Archive for December, 2008

Gaza berdarah syuhada’..

- diambil daripada blog ustaz Annuar Salleh dalam entri bertajuk Gaza berdarah syuhada’ -

Sabarlah ya ikhwani.
Kalian diharamkan
daripada kenikmatan dunia
oleh tangan-tangan durjana
kerana kealpaan
saudara-saudaramu di mana-mana
meninggalkan jihad
leka dengan syurga dunia
yang hina fana

Tuhan telah menjanjikan
untukmu Syurga
bersama-sama
Sumayyah dan Yasir
Hamzah dan Khubaib
yang jua
telah mendahuluimu
mewakafkan hidup untuk Allah

Namun airmataku yang mengalir
bukan kerana darah syuhadamu
tapi kerana ramainya
saudaramu di sini
yang gugur murtad
fasik dan bangga
mengikut jejak
budaya Zionis keparat.

Sedangkan para duahnya
ramai yang tertidur
mimpikan pangkat
nama dan darjat.

(Annuar Ibnu Salleh Hussain)

- diambil daripada blog ustaz Annuar Salleh dalam entri bertajuk Gaza berdarah syuhada’ -

Comments (2)

Doa untuk saudaraku..

Leave a Comment

Doaku..

diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud radhiAllahu ‘anhu Nabi S.A.W. telah bersabda:

“Tidak ada seseorang yang ditimpa keluh kesah dan kesedihan, lalu dia membaca:

(maksudnya) ”Ya Allah sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hamba lelakiMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku berada di dalam gengamanMu, telah berlalu ke atasku hukumanMu, adillah ke atasku setiap ketetapanMu, aku memohon kepadaMu, dengan setiap nama yang Engkau namakan diriMu dengannya, atau dengan nama yang Engkau turunkannya di dalam kitabMu, atau dengan nama yang Engkau ajarkan kepada salah seorang daripada hambaMu, atau dengan nama yang Engkau simpan ia di alam ghaib di sisiMu, untuk Engkau menjadikan al-Quran itu penghias dan cahaya hatiku, menghapuskan kesedihanku dan menghilangkan keluh-kesahku.”

melainkan Allah akan menghilangkan keluh-kesah dan kesedihannya dan Allah gantikannya dengan kegembiraan.”

(Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Hibban)

—————————————————————————–

wahai Tuhan yang memegang hati ini..
Tuhan sekalian manusia..
Tuhan sekalian alam..
seluruh alam tunduk dan patuh kepadamu..
namun hambamu ini kadang terleka..
ingkar dan berdosa..
atas rahmat dan kasih sayangMu..
diri ini masih hidup di dunia..
memikul timbunan dosa di bahu ini..
hambamu ini tiadalah hak meminta..
namun Kau tahu tiadalah tempat aku meminta..
Allahu Rabbi..
kepada siapa lagi ingin aku mengadu..
sedang seluruh manusia punya tugas di bahu..
wahai Tuhan yang maha mengetahui..
kau tahu segala isi hati ini..
kau tahu setiap titis air mata yang membasahi pipi..
telah tercatat setiap titis yang jatuh ke bumi..
Allahu Rabbi..
janganlah Kau tinggalkan diri ini..
walau sekadar kelipan mata makhluk kerdilMu ini..
tiadalah aku berdaya tanpa bimbinganMu untuk hidup di dunia ini..
cerahkanlah jalan ini..
moga akhirnya pertemuanku denganMu..
pertemuan yang ku rindu itu..
aku layak berada di situ..

amin…

Leave a Comment

Titisan sia-sia..

lihatkanku..
titis air mata yang manakah yang diterima?..
apakah kau impikan syurga..
sedangkan maharnya kau tiada?..

sedarlah insan faqir..
air matamu tiada hasil..
lantaran tertumpahnya atas perkara kecil..

wahai insan berdosa..
neraka menantimu dengan penuh murka..
apakah kau ada cara untuk lari daripadanya?..

Allahu Rabbi..

apakah air mata murahan ini mampu memadamkannya?..

wahai insan hina!
sedarlah!

titis air yang Allah suka..
itulah air mata yang takut padaNya..
bukanlah air yang lahir dari hati yang hina..
menangisi hal-hal dunia..
tidaklah ia terbit dari jiwa yang keras sifatnya..
sering bergelumang dengan dosa..
jauh sekali air seperti itu untuk diterima..

dan kini kau masih berkira-kira..
hentikan angan-anganmu..
andai kau masih ingin bahagia di depanmu..
bahagia selama-lamanya..

Leave a Comment

Kehinaan atas kehinaan..

tatkala ini..
ratusan saudaramu mati..
mati lantaran peluru yahudi..
badan hancur luluh dibedil roket yahudi..

tetapi kau di sini..
menangisi perihal duniawi..

wahai insan yang berdosa..
apakah sudah hilang perasaan dalam jiwa?..

malulah ke atasmu!

Leave a Comment

Tempat kembali..

mungkin ini kafarah dosamu..
apakah kau fikir diterima air matamu?..
lihatlah dirimu..
di manakah kau disisi Rabbmu..

sebutkan padaku amalan mu mana yang diterimaNya?..

kau meminta..
sedang kau berdusta..
kau meminta..
sedang kau berdosa..

kau bermimpi atau lupa?..

lihat semula hidupmu..
penuh debu dosa..
menghancurkan hidup manusia..
terpalit lumpur nista..

dan kini kau ingin berlagak mulia?..

wahai insan hina..
kehinaanmu akibat perbuatanmu..
kehinaanmu akibat keputusanmu..
tudingan jari semua ke arah mu..

mampukah air mata itu menebusmu?..

sedangkan manusia derita akibat dirimu..
terhimpit kehidupan lantaran sikapmu..
terasa berat beban kerana perbuatanmu..
murka manusia memang layak bagimu..

lalu ke manakah arah tuju mu?..

tatkala alam murka kepadamu..
kau bawakan dosa melangit di atas sejadahmu..
kau tundukkan wajah duka dan pasrahmu..
harapanmu yang ada hanya pada Rabbmu..

maka, pintalah..
dan pasrahlah..

Leave a Comment

Selamat ulangtahun ke 21..

Leave a Comment

Anugerah..

jalan yang berliku
telah aku lalui
juga jalan berbilang simpang
telah aku redahi
aku rebah aku tersungkur
lalu bangkit berbekalkan azam
jua iman dari-Mu Tuhan
dalam meneruskan perjuangan

anugerah dari-Mu Allah
kusalurkan menuju jalan-Mu
anugerah dari-Mu Allah
dalam mengetuk hati insani

dari kamar sepi ini
kusenandung puisi lagu rindu
untuk-Mu Tuhan yang kuagungkan
demi kasih dan cinta ini

tabah dalam menghadapi
segala cabaran dan rintangan
pasti nanti di suatu hari
perjuangan tersemat di hati

terbinalah impian indah
yang tercipta dari anugerah
moga ia kan jadi nyata
sebagai pengukuh cinta kita

Leave a Comment

Sendiri menenangkan diri..

ingatkan diriku tentang hakikat kehidupan..
khabarkan diriku tentang kekuasan Allah..
tunjukkan diriku takdir Allah mengatasi segalanya..
lihatkan diriku bahawa pena telah diangkat dan lembaran telah kering..
beritahu diriku bahawa andai kata seluruh alam berkumpul untuk mengubah yang telah tetap, nescaya tidak akan mampu..
ingatkan diriku bahawa syaitan sedang mentertawakanku..
khabarkan diriku bawah seluruh isi langit dan bumi menunggu lahirnya roh baru dari diriku..
tunjukkan diriku bahawa di hadapan sana ada yang lebih menguji..
lihatkan diriku bahawa orang yang manja akan ditinggalkan dari gerabak dakwah ini..
beritahu diriku bahawa pasukan mujahid berani tidak ada yang manja dalam saf mereka..

khabarkan ku semuanya..
beritahu diri ini semua itu..
ingatkan semula diriku ini..
tunjukkan diri ini..
lihatkan segalanya yang haq itu..
bawalah diri ini..
bantulah ya akhi…..

sudah lama pertarungan dan peperangan ini berlangsung..
sepertinya perajurit sedang berundur..
namun panji tetap tegak belum jatuh ke bumi..
katakanlah padaku ini hanya satu muslihat peperangan..
khabarkan padaku ini bukan kekalahan..
beritahu padaku kita masih punya bekalan..
tunjukkan padaku panglima kita masih berjuang..
lihatkan padaku pasukan kita masih berjuang..
ingatkanku peperangan ini tiada pengakhiran..
katakan padaku andai ini tempat jatuhku, nescaya punahlah harapan kemenangan..

ingatlah pesananku..
andai kata aku tersungkur dalam medan ini..
kuburkanku di hujung kemaraan pasukan pejuang..
jangan ditinggalkan jasad yang lemah lagi hina ini..

bantulah ya akhi..
bantu diri ini keluar dari kepompong dunia sendiri..

Leave a Comment

Wahai hati, janganlah bersedih..ألا ياقلب لا تحزن

Leave a Comment

Kecaman seluruh langit dan dunia..

di manakah kekuatan diri ini?..
apakah hilang segala ‘izzah dalam diri?..

di manakah panglima perang sebelum ini?..
apakah telah jatuh panji ke bumi?..

di manakah laungan semangat mujahid sejati?..
apakah telah luluh bersama kerendahan duniawi?..

di manakah rijal ghuraba’ dalam ummah ini?..
apakah telah mati lantaran al-wahnu dalam diri?..

di manakah kan ku cari diri yang hilang ini?..
apakah ada berundur dalam mujahadah diri?..

di manakah pasukan perang berani?..
apakah syaitan telah berjaya sekali?..

di manakah al-akh yang dinanti-nanti?..
apakah telah lebur lantaran nafsu dalam diri ini?..

malulah ke atas dirimu!
sungguh dunia menantimu..
sedang kamu duduk melayan perasaanmu..

malulah ke atas dirimu!
seluruh harapan di atas bahumu..
sedang kamu bermain dengan nafsumu..

malulah ke atas dirimu!
seluruh isi dunia mengharapkanmu..
sedang kamu tertipu dengan duniamu..

malulah ke atas dirimu!
segenap lapisan langit dan bumi menunggu dirimu..
sedang kamu berpenat dengan angan-angan palsu..

ingatlah..
yang mengecam dirimu itu..
bukanlah hanya jasad insani..
namun seluruh penduduk bumi..
hatta penduduk langit melaknat dirimu..

sedarlah wahai harapan ummah!..
bangkitlah!
dunia hanya sementara..
sakit dunia ada harganya..
telah kau usahakan yang terdaya..
namun takdir Allah tetap mendahului kita..
apakah itu menyebabkan kau tersungkur duka?..
sedangkan gerabak dakwah terus bergerak juga..

dakwah itu tidak perlu kepada orang manja..
malulah dirimu wahai jiwa yang meronta..
malulah ke atas dirimu..
malulah ke atas dirimu..

Leave a Comment

Di mana tempat jatuhku?..

tiadalah ujian yang lebih menguji..
bila berdepan sesuatu yang tidak diketahui..

namun khabarkanlah pada hati..
wahai insan yang bersedih hati..
dunia bukan kekal abadi..
ke arah mana tuju diri ini?..

ingatkan semua tujuanmu di sini..
hapuskan deraian air mata kaca..
tukarkan ia menjadi mutiara..
hakikat kaca dan permata..
adalah jisim yang berbeza..
harganya berbeza..
lantaran asalnya berbeza..
kerana tujuannya berbeza..

beritahu kepada hati..
kelak diri ini akan lebih lagi diuji..
ini hanya satu saringan dari Ilahi..
apakah lupa hakikat ujian itu sendiri?..

tunjukkan semula pada hati..
semua yang mungkin telah dilupai..
lantaran nafsu yang meraja dalam diri..

ketukkan pintu hati..
biar terpampang di hadapan perasaan dan emosi..
perkara yang mungkin telah dikaburi..
lihatkan pada hati..
hakikat perjuangan sejati..

pecahkan dinding yang menebal dalam hati..
tuntuni jalan menuju syurga abadi..
khabarkan ia jalan ini ada harga tersendiri..
ingatkan dia di depan sana lebih menguji..
katakan padanya apakah kau ingin jatuh di sini?..

Leave a Comment

Kehinaan..

ya Allah..
tatkala satu-satu kau uji diri ini..
aku hadapi dengan pengharapan yang tinggi..
setiap ujian yang kau beri..
semakin lama semakin menguji..
namun hikmah disebaliknya sangat tinggi..
namun tidaklah diketahui oleh diri ini..
hakikat diri ini adalah faqir hamba Ilahi..
sedang diriMu mulia lagi terpuji..

ingatkan ku takdir itu hak milikMu..
khabarkan ku yang tersirat itu bukan pengetahuanku..
ajarkan aku tawakal itu tuntutan buat diriku..

Allahu Rabbi..
apakah aku akan melihat semua ini..
sebagai satu penyesalan abadi..
hakikatnya dunia ini..
tidak seperti yang diimpi-impi..

ingatkan ku akhirat itu kekal abadi..
ajarkanku ketenangan hakiki..
tunjukkan padaku hakikat iman sejati..
didiklah aku mencapai taqwa tertinggi..

Allahu Rabbi..
Tuhan yang menjawab permasalahan hambaNya..
Tuhan yang mendengar rintihan hambaNya..
Tuhan yang menrima taubat hambaNya..

bergunungan dosa yang ku pikul di bahu ini..
dari awal zaman jahiliyyahku..
dari sehingga hari yang masa bersamaku..
malah esok yang masih belum tentu buatku..
dan hari ini ku merayu padaMu..
apakah masih punya harapan buatku?..

Allahu Rabbi..
tempat mengadu..
apabila seluruh isi dunia berpaling dari diriku..
tempat berbicara..
apabila antara langit dan bumi tiada teman bicara..
tempat meluahkan segalanya..
apabila alam semesta mentertawakan diri yang hina..

ku bawakan setinggi langit perasaan hiba..
ku pikulkan bergunungan dosa..
ku tarik bersama rasa kesal yang terdaya..
ku usahakan segala yang ku terdaya..
ku hadirkan bersama wajah sesalan berduka..
ku tundukkan wajah ini bersama kesalahan diriku yang hina..

sungguh, tiadalah Engkau patut menerimaku..
tetapi atas rahmat dan kasih sayangMu..
aku yang hina lagi tidak berdaya..
merintih dan merayu kepadaMu..
ampunilah diriku..

dan aku tahu..
aku hanya hadir bila memerlukanMu..
tiadalah kehinaan yang lebih hina dari itu..
meminta bila perlu..
lalu pergi tanpa segan silu..
Allahu Rabbi..
ampuni diriku..

Leave a Comment

Garis pemisahan..

- diambil daripada blog Ustaz Salam dalam entri bertajuk Di Sini Persimpangan itu…. -

Jahiliyyah bukanlah satu tempoh masa yang telah berlalu dalam sejarah lampau. Jahiliyyah adalah semua manhaj yang tercerna dari ubudiyyah manusia kepada sesama manusia.

Ciri ini tergambar pada hari ini dalam semua manhaj-manhaj hidup dunia ini tanpa pengecualian. Dalam manhaj hidup yang dianuti oleh manusia pada hari ini, manusia mengambil segala tasawwur, prinsip, neraca, nilai, syariat, undang-undang, style dan tradisi dari manusia yang sama seperti mereka.

Inilah ciri-ciri jahiliyyah sepenuhnya. Jahiliyyah yang tergambar dalam ubudiyyah manusia kepada sesama manusia. Mereka menjadi hamba kepada sesama mereka dan membelakangkan Allah.

Hanya Islam sahaja manhaj hidup yang membebaskan manusia dari perhambaan kepada sesama manusia.

Kerana hanya Islam sahaja yang mengambil segala tasawwur, prinsip, neraca, nilai, syariat, undang-undang, style dan tradisi dari Allah swt. Bila mereka tundukkan kepala, hanya kepada Allah sahaja di tundukkan. Bila patuh kepada syariat, hanya syariat Allah sahaja sahaja yang di pakai. Bila menggunakan sistem, hanya sistem Allah sahaja yang diterima.

Ketika itu, mereka bebas dan merdeka dengan sebenar-benarnya dari perhambaan kepada sesama makhluk, kerana semuanya telah menjadi hamba kepada Allah.

Inilah sebenarnya persimpangan jalan antara Islam dan jahiliyyah.

- diambil daripada blog Ustaz Salam dalam entri bertajuk Di Sini Persimpangan itu…. -

Comments (2)

Sinar kehidupan..

bila kasih sayang lahir dari iman
pastikan kekal hingga ke akhirnya
tapi bila kasih lahir kerna dunia
tidak akan kekal mungkin bermusuhan

lupakan nikmat dunia yang telah hilang
jangan bersedih dengan nikmat yang tiada
gunakan nikmat yang ada pada kita
untuk kebajikan agar hati tenang

bila terasa diawasi Tuhan
rasa berdosa tiap waktu
jiwa derita dengan dosa
rasa syukur dengan nikmatNya
rasa kurang beramal
hina diri dengan Tuhan
itulah sifat kehambaan

terimalah sedikit kesusahan di dunia
dalam kita menegak kebenaran
untuk terlepas seksa di akhirat
yang menyeksakan dan berkekalan

ya Allah..
ya Rahman..

Leave a Comment

Older Posts »