Archive for January, 2009

Keluarga syuhada’..

- diambil daripada website Maan News Agency dalam artikel bertarikh 04/01/2009 -

He would tease us and ask if we wanted to die as martyrs with him,” Rayyan’s daughter says.Gaza – Ma’an – One of the surviving daughters of slain Hamas leader Nizar Rayyan, Walaa, spoke to Ma’an Saturday.

She is married with two young daughters, but hopes for a son so she can name him after her dead father. Three of her nephews already go by the nickname “Abu Nizar,” though their names are Bilal, Baraa and Muhammad.

Walaa’s mother, father, ten brothers and sisters and Rayyan’s three other wives were killed during an Israeli airstrike on the family home.

“My father raised us all to love martyrdom,” Walaa said. “If you had the chance to ask my 4-year-old sister Aaysha, who died in the attack, she would have told you that she preferred to die martyr.”

In the days before the attack that killed most of the family Walaa said “My father couldn’t sleep…after a woman came to him complaining that she had nothing with which to feed her children and had to soak days-old bread and give it to them. “Oh my God! We reached a point that a woman doesn’t have anything to feed her children?” she remembers her father saying.

Walaa recalls her father with great emotion, and tells the story of how he used to introduce himself as Nizar Abd Al-Qadir Rayyan Al-Asqalani An-Na’lawani Al-Filistiniy, or Nizar Abd Al-Qadir Rayyan from the villages of An-Na’lawani (a destroyed Palestinian village in Israel) and Asqalani (the current Ashkelon) of Palestine.

She says he told many stories about the village of Na’lawa, and would remember the village as long as she lived.

Read the rest of this entry »

Leave a Comment

Where are we?..

they rather die on their feet..
than to live on their knees..

but we?..

Leave a Comment

Pemuda harapan..

Leave a Comment

Generasi harapan..

Leave a Comment

The rise and fall of the ummah..

Leave a Comment

Antara helaian dari catatanku..

kehidupan harian sangat melekakan.. hari ini kita bekerja.. malamnya kita tidur.. paginya kita kembali membuka mata.. dan apabila tiba waktu malam, kembali melelapkan mata.. sepertinya hidup ini tiada penghujungnya.. rasa seperti apabila diri ini merebahkan jasad dan tidur dengan lena.. pasti esok akan terjaga.. tidak pasti dari mana datangnya keyakinan itu.. sedangkan tiada siapa yang menjanjikan esok adalah milikku.. Allahu Rabbi..

setelah bertahun-tahun hidup di atas muka dunia ini.. setelah berjuta-juta pertarungan diharungi.. tidak pernah berhenti.. ada baiknya kita duduk sebentar memikirkan apa sebenarnya yang berlaku dalam hidup ini..

teringat satu kisah.. yang mana mungkin ramai yang telah mendengarnya.. mungkin berulang-ulang kali di ceritakan kepada semua.. namun manusia itu selalu lupa.. maka ingin dicatatkan di atas kanvas maya ini.. sebagai catatan buat diri ini.. sebagai catatan seorang pengemis.. pengemis cinta Ilahi..

Read the rest of this entry »

Comments (2)

Mengemis Kasih..

Comments (13)

Jihad kita..

- diambil daripada blog Ustaz Annuar Salleh dalam entri bertajuk Jihad Palestin Jihad Kita -

Penjajah telah berjaya melahirkan umat Islam yang pengecut, menjadi buih-buih dan bersifat wahan melalui sistem pendidikan yang dipakai di seluruh dunia Islam. Sistem yang lebih mementingkan aspek akademik daripada identiti muslim sebenar.

Kita semua menjadi pelaksana kepada sistem-sistem dan wawasan yang digariskan oleh Amerika dan sekutunya. Apakah pendidikan di sekolah-sekolah dan universiti-universiti di negara kita menjadi wahana bagi melahirkan insan Rabbani, mujahid yang cintakn syahid daripada duit..?

Ramai di kalangan kita yang menjadi pekerja-pekerja di dalam institusi-institusi ini; apakah kita menjayakan wawasan perjuangan Islam? Apakah setiap detik, jam dan hari yang kita habiskan saban tahun merupakan aktiviti yang menambahkan kekuatan Islam atau kita hanya menjadi kuli kepada sistem ciptaan Barat..?

Jahiliyyah adalah ideologi dan sistem yang berasaskan ideologi jahiliyyah.. Sistem jahiliyyah hanyalah alat bagi melaksanakan wawasan yang berasaskan ideologi…

Ideologi wujud dalam pemikiran manusia. Ia menjadi neraca dan pencetus plan tindakan. Jika golongan pembuat dasar bukan golongan Rabbani yang memiliki plan perubahan ummah yang jelas, bagaimanakah mereka akan menterjemahkannya ke alam realiti, kalau bukan apa yang ada dalam minda mereka.

” Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu (kelemahan) yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah kelemahan yang ada di dalam diri mereka”..

Isu Palestin adalah isu perjuangan, isu kejelasan wawasan hidup, isu kejelasan peta kerja menggarap perubahan ummah….

Umat Palestin berjihad dan kematian mereka mendapat gelaran Syuhada’.. medan mereka medan pertembungan jasmani dengan Yahudi.

Jihad kita juga sama… usaha untuk membina semula organisasi Islam daripada manusia-manusia muslim yang beridentitikan Abu bakar, ‘Umar, Uthman, Ali,…. Khalid, Salahuddin al-Ayubi… Hasan al-Banna, Syed Qutub, ar-Rantisi… dan menamatkan organisasi Jahiliyyah tajaan Yahudi..

Medan kita medan peperangan identiti.. Yahudi ingin melenyapkan identiti Islam… kita ingin mewujudkan identiti Islam, seterusnya digabungkan ke dalam saf yang tersusun rapi seperti sebuah binaan yang kukuh.

Jika ingin melahirkan doktor pakar.., jurutera.., peguam.. perlu ada program yang tersusun… Apakah identiti Islam Rabbani tidak perlu kepada manhaj perubahan yang tersusun rapi, dilaksanakan secara intensif…???

Tarbiyyah yang berobjektif, tersusun, intensif, syumul, lengkap, realistik dan selari dengan keadaan semasa dunia dan ummah adalah Jihad selari dengan Jihad HAMAS di Palestin. Gugur kita di medan jihad ini adalah gugur sebagai syuhada sebagaimana gugurnya Sumayyah dan Yasir.

Cukuplah kita membiarkan umat Islam membuang masa…

Kenapa kita takut untuk melaung-laungkan objektif kita yang ingin melahirkan Insan Rabbani sebagai objektif perjuangan kita dan Rumahtangga dakwah yang melahirkan mujahid sebagai objektif kedua supaya kita hanya memilih isteri atau suami di kalangan mereka yang sudah melalui proses pentarbiyahan juga atau sekurang-kurangnya mereka yang bersedia untuk menyokong perjuangan kita.

Daulah Islam yang melaksanakan sistem Islam dan hukum-hukum Allah memerlukan asas.

ASASNYA ADALAH MANUSIA YANG RABBANI… MANUSIA INI TIDAK AKAN LAHIR SECARA KEBETULAN… KALAU KITA TIDAK MERANCANG UNTUK MELAHIRKANNYA, MANUSIA INI TIDAK AKAN LAHIR.. INILAH SUNNATULLAH KEPADA ALAM INI.

APA YANG WUJUD BERMULA DENGAN KEWUJUDAN DALAM ILMU ALLAH, KEMUDIAN ALLAH PINDAHKANNYA KE LAUH AL-MAHFUZ MELALUI TULISAN AL-QALAM

KEMUDIAN ALLAH CIPTAKANNYA BERPERINGKAT-PERINGKAT, MELALUI PROSES-PROSES, BERASASKAN SISTEM DAN SUNNAH YANG DITAKDIRKANNYA..

Begitulah Allah kehendaki berlaku dalam penciptaan manusia… dan tamaddun manusia.

Agenda perubahan memerlukan kejelasan, plan perancangan, jentera kerja, proses kerja-kerja perubahan… dan tunggulah Allah qada’kan ikut kemahuannya..

Manusia tidak akan berubah sehingga dia berniat untuk berubah.

Niat tidak akan wujud jika dia tidak mahu berniat.

Kemahuan tidak wujud tanpa keazaman

Keazaman tidak wujud tanpa lintasan pertama dalam hati

lintasan pertama disebabkan ilmu,

(dan syaitan juga membisikkan lintasan kejahatan,
melalui lidah dan kerja kuncu-kuncunya yang telah menjadi pemerintah dunia.)

ilmu ada beberapa darjat
serendah-rendahnya adalah dzan yang berasaskan bukti,
setinggi-tinggi darjat ilmu adalah keyakinan.

setinggi-tinggi keyakinan adalah haqqul yaqin
kemudian ‘ainul yaqin
kemudian ilmu al-yaqin..

ilmu yaqin memerlukan hati yang bersih dan ikhlas..

hati yang bersih dan ikhlas memerlukan mujahadah
dan pengorbanan membuang sifat-sifat takbur dalam diri.

malangnya orang sakit selalunya tidak mengakui dirinya sakit

terlebih pula jika yang sakit itu rohnya.

Jadi kita amat perlu kepada sahabat, murabbi, atau biah yang solehah.
Sekurang-kurangnya kita memiliki cermin untuk melihat kecacatan diri.

JIHAD PALESTIN JIHAD KITA
NAMUN JIHAD KITA ADALAH JIHAD KITA.

- diambil daripada blog Ustaz Annuar Salleh dalam entri bertajuk Jihad Palestin Jihad Kita -

Comments (2)

Gelombang keadilan..

Leave a Comment

Kecemburuan terhadap syuhada’..

impian ku syurga..
harapan ku syurga..
idaman ku syurga..

namun..

amalanku..
adakah amalan ahli syurga?..

dijulang-julang semangat mujahid muda..
disahut-sahut syahid impian kita..

tetapi..

dengan nafsu sendiri..
aku masih terleka..

aku khuatir..
bukan sungai madu di bawahku..
tetapi bakaran api menjilat tubuhku..

aku khuatir..
bukan arak dan madu minumanku..
tetapi air nanah mendidih menggelagakkan jasadku..

aku khuatir..
bukan bukan bidadari melayanku..
tetapi malaikat zabaniyah yang membantaiku..

aku khuatir..
aku takut..
aku risau..
dan aku bimbang..

tetapi apa yang telah aku lakukan?..

sekadar kata-kata tidak mampu membayar mahar nikah bidadari syurga..
sekadar kata-kata tidak mampu membina istana di syurga..
sekadar kata-kata tiada apa yang layak untukku di syurga..
hatta wangiannya belum tentu akan ku cium wangi harumannya..

bangkitlah jiwa yang leka..
sedarlah hati yang lena..

hidupmu sementara..
cuma dirimu yang tidak menyedarinya..

malam ini kau tidur lena..
esoknya kau celikkan mata..
sepertinya setiap hari kau yang punya..
kau lupa hakikat dirimu siapa..

sedarlah..
dan bangkitlah..

beruntunglah para syuhada’ Gaza..
sedang kalian telah pasti di dalam syurga..
aku masih bertarung untuk ke sana..
aku cemburu dengan kalian semua..

Leave a Comment

Siapakah al-mujahid?..

“Aku mampu membayangkan al-mujahid itu sebagai seorang lelaki yang sentiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan, berupaya menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwa dan segenap jurusan hatinya. Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Apabila diseru dia menyahut. Apabila dipanggil dia menjawab. Pulang dan perginya, perkataan dan bicaranya, kesungguhan dan gurauannya tidak melampaui bidang yang disediakan untuknya. Dia tidak mengambil tugas selain daripada yang telah diletak atau dituntut ke atasnya. Dia berjihad di jalannya. Kamu dapat membaca di garis wajahnya, melihat pada kilauan matanya dan mendengar pada gerakan lidahnya segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam, keazaman yang benar, kesungguhan, cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya”

(As-Syahid Imam Hassan al-Banna)

Leave a Comment

Program Selamatkan Gaza..

Leave a Comment

Inilah masanya..

- diambil daripada blog ISMA Kedah dalam entri bertajuk Inilah Masanya… -

Hari ini masuk hari yang ke-14 (11/01/2009) bumi Gaza bersimbah darah para syuhada’ yang telah dijanjikan syurga. Walaupun resolusi demi resolusi dikeluarkan, namun Israel tetap tidak peduli, keangkuhan mereka tiada bandingannya.

Tiada kata bicara yang dapat menggambarkan kedasyatan penderitaan penduduk Gaza sekarang ini, setiap saat mereka diambang kematian, yang hidup, hidup dalam puing puing kemusnahan yang tidak dapat digambarkan oleh kata-kata. Tiada manusia yang waras akalnya yang tidak akan bersimpati dengan Gaza, namun apakah hanya simpati dan airmata yang hanya mampu kita hulurkan.

Umat Islam telah jemu dengan persidangan demi persidangan, kecaman demi kecaman yang hanya ditertawakan oleh Israel. OIC yang ditubuhkan dengan objektif untuk membebaskan bumi Palestin menjadi menjadi pengecut, begitu juga pemimpin-pemimpin Arab dan umat islam yang telah hilang kelelakiannya.

Hari ini, umat islam diseru untuk memboikot produk-produk dari Amerika, usaha ini adalah satu usaha yang baik, namun sebaik-baiknya usaha ini perlu diperkembangkan lagi dengan memboikot terus cara hidup dan sistem sosial negatif yang didoktrinkan oleh Yahudi.

Tidak ada gunanya kita memboikot Coca Cola sedang pada masa yang sama kita masih lagi menyimpan wang dan menggunakan kad kredit dari perbankan konvensional tajaan yahudi, membeli kereta dan rumah dengan pinjaman riba yang diasaskan Yahudi. Tidak ada gunanya umat ini memboikot Colgate sedang pada masa yang sama masih lagi asyik dengan hiburan-hiburan negatif barat seperti MTV, filem-filem ganas dan video klip lucah dari Hollywood.

Inilah masanya untuk kita kembali mengamalkan ajaran Islam yang sebenar, menggabungkan diri dengan saf orang-orang yang beriman dan bersama dengan kumpulan yang bercita-cita menegakkan Islam. Hanya dengan Islam dunia ini akan kembali menjadi aman.

Inilah masanya kita kembali kepada Islam, kelalaian kita setiap saat akan dipersoalkan oleh Allah dihari akhirat kelak, saudara-saudara kita di Gaza akan menuntut bela terhadap kelalaian umat Islam dalam memberi pembelaan kepada kita di hari akhirat nanti…mampukah kita untuk menanggung azab api neraka akibat kelalaian kita di hari akhirat nanti…

Bangkitlah!

Mohd Hisham Mohd Sharif
PEMBINA, Kedah Darul Aman

- diambil daripada blog ISMA Kedah dalam entri bertajuk Inilah Masanya… -

Leave a Comment

Kenyataan Mursyidul Am..

- dipetik daripada blog Ustaz Halim dalam entri bertajuk Kenyataan Mursyid Am Ikhwan ttg GAZA -

Dikala ramai pihak dan masyarakat dunia menyaksi dan menunggu PBB, kuasa-kuasa besar dunia, pemimpin-pemimpin negara-negara arab dan Islam bersidang dan bersidang, beresolusi demi resolusi tapi diveto demi veto, cara tulin dan sebenar memerdekakan Palestin dari penjajahan Yahudi sejak 1947 ialah melalui kejelasan sikap, berpegang kepada prinsip-prinsip dan mengibarkan panji-panji jihad. Inilah prinsip gerakan HAMAS dan jemaah Ikhwan Muslimin yang dipilih oleh majoriti rakyat Palestin.

Prinsip-prinsip jamaah Ikhwan Muslimin boleh kita fahami dari tulisan-tulisan pengasasnya, Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna dan juga melalui kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin tertingginya atau para Mursyid-mursyid Am mereka. Oleh itu saya kira adalah penting menyampaikan kenyataan Ustaz Mahdi Akef, Mursyid Am Ikhwan Muslimin berhubung dengan apa yang sedang berlaku di Gaza. Kepada Allah jua kita memohon pertolongan dan kemenanganNya. Ameen.

Read the rest of this entry »

Leave a Comment

Kenyataan Ulama’..

- dipetik daripada blog Ustaz Halim dalam entri bertajuk Kenyataan 40 Ulamak Al-Azhar & Mesir ttg GAZA -

Kerakusan Yahudi yang dilaknat Allah swt membunuh umat Islam Palestin yang dikepung ketat oleh Israel dan Mesir, serta tiada tindakan ketenteraan yang diambil oleh Kuasa-kuasa Besar Dunia dan Kerajaan-kerajaan umat Islam telah disaksikan sendiri oleh Umat Islam dan masyarakat antarabangsa. Sudah terang lagi bersuluh. Penyembelihan sudah masuk minggu ke-3. Kini rakyat jelata dan masyarakat boleh menilai sendiri sejauh mana kefahaman dan perangai pemimpin masing-masing terhadap Islam dan umatnya.

“Medan kata-kata tidak sama dengan medan amal. Medan amal tidak sama dengan medan Jihad. Medan Jihad yang salah tidak sama dengan medan Jihad yang Sahih yang berhasil lebat dari pengorbanan yang minimal dan optimal.”

(As-Syahid Imam Hasan Al-Banna)

Gerakan Ikhwan Muslimin Mesir dan Universiti Al-Azhar walau berdepan dengan berbagai halangan, namun ikatan dan sumbangan moral dan material umat Islam Mesir tetap sampai ke Gaza sejak bertahun-tahun lalu. Mesir tetap abang kepada adiknya Gaza walaupun cuba dihalangi oleh mereka yang korup dan tembok di Laluan Rafah di sempadan antara mereka. Berikut adalah kenyataan umum yang ditandatangani oleh 40 orang ulama’ besar Al-Azhar dan Mesir mengenai perang yang sedang dilakukan oleh tentera Yahudi ke atas umat Islam di Gaza, Palestin. Semoga ianya menjadi iktibar, kayu ukur, sikap, asas tindakan kita bersama. Kepada Allah jua kita memohon keampunanNya di atas kealpaan kerajaan dan umat Islam di zaman kita ini serta kelemahan diri kita sendiri dalam menunaikan hak saudara seIslam di Gaza. Ameen.

Read the rest of this entry »

Leave a Comment

Older Posts »