Archive for May, 2009

Era zionis kian berakhir..

- diambil daripada blog ISMA Negeri Sembilan dalam artikel bertajuk Era Zionis Kian Berakhir -

Dr Roslan Mohd Nor berucap di KBAZ

Penganjuran Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis (KBAZ) oleh Aman Palestin dan PEMBINA semarakkan perjuangan membela Palestin di Malaysia.

Gerakan Zionis

Gerakan Zionis adalah satu gerakan yang telah ditubuhkan di Eropah bagi memperjuangkan cita-cita dan nasib bangsa Yahudi yang berhadapan dengan pelbagai masalah di merata tempat dan negara terutamanya di Eropah. Gerakan ini adalah gerakan politik rasis yang menggunakan alasan agama dan semangat bangsa Yahudi yang menyeru untuk membina sebuah negara yang dikhususkan untuk orang Yahudi sahaja iaitu di Palestin. Kewujudan dan kemunculan gerakan ini sebenarnya telah disemarakkan lagi dengan permasalahan ideologi kebangsaan, kebangkitan golongan Protestan dan idea negara bangsa di Eropah terutamanya pada abad ke-19.

Tidak jauh perbezaan di antara kelompok penganut fahaman zionisma walaupun ada di kalangan mereka adalah dari golongan sekular, sosialis, athies mahupun golongan yang kuat beragama kerana hampir keseluruhan mereka memperjuangkan fahaman zionisma yang bertujuan untuk menguasai keseluruhan negara Palestin dan membina wilayah yang dikenali sebagai ‘Israel Raya’ di Asia Barat. Faktor kejayaan projek Zionis ini adalah bergantung kepada penindasan dan penjajahan yang mereka lakukan kepada rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Read the rest of this entry »

Leave a Comment

Hamba sebelum ketua..

- diambil daripada blog Ustaz Halim dalam entri bertajuk Jadilah hamba sebelum ketua -

calm_islam_by_issam_zerr

Senerio politik dunia dan negara kita sendiri, sering menarik perhatian kita yang cintakan kebaikan dan kemakmuran sejati. Namun silih berganti pemimpin dan parti di banyak negara umat Islam, seperti Khalida dan Hassina di Bangladesh, diantara Musharraf dan Zardari di Pakistan, diantara Mujahideen dan Taliban di Afghanistan, ia sering diikuti dengan kekecewaan umat Islam yang mengamati dari luar, apatah lagi umat mereka yang secara langsung berhempas pulas memerah keringat ketika Pilihanraya bagi memastikan pilihan mereka menang atau yang bermatian berjihad di medan perang. Ramai umat Islam menyangka kemelut yang melanda mereka adalah kemelut kepimpinan dan pentadbiran negara semata-mata, namun hakikatnya kepincangan dan penyakit yang berlaku di jasad umat ini adalah jauh lebih parah dari yang disangka. Kanser dijasad umat ini telah berlarutan ratusan tahun sejak dicengkam Penjajahan Barat dan Peperangan Ideologi (Ghazwah Fikri). Ia bukan terhad kepada sekadar runtuhnya Khilafah Islam dan hilangnya kesatuan umat. Ia bukan sekadar Penjajahan Barat dan Timur ke atas bumi umat Islam. Ia bukan sekadar umat ini  ketinggalan dalam teknologi dalam hampir kesemua bidang ilmu dan kehidupan . Hakikatnya, umat Islam hari ini telah sampai ke tahap mundur, hilang identiti aqidah, ibadah, akhlak dan ciri-ciri keIslaman yang melayakkannya berada diposisi Kekuatan dan Kepimpinan, hingga ketahap lenyapnya asas dan tiangseri bagi tertegaknya sebuah masyarakat dan negara !

Read the rest of this entry »

Leave a Comment

I know she is strong..

 

“Ya Allah, Tuhan semua manusia. Wahai Tuhan yang menghilangkan kesakitan. Sembuhkanlah. Sesungguhnya Engkaulah sahajalah satu-satu Penyembuh. Tiada yang mampu menyembuhkan selain Engkau. Sembuhkanlah dengan penawar yang tidak akan meninggalkan kesakitan.”

Akak dan adik..

Akak dan adik..

Akak dan adik..

Comments (16)

Tak sekedar kata..

banyak yang terucap memecahkan telinga

banyak kata terucap setinggi langit
memecahkan telinga, tuli seketika

kata tak bererti di hadapanNya
tangan dan kaki, pengganti bicara

katakan yang benar, tentang kebenaran
diamlah, diamlah, cahaya keemasan 

nyatakan katamu, bukti kesungguhan
mulianya dunia bukan kerana kata

Leave a Comment

Air mata darah..

dalam sedih ada ketawa..
dalam tangis ada bahagia..

inilah lumrah dunia..
hakikatnya semua sementara..

apalah yang ku kejar padanya..
sedang telah ku timbangkan segalanya..

bukankah yang kekal itu lebih bahagia..
atau pun diriku telah tertipu oleh keindahannya..

dalam aliran ketenangan hati..
ada yang terhempas pada batu realiti..
dalam perjalanan hidup ini..
pasti ada halangan untuk diri ini..

ketika genangan air mata ini..
setitis demi setitis jatuh ke bumi..
terasa ada bahagia hinggap di hati..
terasa indahnya kasihMu kepada diri ini..

namun..
genangan air mataku..
terus melimpah laju..
hatiku tertunduk malu..
Allahu Rabbi..

layakkah aku bersamaMu..
sedang aku berlumuran dosa..

terasa ingin dibisukan kata..
dan dibutakan mata..
kerana hakikatnya….
amalku entah diterima..
atau dicampak semula..

hanya kata-kata nista..
bersalut dosa..
cuba disembunyikan dariNya..
malulah kamu diri yang hina!..
apakah Dia tidak mengetahui..

wahai insan yang keras hatinya..
wahai insan yang gelap hatinya..
wahai insan yang tertutup pintu hatinya..
aku ingatkan dirimu..

hari ini kau rasa sendiri..
dan nanti..
semua akan menjadi saksi..
seluruh dunia..
malah alam turut bersama..
menghina dirimu..
hinaan dan kecelakaan ke atas kamu..
laknat Allah dan makhluknya kepadamu..

hari ini kau berkata-kata..
dan hari ini aku tidak melihat amalnya..
hari ini kau terselamat darinya..
ketahuilah..
hari esok..
air mata mu..
sekalipun darah yang mengalir..
tidak bermakna lagi..

Leave a Comment

My only wish..

All your armies, all your fighters

All your tanks, and all your soldiers

Against a boy holding a stone

Standing there all alone

In his eyes I see the sun

In his smile I see the moon

And I wonder, I only wonder

Who is weak, and who is strong?

Who is right, and who is wrong?

And I wish, I only wish

That the truth has a tongue..

Leave a Comment

TV = Mind Control..

Leave a Comment

Media di bawah penguasaan zionis..

Leave a Comment

Realiti zionis..

Leave a Comment

Berakhirnya Agenda Zionis..

- dipetik daripada laman web PEMBINA dalam artikel bertajuk Berakhirnya Agenda Zionis -

Tajuk di atas tentunya mengundang pelbagai persoalan. Antara persoalan-persoalan yang timbul: Apakah itu agenda zionis? Benarkah agenda zionis telah berakhir? Bagaimanakah ia berakhir? Siapakah yang bertanggungjawab menamatkan riwayat agenda zionis itu? Persoalan-persoalan ini bakal kita sama-sama teliti, fahami dan perhalusi dalam Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis, yang bakal diadakan pada 9 Mei bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Read the rest of this entry »

Leave a Comment

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis..

Leave a Comment

Tanpa agama..

Tanpa agama manusia binasa
Tanpa ilmu manusia buta
Tanpa iman manusia sengsara
Tanpa ukhuwah manusia terseksa

Ada agama datangnya pelita
Ada ilmu datangnya harta
Ada harta datangnya derma
Ada ukhuwah datangnya saudara

Agama Tuhan dapat membina
Pekerti tinggi budi mulia
Seluruh dunia negara dan bangsa
Aman sentosa damai bahagia

Agama Islam agama yang suci
Mari bersama kita hayati
Untuk mendapat keredhaan Ilahi
Mudah-mudahan kita diberkati

Tiada Tuhan kecuali Allah
Tuhan yang esa lagi pemurah
Nabi Muhammad utusan Allah
Hindarkan dari jalan yang salah

Leave a Comment

Kisah silamku..

- adaptasi Rintihan Taubat oleh Ustaz Badrul Amin -

saudara..
dalam hal ini..
yang mengampunkan dosa adalah..
Allahu subhanah..
Pencipta kita..

kadang-kadang kita berkata..
aku ingin bertaubat..
tetapi orang lain tetap memandang serong kepadaku..

ada orang yang pernah melakukan dosa..
lantas dia ingin berubah menjadi baik..
tetapi dia terhalang daripada kata-kata manusia..

lantas dia berkata..
tidak guna aku bertaubat..
kerana orang tetap memandang serong kepadaku..

seorang pernah terlibat dengan dadahnya..
ingin kembali ke pangkuan masyarakat..
ingin kembali ke pangkal jalan..
namun..
dia merasakan bahawa..
masyarakat tidak mungkin menerimanya..

saudara..
Allah yang menerima taubat kita..
Allah yang menentukan..
samada kita diampunkan ataupun tidak..

ada sebuah kisah..
menceritakan perihal seorang pemuda..
pengali kubur..

pada suatu hari..
dia telah menggali kubur..
dengan tujuan..
untuk mencuri..
barang berharga yang ada dalam kuburan itu..

tiba-tiba..
dia bertemu dengan jenazah..
seorang wanita cantik..
yang tubuhnya tetap anggun..
tetap cantik seperti asal..

lantas timbullah..
nafsunya..
berahinya..

maka dia pun..
telah menyetubuhi wanita itu..

setelah selesai melepaskan nafsunya..
dia pun pergi..

lantas jenazah itu pun bangkit..
dan menegurnya..
tabban laka ya ‘abdallah..
celakalah engkau wahai abdallah..

maka timbullah ketakutan di hati pemuda itu..
lantas dia pergi menemui Rasulullah s.a.w..
mengakui dosa-dosanya..

namun baginda telah memarahinya..
dan mengusirnya..

anakanda lari..
pergi ke sebuah bukit..
untuk bermunajat kepada Allah..
mohon ampun kepada Allah..
selama 40 hari..

dan waktu itu..
dalam masa yang sama..
dia tetap mengharapkan..
agar Rasulullah s.a.w…
memaafkan..
mengampunkan dosanya..

namun baginda s.a.w. merasa..
dosa itu..
terlalu besar..
terlalu hina..
terlalu keji..
perbuatannya amat terkutuk..
sehingga baginda tidak dapat memaafkan pemuda tadi..

sehinggalah Jibril datang berjumpa baginda s.a.w..
dan bertanya..

ya Muhammad..
apakah engkau yang mengampunkan dosa?..
ataupun Allah yang mengampunkan?..

ketika itulah..
baginda s.a.w…
memanggil pemuda itu tadi..
dan menyampaikan berita baik..
bahawa Allah s.w.t…
telah mengampunkan dosa-dosanya..

saudara..
setelah kita bertaubat kepada Allah..
maka..
tiada siapa yang berhak..
mengungkit dosa kita..

memang setiap kita punya kisah tersendiri..

ada orang..
yang masa mudanya..
banyak melakukan maksiat..
namun setelah tua..
dia ingin menjadi hamba yang ta’at..

saudara..
manusia boleh berubah..

hatta batu pun boleh berubah..

kita tidak hairan..
jika ada orang..
masa mudanya..
begitu banyak melakukan dosa..
namun..
setelah tua..
dia hampir kepada Allah..

kita tidak hairan juga..
ada orang..
ketika bujangnya..
banyak melakukan maksiat..
tetapi setelah berkahwin..
berkeluarga..
dia menjadi seorang yang cukup baik..

kerana..
manusia..
boleh berubah..

yang kita hairan ialah..
jika manusia tidak ingin berubah..

ada orang..
yang jahat di masa mudanya..
dan setelah tua..
dia kekal dalam kejahatannya..

ada orang..
kaki maksiat di masa muda..
dan setelah tua..
dia tetap..
bergelumang dengan dosa dan maksiat..

saudara yang dikasihi..
setiap kita..
punya kisah silam..

‘Umar..
satu ketika..
menangis..

dan apabila Rasulullah s.a.w. bertanya..
mengapakah dia menangis..

lantas ‘Umar menjelaskan..
bahawa..
dia teringat kisah silamnya..
dia rasa amat menyesal..
dia rasa amat pedih..
amat sayu..
mengenang kisah silamnya..
segala dosa yand dia lakukan..
arak..
judi..
maksiat..
malah..
‘Umar pernah membunuh..
dan menanam anak perempuannya sendiri..

baginda bertanya..
wahai ‘Umar..
bilakah engkau lakukan itu?..
apakah kau melakukannya sebelum Islam..
atau sesudah Islam..

‘Umar menjawab..
semua itu berlaku..
sebelum aku Islam ya Rasulullah..

maka baginda menjelaskan..
setelah kau Islam..
kau telah berhijrah..
ke dunia ta’at..
kau telah berhijrah..
ke pangkuan Allah s.w.t…
dan tidak ada siapa pun..
berhak mengungkit kisah silammu..

saudara sekalian..
janganlah kita dihantui..
oleh kisah silam kita..
akibat dosa-dosa..
yang pernah kita lakukan..

kita bertaubat kepada Allah..
kita menginsafi dosa kita..
dan kita perbaharui ‘azam kita..
untuk menjadi hamba yang baik..
hamba yang ta’at..
beribadat kepada Allah..

mudah-mudahan..
Allah menerimanya..

- adaptasi Rintihan Taubat oleh Ustaz Badrul Amin -

Comments (2)