- diambil daripada blog Ustaz Halim dalam entrinya yang bertajuk Ulangtahun Perkahwinan ke-24 -

The Brisbane Mosque, tempat saya dan isteri, Fariza diijabkabul pada 25/7/1985. Beberapa hari lepas, kami berkesempatan ke sana, dengan semangat juang yang sesegar 24 tahun lalu, bahkan lebih kuat dan lebih mantap lagi, alhamdulillah. Moga Allah kurniakan istiqamah dan tsabat di JalanNya. Ameen.
Pada 25/7/2009 lalu, genap 24 tahun saya dan isteri, Fariza mendirikan Bait Muslim/rumahtangga. Yang juga menarik ialah menjelang Ulangtahun Bait Muslim kali ini, kami diizin Allah menziarahi Brisbane Mosque, tempat di mana kami diijabkabul dan Walimah dilangsungkan. Ketika ke sana untuk solat Asar, saya sempat bertemu teman-teman lama ketika saya menuntut di sana dahulu, dan saya bersyukur dan terharu mendapati mereka masih iltizam/commit bersolat jemaah di masjid dalam suasana kehidupan di tengah-tengah masyarakat Barat yang melalaikan. Imam Rahimullah yang mengendali dan mendaftarkan perkahwinan kami telah lama ke rahmatullah. Moga Allah meletakkan beliau dikalangan para Anbiyak, Syuhadak dan Solihin.
Ditahun-tahun 1980an dan sebelumnya, trend orang Malaysia di dalam maupun di luar negara ialah beraqad nikah di tempat kenduri kahwin, biasanya di rumah pengantin. Jarang orang melangsungkan aqad nikah di masjid. Seingat saya, saya diantara pelajar Malaysia terawal di Brisbane yang melangsungkan aqad nikah di dalam masjid. Hari ini beraqadnikah dalam masjid sudah menjadi pilihan ramai mempelai. Terima kasih kepada Al-Akh Sayyid Qandil dari Canberra (sekarang di Sydney) dalam ceramahnya mencadang agar aqad nikah dilakukan di dalam masjid. Jika tidak, saksikanlah betapa orang-orang Kristian melangsungkan perkahwinannya di dalam gereja, sedang orang-orang Islam beraqad nikah di rumah, katanya. Walaupun ketika itu saya masih berumur 18 tahun, kata-kata beliau semasa Perkhemahan Nasional se-Australia ketika itu, benar-benar saya pegang. Bila tiba masa saya akan melangsungkan aqad nikah, tanpa nasihat dan dorongan selain ucapan beliau, saya mengambil keputusan untuk beraqad nikah di Brisbane Mosque. Alhamdulillah ia menjadi kenyataan.

Sebaik tiba di Brisbane Airport. Kali pertama saya menjejak kaki di Brisbane Airport ialah pada 24/1/1983 seperti yang termaktub dalam pasport lama saya yang masih ada dalam simpanan, iaitu lebih dari 26 tahun yang lalu. Kali pertama isteri saya pula ialah pada 7/1/1984, lebih dari 25 tahun yang lalu. Pada 20/7/2009 baru-baru ini, kami kembali sekali lagi.
Ini rumah pertama saya di Australia (1983) iaitu di Wellington Road, Red Hill, Brisbane, lebih kurang 1/2 kilometer dari pusat matrikulasi saya di Kelvin Grove State School, Brisbane. Di sini saya tinggal bersama Shukor (MRSM Kuantan), Zabidi (MCKK) dan Shamsuir (MCKK).
Rumah isteri saya yang pertama di Australia iaitu di Prospect Terrace, Kelvin Grove, Brisbane di tahun 1984 ketika di matrikulasi. Isteri saya tinggal bersama Wan Mariam (kahwin dengan Zulqarnain Ghazali tahun 1986), Hamisah (kahwin dengan Hariffin Boosroh tahun 1986) dan Normadiah (kahwin dengan Johan).

” Rumah Pengantin Baru“. Berfoto di hadapan rumah pertama kami pada tahun 1985 sebaik sahaja menjadi pengantin baru, 24 tahun lalu. Rumah tersebut di Sandford Street, St. Lucia, Brisbane dekat dengan University of Queensland, St. Lucia, Brisbane. Berkahwin awal, ketika belajar di luar negara, adalah salah satu nikmat Allah yang terbesar buat diri saya.
Moga Sandford Street, St. Lucia akan terus menjadi saksi kepada Bait Muslim yang kami bina hanya semata-mata kerana untuk lebih mantap dan tsabat di Jalan Dakwah ini. Ameen.
Cabaran atau objektif Bait Muslim yang dan mesti lalui ialah seperti berikut :
Read the rest of this entry »