
ataupun..
aku tak pernah tahu ummi abah penat cari duit?..
aku tahu minta duit je ke?..
ataupun aku ingat duit datang dari mesin ajaib?..
hari ini..
apa perlu aku buat?..
aku pernah tanya ummi abah tak?..
apa yang aku perlu buat..
RSS - Posts





Kak Farah said
Tanya Quran, tanya hadith – apa yg perlu dibuat kepada ibubapa sesungguhnya malar segar sepanjang zaman…
UmmI said
bila dah besar anak-anak semua pergi jauh
tapi anak ummi beri ummi kasih sayang
ummi ada anak yang ingat dan sayang
tiada harga yang layak diletakkan
pada ingatan tulus ikhlas
terhadap ummi dan abah
itu saja yang ummi harapkan
kasih sayangmu menukarkan lelah keringat
bagai kaca yang berubah
menyinari alam bak mutiara dan berlian
terima kasih sayang…atas ingatanmu
tiada apa sebenarnya yg telah ummi berikan
berbanding apa yang mampu
diberikan oleh abah2 dan ummi2 lain
hanya seadanya seikhlasnya …