Archive for July, 2009

Analogi hakikat kehidupan..

- diambil daripada emel yang saya terima bertajuk Kenyataan Hidup di Sebalik Permainan Ini -

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, “Saya ada satu permainan.. Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah “Kapur!”, jika saya angkat pemadam ini, maka katalah “Pemadam!”.

Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru itu berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru itu kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah “Pemadam!”, jika saya angkat pemadam, maka katakanlah “Kapur!”. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. “Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.

“Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, seks sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.” ulasnya lagi. “Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?” tanya guru kepada murid-muridnya. “Faham cikgu..” jawab mereka.

“Baik, permainan kedua…” begitu guru melanjutkan.

Read the rest of this entry »

Comments (4)

Sekadar luahan hati..

dah lama tak menulis sendiri.. dan tak banyak penulisan secara penceritaan sebegini.. tapi hari ini terasa ingin dikongsikan apa yang difikirkan..

banyak peristiwa berlaku sekitar hidup kita.. namun setiap yang berlaku akan menjadi sia-sia andai ia dibiarkan pergi tanpa kita berfikir mengenainya..

sejak kebelakangan ini.. banyak peristiwa di sekeliling kehidupan saya yang membuatkan saya terfikir.. membawa saya kepada satu kesimpulan.. kesimpulan yang saya sendiri pada awalnya agak tersentak..

peristiwa terbaru adalah kematian Maria Bertha Hertogh pada usia 72 tahun akibat leukimia.. namun apa yang membuatkan saya terfikir bukan kematiannya.. tetapi rusuhan yang pernah berlaku satu ketika dahulu.. ketika saya sendiri belum pun hidup lagi..

dalam entri-entri sebelum ini ada banyak video yang boleh memberi sedikit kefahaman mengenai apa yang berlaku..

yang membuatkan aku terfikir ialah, masyarakat yang perihatin pada suatu ketika dahulu.. dan kelemahan jati diri masyarakat sekarang.. serta betapa kuatnya orang kafir berusaha untuk menjatuhkan islam dan menegakkan agama mereka..

Maria atau nama muslimnya dahulu, Natrah, yang hidup sebagai Muslim telah dipaksa untuk melupakan Islam dan telah dipaksa untuk murtad.. dan mereka mampu berbuat demikian kerana Singapura di bawah pengusaan mereka pada ketika itu.. undang-undang semua adalah di bawah kawalan mereka..

selain peristiwa Natrah, ada beberapa lagi peristiwa yang membawa saya kepada kesimpulan bahawa mereka sangat bersungguh-sungguh dengan dakyah mereka..

Read the rest of this entry »

Comments (4)

Maria Hertogh riot..

Leave a Comment

Pulanglah Natrah..

Leave a Comment

Remembering Natrah..

Leave a Comment

Fenomena Natrah dalam psikologi bangsa..

- diambil daripada surat khabar Utusan Malaysia Online dalam artikel bertajuk Fenomena Natrah dalam psikologi bangsa -

oleh Zin Mahmud

NATRAH MAAROF atau Bertha Hertogh, 72 meninggal dunia Khamis lalu yang mana kehidupannya sudah menjadi sebahagian daripada ingatan kolektif bangsa Melayu. Peristiwa yang dikenali Rusuhan Natrah akan sentiasa diingat oleh orang Melayu pada masa akan datang.

Walaupun ia berlaku pada 12 Disember 1950 di Singapura kerana kekecewaan orang Melayu apabila beliau dimurtadkan sudah berlalu hampir 59 tahun, tetapi ia akan tetap tercatat dalam memori bangsa untuk diwariskan pada generasi akan datang.

Selepas Rusuhan Natrah itu, apa saja perkembangan mengenai dirinya, apabila diketahui tetap menarik perhatian orang Melayu. Maka kini walaupun beliau sudah tiada lagi, tetapi kehidupannya akan terus dikenang kerana kepiluan hidupnya apabila dipaksa meninggalkan daripada menjadi seorang Melayu kembali kepada Belanda menyakitkan bukan saja kepada diri dan keluarga angkatnya, tetapi juga seluruh bangsa.

Sekurang-kurangnya terdapat empat dimensi yang berkaitan dengan keseluruhan hidupnya. Pertama, dimensi Melayu dalam konteks Nusantara. Kedua, agama Islam yang menjadi jati diri bangsa Melayu. Ketiga, dimensi perjuangan bangsa untuk mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah Barat. Keempat, psikologi bangsa Melayu yang mempunyai sifat terbuka dan menerima bangsa lain, tetapi pada waktu sama mampu bertindak serius apabila hak jati diri mereka dicabar.

Read the rest of this entry »

Leave a Comment