Archive for April, 2009

Usia..

Musim berlalu bagai sungai mengalir
Menuju ke arah muara
Bagaikan usia kita

Masih ada sisa-sisa dosa yang tertinggal
Untuk kita singkirkan di hati
Yang amat mengharap keredhaan

Semalam telah pun tersisih
Suka duka jadikan iktibar
Kerana hari esok yang mendatang
Tak menjanjikan kepastian

Apakah di kesempatan yang ada
Kan dapat kita pohonkan dari-Nya
Sebelum berangkat ke daerah kematian

Amat rapuhnya usia bak dedaun
Nan tergantung pada tangkainya
Bila tiba detik dan waktunya

Berguguran.. berguguran..
Dedaunnya.. di akhirnya..

Comments (6)

Semoga “panjang umur”..

- dipetik daripada blog Ustaz Pahrol Juoi dalam entri bertajuk SELAMAT PENDEK UMUR! -


mati

“Selamat pendek umur,” saya bergurau.
Sahabat saya agak tersentak, namun tetap senyum. Dia faham, saya hanya bergurau.
“Kenapa pula?” tanyanya. Dia kelihatan ceria. Hari ini ulang tahun hari kelahirannya. Saya meraikan dia dengan belanja makan di restoran berhampiran tempat kami bekerja.
“Yalah… bukankah tarikh mati telah Allah tetapkan di dalam rahim ibu lagi. Ertinya, semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu…” 
“Makna, semakin hari semakin pendeklah umur kita?” tingkahnya penuh pengertian.
“Ya, hari ini setapak lagi kita dekat dengan kematian.”

“Pelik, selalunya bila hari lahir orang bercakap tentang hidup. Tentang kejayaan. Tentang pencapaian. Sekarang kita bercakap tentang kematian pula.”
“Siapa yang tidak bercakap tentang mati akan ‘mati’,” balas saya.
“Kenapa pula?”
“Hukama berkata, barangsiapa yang tidak tahu untuk apa dia akan mati, maka dia tidak layak hidup!”
“Untuk apa kita mati?”
“Untuk hidup…” kilas saya lagi, sekadar bermain kata, bersilat bahasa untuk meninggikan makna.
Dia diam. Menung dan alam fikirnya telah terusik barangkali.

Read the rest of this entry »

Leave a Comment

Wedding nasheed..

Leave a Comment

Mabruk ya akhi!..

setinggi tahniah dan rasa bangga diucapkan khas buat adikku,

Abdullah Khairi bin Kamarul Zaman

dan zaujahnya,

Ameerah Diana binti Jasni

yang telah menjadi suami isteri!

BarakAllahu laka, wabaraka ‘alaika wa jama’a bainakuma fi khairin.

semoga Allah memberi kemudahan untuk urusan seterusnya.. sebagaimana Dia telah mempermudah urusan terdahulu..

semoga dipermudahkan segala urusan.. amin..

Comments (21)

Watikah mempelai..

- diambil daripada watikah-watikah mempelai mujahid dan mujahidah dakwah dari dalam alam maya ini untuk dijadikan peringatan kepada semua -

Segala puja dan puji bagi Allah, Tuhan yang memiliki langit dan bumi, Tuhan yang menciptakan kehidupan untuk menguji siapakah di antara hambanya yang benar-benar meng’ubudiahkan Dia; mencipta makhluk-makhluknya berjenis-jenis, berpasang-pasang untuk saling-mengenali, bekerjasama dan mencapai redhaNya.

Selawat dan salam juga buat nabi junjungan kita yang tercinta Al-Habib Al-Mustofa Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga Baginda, isteri-isteri Baginda, sahabat-sahabat Baginda daripada Ansor dan Muhajirin serta mereka yang memilih untuk mengikuti jalan yang ditempuhi Baginda jalan yang disifatkan bukan dihampari permaidani merah..

Sahabat dan Sahabiaat yang dihormati sekalian,

Read the rest of this entry »

Comments (4)

Untukmu wahai pengantin..

sebuah rumah sekuntum bunga
seorang pemuja dalam rumah tangga

dapurnya menanti dengan gejolak api
kamarnya menanti dengan gelombang mimpi
ruangnya menanti dengan alunan sepi

tanakkan nasi tidurlah diri
tabahkan hati suami isteri
demi mencapai matlamat suci

untukmu wahai pengantin
kami alun lagu berwasiat
pesanan ikhlas sepanjang liku di jalan dakwah
agar kau tetap bersama

rumah tangga kau bina
berasaskan teras agama
demi membina usrah muslimah
yang menjadi teras masyarakat

cita-cita untuk melihat
islam kembali gemilang
ia bermula dengan tarbiyah
dirimu keluarga dan masyarakat

nikah kahwin sunnah nabawiyah
mari bersama kita junjungi
demi membina daulah muslimah
oh menjadi matlamat suci

akhirnya kami berpesan
kami berpesan padamu wahai mempelai
jangan kau lalai jangan kau lupa
tugas dakwah dan perjuangan

Leave a Comment

Pasangan menghormati perjuangan..

- diambil daripada laman web ISMA dalam artikel bertajuk Pasangan Menghormati Perjuangan -

Di dalam membawa perjuangan Islam di tengah-tengah masyarakat yang tenggelam dengan berbagai nilai dan pengaruh asing, maka para pendakwah harus menginsafi bahawa institusi keluarga merupakan kubu dan markaz operasi yang sangat penting.

Bila kita menyebut perkataan “keluarga” maka janganlah digambarkan ianya adalah rumah yang kemas, kereta yang selesa, barang-barang perhiasan yang menyerikan dan seumpamanya. Bahkan hakikat sebenar “keluarga” ialah pasangan suami isteri dan seterusnya anak-anak setelah mana pasangan suami tersebut dikurniakan Allah zuriat. Suami dan isteri seharusnya memastikan bahawa mereka berdua adalah merupakan kubu dan markaz operasi Dakwah ke dalam masyarakat. Untuk mencapai peranan ini, perkara-perkara berikut hendaklah diambil perhatian dalam membentuk keluarga :

Read the rest of this entry »

Leave a Comment

Wanita akhir zaman..

oh mengapa semua ini terjadi
kehancuran wanita akhir zaman
martabatnya kini dipandang hina
maruah tiada terbela

anak gadis menjadi bahan mainan
hamba nafsu serakah insan durjana
apakan daya dirimu wanita
akhirnya batinmu terseksa

pilu merasa di dalam jiwa
hidupmu diselubungi duka
cahaya disangka membawa bahagia
derita menanti di sana

sedarlah oh wanita
dirimu amatlah berharga
pertahankan maruah
hindarkan lembah hina

kembalilah pada Allah
carilah keredhaanNya
masih ada kesempatan masa
sebelum kau menemuiNya

Comments (2)

Inilah masyarakat kita..

- diambil daripada laman web Berita Harian Online dalam artikel bertajuk Bahana Nafsu -

SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah.

Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah.

Cukup menarik untuk membicarakan topik ini kerana umumnya ia membabitkan pasangan yang mengadakan hubungan intim membawa kepada perlakuan seks terlarang. Soal sah atau haram diketepikan pelakunya, asalkan hasrat nafsu serakah dicapai.

Istilah ‘mengawan’ mungkin lebih menjurus kepada binatang dan konteks ini ia memang normal, bahkan soal bertukar pasangan bukan masalah besar. Bagaimanapun, dalam lingkungan penghidupan manusia normal, apatah lagi umat Islam yang tergolong dalam kategori berpelajaran dan pendidikan tinggi, ia sepatutnya tidak berlaku. 

Menariknya, ‘musim mengawan’ ini berlaku serentak setiap kali adanya sesuatu sambutan membabitkan cuti umum atau dikaitkan dengan meraikan bersama kekasih seperti Tahun Baru, kemerdekaan atau ‘Hari Kekasih’ (Valentine’s Day). 

Ketika itu jugalah, anak muda bergelar pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) tidak terkecuali ‘mengawan’ sama ada mendapat persetujuan bersama atau tidak sengaja bersama pasangan masing-masing.

Read the rest of this entry »

Leave a Comment

Kedudukan wanita di sisi Allah..

- diambil daripada blog Wanita ISMA dan ISMA Australia dalam artikel bertajuk Status Wanita di sisi Allah -

Firman Allah swt maksudnya: “Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatan, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatanya, dan laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” [Al Ahzab : 35]

Suatu ayat yang tersusun beraturan tentang keimanan, apakah ia khusus bagi laki-laki sahaja?? Tidak!!

Apakah ampunan dan pahalanya khusus untuk para lelaki?? Jelas tidak!!

Adakah orang yang merasakan bahawa mereka di bezakan ??

Itulah pandangan Islam yang luhur terhadap kaum wanita yang disiplin menjalankan perintah agamanya dan bertaqwa kepada Allah, penciptanya.

Read the rest of this entry »

Comments (2)

Minyak pembakar semangat du’at..

telah tumpah darah mulia generasi yang lalu, menjadi bahan bakar api semangat yang menyala dalam dada generasi kini..

apakah telah menyala baraan api dalam dada ini?..

Leave a Comment

Bahasa amal..

dari segenap sumber insan..
telah terbit darinya seruan..
penat sudah lisan..
mengajak kebenaran..
penuh sudah tulisan..
mencegah kemungkaran..

semuanya lahir seperti hujan..
hujan yang lebat turun dari awan..
ada yang melembutkan hati insan..
namun masih ada tidak terkena percikan..
di sebalik batuan bangunan..
seperti dinding yang keras menahan..
pintu hati yang menghalang kebenaran..

hari ini aku ingin kau fikirkan..
duduklah dan renungkan..
dari dalam hatimu lahir seruan..
yang dasarnya iman dan kefahaman..
tidak pernah aku sangsi tentang keikhlasan..
cuma aku ingin mengingatkan..

janganlah kau petah dengan lisan..
malah menyentuh dengan tulisan..
namun tidak pada amalan..

apakah yang lisan dan tulisan buktikan?..
apakah sekadar membina patung bayangan?..
kau hidup dengan makhluk yang punya kehidupan..
biarlah lisan dan tulisan itu ada nyawa dan kehidupan..
hidupkanlah apa yang diperkatakan..
suburkanlah apa yang dituliskan..

sungguh,
kerap sekali aku dengar percakapan..
dan telah banyak aku baca penulisan..
namun sedikit sekali aku lihat amal perbuatan..

sedangkan,
apa yang akan diperhitungkan?..

wahai diri yang kosong dengan kehidupan..
kau hanya membina satu bayangan..
satu patung yang punya jasad dan badan..
mengharapkan dia hidup bersama insan..
ketahuilah, jasad ini tiada tempat dalam hati insan..
kerana ia tidak bernyawa malah tiada pergerakan..

hanya yang hidup akan bersama di jalan perjuangan..
yang tidak bernyawa akan dikebumikan..

Comments (2)