Archive for September, 2009
Sabar demi redhaNya..
“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.”
(Surah al-Kahfi [18] : 28)
Ketukan..
“Apakah engkau tidak melihat gelagat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipatuhinya, justeru dia disesatkan oleh Allah di atas ilmu, dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan Dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?”
(Surah al-Jaathiyah [45] : 23)
Hakikatnya..
Dunia kini tak secerah dulu
Bila mana hati diamuk derita
Zahir gembira langsung
Tak mencermin jiwa yang merana
Hidup dulu ada cahaya
Menerangi selaut wajah
Tiada kecewa
Perjalanan diterangi seribu warna
Namun kini segalanya telah pergi
Meninggalkan resahnya menyelubungi
Senyuman yang merekah
Tiada lagi keindahannya
Ketika jiwa terlara
Biar samudera yang luas harus direnangi
Buat mencari penawar kebahagiaan sejati
Namun tidak kan mampu mengubatimu
Tanpa kembali pada Ilahi
Tuhan lorongkanlah hati ini
Agar ia kan dapat memahami
Ketentuan-Mu kehendak-Mu
Lambang keagungan-Mu Ilahi
Kembalikanlah keyakinan hatimu
Pada Tuhan Yang Esa
Pada Islam yang mulia
Semoga tenang selalu
Dalam mencari sinar hakiki
Kenapa kau di sini?..
bila bersendiri..
terasa dekat dengan diri..
bila bersendiri..
banyak persoalan di hati..
tanyakan pada diri..
saat ini..
kenapa aku di sini?..
apakah ada jawapan yang pasti?..
benarkah tiada sangsi?..
bagaimana sekiranya kau tertipu sendiri?..
rasa seperti di atas kebenaran hakiki..
sedangkan kau tersalah lagi..
terasa seperti di langit tinggi..
sedang menuju ke istana abadi..
merupanya sedang berdiri atas bara api..
luapan yang meratah jasad dan rohani..
terasa seperti kobaran api..
membakar semangat jiwa insani..
rupanya hanyalah arang hitam yang dibasahi..
sedikit percikan pun tidak terbukti..
terasa seperti sungai yang mengairi..
membawa khazanah silam kepada manusia hari ini..
rupanya sekadar tasik yang dipagari..
busuk dan terbiar tanpa penghuni..
terasa seperti intan yang dihargai..
disimpan dan digilap setiap hari..
rupanya hanyalah kaca yang memantulkan diri..
tertipu dengan wajah rupa sendiri..
maka di saat ni..
aku tanyakan sekali lagi..
kenapa kau di sini?..
Ketuanan hati..
dari jauh ku melihat dirimu..
kagum terus menerpa diriku..
adakah lagi perasaan selain itu?..
rasa takjub melihat dirimu..
namun hari ini..
semua itu hilang dengan sendiri..
ke mana perginya kau yang dikagumi?..
hari ini..
rasa hairan menguasi diri ini..
saban hari aku meneliti..
aku mencari mengapa ini semua terjadi..
aku buntu dalam pencarianku..
kemudian barulah aku tahu..
walaupun kita berilmu..
namun hati yang menjadi penentu..
bukanlah akal itu raja dirimu..
namun hati menjadi tuan jasadmu..
tidaklah akal yang di atas sebagai penentu..
namun hati yang satu itulah penunjuk bagimu..
Pelarian..
dari ruang maya..
dari alam tidak bernyawa..
aku melihat sandiwara dusta..
melihat dirimu yang tiada upaya..
berlegar dalam perangkap jiwa..
kau telah ditipu sebenarnya..
ditipu oleh dunia..
ditipu oleh helah manusia..
ditipu dengan budaya..
ditipu kerana jiwa..
perasaanmu mengongkong diri..
jiwa semua ditawan emosi..
akal sudah gagal menguasi diri..
ilmu tidak lagi bererti..
lalu kau membawa diri..
atas petunjuk mana kau akan pergi?..
jalan manakah yang kau akan telusuri?..
apakah di sana satu destinasi yang pasti?..
sudahkah kau memikirkan semua ini?..
hakikatnya dirimu tertipu lagi..
Adik sayang ummi..
- diambil daripada alam maya.. sumber asal masih belum diketahui.. -
Malam telah larut. Di luar, hujan masih lebat membasahi bumi. Kedinginan mencengkam hingga ke tulang hitam. Aishah masih seperti tadi. Dia menyendiri dalam kedinginan, memerhati ke arah kerlipan cahaya neon yang berbalam di dalam hujan. Jalur-jalur air yang menitis, turun memanjang di permukaan tingkap menjadi santapan matanya. Sesekali jemari halusnya mencorakkan tulisan dan lukisan pada wajah cermin yang berkabus kerana cuaca yang sejuk.
Waktu adik kecil-kecil dulu, kalau hujan sahaja, pasti ummi akan datang mencarinya. Pastinya ummi akan eratkan dakapan selimut tebal ke tubuhnya. Tatkala guruh dan kilat bersabung di langit, ummi tak pernah lekang mendakapnya hangat, mencairkan ketakutan yang membeku dalam dirinya. Tiba-tiba dia disapa rindu yang teramat. Ummi, adik rindu.
Aishah menarik langsir menutupi ruang jendela. Dia merapati meja tulis, pena yang terbaring diatas meja dicapai. Diloretkan diatas kertas kajang berwarna biru, warkah terakhir untuk ummi. Disuarakan segala yang bersarang di lubuk hati. Rasanya, dia tak sempat menyampaikan hajat ummi. Terlalu hampir rasanya dirinya dengan noktah kehidupan.
************************************************** ****************************
“Adik jangan takut, ummi ada sini, adik tidur baik-baik ya,” kucupan hangat dari bibir ummi melekat di dahinya.
Ketakutan yang beraja telah berjaya ummi hambat. Dia lena dalam dakapan kasih seorang ummi. Dia lena hingga matahari mula menyuluh alam, dia terjaga bila titis embun mula mengering di hujung daun.
“Ummi tu selalu sangat manjakan adik, bila lagi dia nak berdikari?” paginya yang ceria kembali suram tatkala mendengar kata-kata along. Dia hanya mematikan diri di atas tangga, menanti bait-bait ayat yang bakal dibahaskan berkenaan dirinya.
“Adik tu kan kecil lagi, tak salah ummi temankan dia,” sambil sibuk menyediakan sarapan untuk abah, along, angah dan adik, ummi tetap melayan along bersembang.
“Kecil apa ummi, dah tingkatan 1, dah besar,” sampuk angah.
Dia perhatikan sahaja dari anak tangga, betapa along dan angah manja dilayan abah dan ummi. Rasa lapar adik hilang, terbantut langkah adik untuk menyertai mereka.
“Adik, mari cepat, kejap lagi bas sekolah sampai,” ummi menggamit adik dengan senyum manis. Langkah adik agak perlahan, adik tidak sanggup menghadap rezeki dengan rasa benci dari orang semeja.
“Lewat lagi, hari-hari lewat, pemalas betul,” dengus angah. Adik tidak mengangkat wajah, adik takut membalas pandangan benci wajah angah.
“Sudah, makanlah cepat, tak habis-habis nak berbalah,” ummi menuangkan susu dalam cawan adik. Ummi suakan pinggan berisi nasi goreng depan adik.
“Makan adik, nanti lapar dalam kelas,” sambil bercakap, ummi usap ubun-ubun kepala adik. Lapang rasa dada adik, sentuhan ummi berjaya mengambus kepiluan dalam jiwa adik.
************************************************** ****************************
RSS - Posts




