ibu dan ayah
orang tersayang
banyak jasanya
tiada terbilang
sedari kecil
hingga dewasa
diasuh dijaganya
dengan sempurna
kini ku jauh
di negeri orang
pergi mencari ilmu
dan pengalaman
ku pohon restu
darimu ibu
ayah ku yang tercinta
ku harapkan doa
walaupun jauh
di perantauan
jasa dan baktimu
dalam ingatan
bila mengenang
ibu dan ayah
hatiku terharu
terasa sayu
ku sebut selalu
dalam doaku
ibu dan ayah
moga kau sejahtera
kepulanganku
tidak menentu
jangan ditunggu
jangan kau ragu
perjalananku
penuh berliku
ku harapkan selalu
redha darimu
usah bersedih
ibu tersayang
kerana anakmu
selalu berjauh
tapi menangislah
aduhai ibu
andainya ku menjadi
anak yang lalai
RSS - Posts





UmmI said
doa tulus ikhlas sentiasa mengiringi perjuanganmu, wahai mutiara hati penyejuk jiwa moga ada ruang disyurga firdausi buat kita. amin ya rabbal alamin. ummi al-faqir ilaAllah, uhibbuka fillah.
orangmuda said
Entri-entri yang banyak mengingatkan tentang mereka yang memelihara kita.
Masih segar di ingatan bait-bait kata yang sarat makna.
Terima kasih atas perkongsian bondanya, tuan rumah.
Buat ummi, du’akan kami, anak-anak maya ummi berjaya dunia dan akhirat.
Sentiasa sabar menanti, nasihat-nasihat ummi buat anak-anaknya.
FaisaL said
amin..
alangkah indah dan menenangkan kata-kata yang lahir dari hati seorang ibu..
lafaznya tercipta dari lidah manusia biasa.. tapi isinya sarat dan penuh makna kerna ia lahir dari jiwa yang penuh rasa rindu..
ayatnya tersusun dengan rencana akal manusia biasa, tetapi maknanya menusuk jiwa yang menerimanya kerna ia terbit dari hati yang kasih dan cintanya luar biasa..
hanya Allah mampu membalas jasa ummi..
FaisaL said
amin.. amin.. amin ya Allah..
jazakillahu khairan kathira ummi atas restu dan doa yang tidak pernah putus-putus..
hanya Allah yang mampu membalasnya..
walau sebagaimana hebat pun diri ini cuba membalas jasamu, tetap tidak akan dapat membayar sedetik kesakitanmu.. sesaat kesibukanmu.. setitis keringat peluhmu..
semoga Allah menemukan semula kita semua di syurga kelak.. amin ya Allah..