Meminjam sinar kegemilangan mereka dalam menyinar kesedaran kita bagi menyuluh sinar Islam kepada dunia, agar hilanglah gelap gempita kebatilan, lalu lahirlah sinaran agung cahaya al-Haq.
Meminjam sinar kegemilangan mereka dalam menyinar kesedaran kita bagi menyuluh sinar Islam kepada dunia, agar hilanglah gelap gempita kebatilan, lalu lahirlah sinaran agung cahaya al-Haq.
di malam sepi
hatiku mula menangisi
kerana keinsafan
yang mula menyelubungiku
disaluti angin bayu
terkenang daku pada dosa yang lalu
sejarah silam zaman kejahilanku
adakah diampunkan?
aku leka dengan duniaku
tiada ku tahu dunia ini palsu
mencari kepuasan mengejar harta
gelaplah hati butalah mata
ku insafi segala dosa
taubat dan keampunan daku pinta
adakah dosaku terhapus
adakah diampunkan
oh Tuhanku Yang Satu
aku kembali mengikut hidayahMu
dari kealpaan dosa yang melalaikan
kembali ke dasar kebenaran
dari segala kealpaan
ampunilah dosa lalu..
tanpa terdaya ini..
aku selalu menghampiriMu..
dengan terhad pergerakan begini..
aku lebih mengingatiMu..
tatkala lemahnya diri..
aku hebahkan nasib ini..
dalam keriuhan suasana..
aku terhenti seketika..
ku lihat semula semuanya..
waktu ujian mengundang tiba..
aku khabarkannya pada semua..
aku keluhkan nasib yang menimpa..
sedangkan..
semua itu itu hadir..
dengan rasa cinta..
cintaMu kepada hamba..
cinta yang selalu ku damba..
walaupun sering ku lupa..
malah jarang pula ku usaha..
Kau hadir tanpa ku minta..
sedang aku lari entah ke mana..
Allahu Rabbi..
bila ku renung semula..
hiba menusuk dada..
tatkala cinta singgah ke jiwa..
terasa dekatnya kita..
namun bila ni’matMu di depan mata..
hancur punah rasa cinta..
hilang sudah kasih mesra..
ujianMu aku khabarkan pada semua..
ni’matMu jarang sekali ku hebahkannya..
seolah-olah diriMu hadir ada masanya..
dan masanya..
hanya bila aku memerlukannya..
Allahu Rabbi..
munafiqkah aku?..
apakah aku benar dalam bercinta?..
apakah harapanku ada waktu dan masa?..
mungkinkah takutku hanya seketika?..
Allahu Rabbi..
ampunilah diri ini..
- diambil daripada laman web ISMA Terengganu dalam artikel bertajuk Takut yang menguntungkan….. -

Berhati-hati ke jalan akhirat……
kegagalan mengajar aku
erti kehidupan ini
aku tewas dalam perjuangan
namun begitu
semangatku terus membara
membahang seribu keazaman
aku kutip dari kegagalan
yang mewarnai hidupku
kegagalan kali ini
bukan bermakna
ku gagal selamanya
ku pasti suatu hari nanti
kan ku temui kejayaan
kepadaMu ku bermohon
dengan takdir
Kau tentukan
ku tetap tabah
menempuh dugaan
yang tidak pernah luput
dari alam fana’ ini
kan ku tinggalkan
kenangan pilu
untuk memulakan hidup baru
yang menjadi memori hidupku
kan ku pasti
suatu hari nanti
kan ku temui kejayaan
- dipetik daripada blog Dr. Zaki Ibrahim dalam entri bertajuk siapakah dia pelajar cemerlang? -

Seronok melihat telatah dan semangat yg di tunjukan oleh pelajar-pelajar baru yang baru menjejakkan kaki ke university di Adelaide. Ramai yang mula menyusun langkah mencari rakan study, menyediakan bilik study dan tak kurang pula yang semangat dengan computer, PDA , handphone, etc
Usia 19 tahun adalah usia penting dalam kehidupan pelajar.Walaupun usia baru 19 tahun, tetapi pengalaman yang lepas sudah cukup untuk menjadi bekal untuk mengharung cabaran hari mendatang.
Masih ingatkah kita saat ketika kita di tadika,saat ketika hari pertama beruniform sekolah dan duduk di kelas bersama kawan2 di sekolah rendah.Ucapan selamat yang tidak pernah jemu….BANGUN ! SELAMAT PAGI CIKGU !Betapa meriah persekolahan ketika itu.Sekolah adalah playground kepada kita. Rakan2 merupakan our best mate!!
Belajar dan bermain adalah segalanya. Budak perempuan adalah “musuh”
Ingatkah kita ketika peperiksaan UPSR di umumkan…bagaimana gembiranya ibu bapa kita.
Sewaktu meniti usia remaja
Indah dan harumnya bagai sekuntum bunga
Hari-hari mendatang terasa asyiknya
Bagai dunia ini aku yang punya
Sukar membezakan warnanya maya
Terjerat dalam kemelut pesona dunia
Peralihan zaman bukan lagi khayalan
Mewarnai kehidupan remajaku
Di pentas kehidupan keremajaan ini
Cabaran dan dugaan pengalaman berharga
Dalam keghairahan mencari identiti
Zahirlah kelemahan dan kekurangan diri
Usia remajaku ini bagaikan debunga
Kembang sementara layu akhirnya
Rapuhnya keimanan tandusnya ketauhidan
Dihambat pesona indahnya dunia
Manisnya kehidupan pesona remaja
Hitam putih kehidupan sukar ku bezakan
Tika seketika bertandanglah cinta
Meriah dunia bagai aku yang punya
Bisikkan kalimah cinta yang menggoda
Mengalpakan diri dan kelalaian
Lupa seketika nasihat pesanan
Dihambat keegoan dan keinginan
Ku sangka berkekalan panas hingga petang
Gerimis kejam meraut kebahagiaan
Bagaikan terhantuk batu menyakitkan
Tersentak diriku dari kelalaian
Membina kembali kehidupan ini
Dalam sisa usia remajaku ini
Dalam kepasrahan ku aturkan kembali
Langkah yang sumbang ini cuba kubetulkan
- diambil daripada blog ustaz Hasrizal dalam entri bertajuk Teori Evolusi Cinta -

“Korang ni asyik bergayut telefon sampai jauh-jauh malam, tak fikir ke yang benda ni salah?” tanya Siti kepada rakan sebiliknya.
“Kami bincang bab persatuanlah. Jangan buruk sangka. Ini benda basicdalam agama. Takkan itu pun nko tak tahu?” balas Nur.
Keras bunyinya.
Terganggu dengan teguran Siti itu barangkali.
“Alaaa, kita orang study je. Bukan ada buat apa pun. Come on la wei!” Zul berasap telinga. Bengang ditegur Farhan.
“Kalau tak boleh macam ni, habis yang orang kat Mekah tu bercampur aduk keliling Kaabah, nko ingat masa tu orang tak ada nafsu ke? Kenapa di situ boleh, tapi kat sini banyak pula songel kau?” bentak Bob yang amat berbulu mendengar tazkirah Halim.
Manusia bijak membuat justifikasi. Pemikiran kreatif seorang manusia, bijak sekali mencari ruang-ruang di celah hukum untuk mengharuskan perlakuan mereka.
- diambil daripada blog ustaz Abddullah Zaik dalam entri bertajuk Pendakian Mencari Sebuah Ketenangan -

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh !
Sudah lama saya nak tulis tajuk ni, tetapi ia amat sukar bagi saya untuk memulakannya. Itu juga yang saya hadapi hari ini iaitu sukar untuk mencari permulaan. Namun saya akan tulis juga kerana saya fikir penting untuk saya kongsikan terutama pada pagi Jumaat yang mulia ini.
Isu saya kali ini ialah berkenaan pengembaraan seseorang mencari sebuah ketenangan. Kita sering mendengar cerita ramai orang yang memiliki berbagai keupayaan kebendaan duit banyak, rumah besar, isteri cantik, berpengaruh dan berkuasa tetapi mereka mengalami kesengsaraan hidup, tekanan perasaan, kemurungan, kecelakaan dalam kehidupan keluarga atau tidak juga menikmati ketenangan hidup atau izinkan saya menggunakan kalimah kebahagian.
Kawan saya juga seorang yang berduit. Saya selalu bermusafir bersamanya. Dalam musafir itu dia sering bercerita tentang masalah-masalah, tekanan, keserabutan yang tidak berakhir. Dia menceritakan kepada saya bagaimana dia membelanjakan wang yang banyak untuk memuaskan keinginan nafsunya dalam mencari sebuah kedamaian atau ketenangan atau kebahagiaan.
Tetapi tidak juga menyelesaiakan masalah beliau. Barangkali betul juga kata orang kebahagian tidak boleh dibeli.
Saya percaya ramai di kalangan masyarakat kita mengalami masalah yang sama dan mencari penyelesaian dengan cuba memuaskan kehendak nafsu (saya tidak maksudkan melakukan perkara haram) membeli barangan mewah, kereta besar, makan sedap, peralatan rumah yang canggih dan sebagainya. Namun tidak juga dia dapat keluar dari tekanan hidup yang dia hadapi.