Archive for November, 2008

Sahabat perjuangan..

Pertemuan kita kali ini
Bukan sekadar kawan lama tak jumpa
Tapi kita bertemu ada satu makna
Kita punya satu perjuangan

Andai ada kasih antara kita
Kita kembalikan kepada Yang Esa
Agar ia suci tulus dan ikhlas
semoga Allah memberkati

Sambutlah tangan sahabat saudaramu
Pimpinlah ia melangkah bersama
Satukan hati kita teguhkan ia
Berdiri bersama untuk kebenaran

Perjuangan itu ertinya berkorban
Berkorban itu ertinya terkorban
Janganlah gentar untuk berjuang
Demi agama dan bangsa
Inilah jalan kita

Comments (2)

Walaupun sekelumit, ia tetap haram..

- dipetik daripada laman web Bahan Tarbiyyah Info dalam artikel bertajuk Walaupun Sekelumit, IA Tetap Haram -

ditulis oleh : penapistola

ما أسكر كثيره فقليله حرام

Apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya adalah haram.

(Riwayat Abu Daud)

Hadis di atas memberikan kaedah syara’ yang umum merangkumi semua larangan dan perkara yang diharamkan seperti arak, dadah, judi dan sebagainya. Namun ia juga termasuk jenayah akhlaq yang seringkali kita tidak perasan bila kita melakukannya. Antara contoh jenayah akhlaq yang dimaksudkan adalah seperti mengumpat, zina, mencarut, memfitnah dan sebagainya.

Dalam tulisan Muhammad Qutb bertajuk Qabasat min ar-rasul, Sinaran Petunjuk Dari Rasul, beliau menyatakan bahawa sebenarnya kita sentiasa terdedah kepada kemabukkan dan ketagihan akhlaq yang buruk lantaran kebiasaan yang dibuat-buat dan diterima tanpa disedari oleh masyarakat. Erti “mabuk” yang sering kita fahami adalah keadaan hilang deria, tidak sedar dan hilang pertimbangan yang waras seperti orang yang meminum arak dalam kuantiti yang banyak. Namun begitu, beliau menyatakan bahawa ketagihan kepada sesuatu perkara itu juga adalah definisi yang boleh dicakup oleh kata “mabuk”. Maka tidak salah untuk kita menyatakan erti “mabuk” dalam konteks kebiasaan masyarakat adalah ketagihan yang membawa kepada implikasi negatif baik dari segi keadaan fizikal mahupun akhlaq dan sikap dengan kecenderungan membawa kemerbahayaan.

Melihatkan perkara ini dari pandangan seorang muslim, perkara asasi yang perlu kita fahami adalah keburukan atau akhlaq negatif itu adalah semua perkara yang ditetapkan sebagai berdosa jika dilakukan meskipun masyarakat melihatkan ia suatu kebiasaan. Contoh yang dapat kita bawakan adalah penerimaan kadar bunga di bank atau riba’, mengikat hubungan rapat antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tanpa ikatan yang sah atau termanya couple, melihat aurat seseorang tanpa rasa bersalah meskipun sejantina apatah lagi berlainan jantina dan banyak lagi.

Memikirkan isu ini, dapat kita bawakan diri kita kepada pepatah yang popular, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Dengan hanya bermula mendengar rakan-rakan mengata, kemudian kita mula menambah ‘perisa’ akhirnya menjadikan kita ketagih untuk turut mengata dan mengumpat. Langkah pertama dengan hanya berbual ketika di dalam kelas, kemudian melempar senyuman dan kata-kata, akhirnya remaja terjebak dengan masalah pergaulan bebas, na’uzubillahiminzaalik, akhirnya membawa kepada bukit di perut. Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama.

Kini tinggal pada kita untuk menilai, adakah kita ingin sampai kepada keharaman? Kita sedar ia salah, maka apa yang membuatkan kita menunggu untuk meninggalkan pemula kepada punca yang boleh membawa kita kepada neraka? Ataukah kita yakin bahawa kita akan punya peluang untuk bertaubat? Pintu taubat Allah memang sentiasa terbuka luas, tetapi Allah tidak pernah menjanjikan kita akan hidup untuk sampai pada hari esok, lusa atau bila-bila. Lebih baik jika ketagihan dengan perkara yang baik dan akhlaq yang terpuji dari jatuh mabuk kepada sifat-sifat jelik dan keji seperti mencarut, mengumpat, memfitnah, bercampur bebas lelaki perempuan dan sebagainya.

Sekali lagi, perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang satu. Menyempurnakan akhlaq itu sukar dan jauh, tapi ia tetap punya permulaan dengan langkah yang satu.

- dipetik daripada laman web Bahan Tarbiyyah Info dalam artikel bertajuk Walaupun Sekelumit, IA Tetap Haram -

Leave a Comment

Air mata permata..

dalam tangis ada bahagia
dalam tawa ada derita
dalam dingin air mata
ada rahmat dari Yang Esa

dalam samar di malam hari
dalam syahdu di kala sunyi
rindu tak tertahan lagi
air mata tertumpah jua

ku genggam tangan
di dalam hati
penuh pasrah
pada ilahi

oh Tuhan tolonglah
sambutlah tangan ku ini
tiada lagi yang ku pinta
selain rahmat dalam redhaMu
agar nanti air mata
jadi permata

Comments (2)

Bukan untuk si manja..

- diambil daripada blog Ustaz Salam dalam karya bertajuk bukan untuk si manja…. ! -

Pencerahan bukan untuk orang manja

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

-yang cepat mengalah,

-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
“amanah ini bukan hak milik, tetapi anugerah dari-Nya”

- diambil daripada blog Ustaz Salam dalam karya bertajuk bukan untuk si manja…. ! -

Leave a Comment

Hakikat kebahagian..

“Sesungguhnya kebahagiaan itu ialah,
anda hidup,
untuk pemikiran yang benar dan kukuh,
untuk aqidah terbesar,
yang menyelesaikan permasalahan alam yang lampau,
persoalan yang disoal oleh orang yang tertanya-tanya
semasa mereka sedar dan cerdik boleh berfikir
dari manakah aku datang?
ke manakah aku hendak pergi?
kenapa aku dijadikan?
adakah aku akan hidup kembali?
lalu bersinarlah keyakinan di dalam jiwa,
terusir segala keraguan yang degil,
terdidiklah fikiran yang waras,
terciptalah akhlaq yang mulia,
dan kembalilah setiap akal yang menyeleweng
kepada jalan yang benar dan lurus,
hidupmu akan dikurniakan nilai oleh Tuhanmu
agar hidupmu terbina,
supaya matamu memandang di segala ufuk
ke arah cita-cita yang tinggi,
lalu hiduplah kamu di dunia untuk akhirat,
di sanalah kamu hidup kekal dan tidak fana’,
kamu tudung bumimu dengan langit,
dan para malaikat menjadi saksi
itulah aqidah Islam untuk muslim yang bahagia
itulah asas, itulah tiang serinya
sesiapa yang hidup memikulnya
sambil memekik dengan namanya,
dialah orang yang berbahagia.”

(Dr. Yusuf al-Qaradawi)

Leave a Comment

Peringatan buat para pendakwah..

- diambil daripada laman web ISMA Kedah dalam artikel bertajuk Peringatan Buat Para Pendakwah -

Dari Abu Zaid iaitu Usamah Bin Zaid Bin Harithah radhi-Allahu ‘anhuma berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Akan didatangkan seorang lelaki pada hari Qiamat nanti lalu dilemparkan ke dalam api neraka sehingga terkeluarlah isi perutnya kemudian dia berpusing seperti berpusingnya seekor kaldai di tempat penggilingan gandum.

Para penghuni neraka terkejut melihat kejadian ini lalu mereka segera berhimpun di sekelilingnya sambil berkata padanya: “Hai Fulan! Mengapa engkau jadi begini? Bukankah dahulu engkau menyuruh orang berbuat kebaikan dan melarang mereka dari kemungkaran?”

Lalu orang itu menjawab: “Ya benar. Dahulunya saya suka menyuruh orang lain berbuat kebaikan, tetapi saya tidak melakukannya, dan saya suka melarang orang lain daripada kemungkaran, tetapi saya sendiri melakukannya.”

(Muttafaq ‘alaih)

Hadith ini merupakan peringatan yang sangat menggerunkan buat para da’ie yang mengajak manusia kepada Islam. Dalam pada kita berdakwah kepada manusia, mengajak mereka kepada kalimah tauhid. Jangan dilupakan diri kita, perbaikilah diri kita dahulu sebelum kita menyeru teman-teman yang lain.

Berapa ramai antara kita yang ketika mana mengendalikan usrah berpesan pada anak-anak buah agar berpuasa dan qiamullail, akan tetapi, amat malang dalam realiti kehidupan sehari-hari, puasa dan qiamullail itu sangat jauh dari diri. Berapa ramai antara kita yang menyeru kepada meninggalkan jahiliah secara total, akan tetapi di rumah membiarkan maksiat berleluasa dan tiada suasana Islam di rumahnya. Berapa ramai antara kita yang masih menyeru kepada Islam secara keseluruhannya, tapi masih beriltizam dengan pinjaman berasaskan riba melalui kad kredit, insuran dan pinjaman-pinjaman yang lain.

Dakwah ini adalah dakwah realiti. Ada pepatah mengatakan, “If you want to deliver the message, be the message!”. Mulakan dengan diri kita dahulu, kemudian ajaklah orang lain. Amat benarlah kalimah dakwah yang dipelajari ketika awal-awal dahulu, “Islah nafsaka, wad’u ghairuka”.

- diambil daripada laman web ISMA Kedah dalam artikel bertajuk Peringatan Buat Para Pendakwah -

Comments (4)

يـا نـاظراً..

Leave a Comment

ku tundukkan wajah.. menyembunyikan kehangatan indah..

lama sungguh tidak menulis seperti ini..

tapi hari ini rasa ingin meninggalkan sesuatu.. supaya terasa disambut oleh sekalian ikhwah di bumi subur ini..

setelah hampir 2 tahun dididik dan dihidupkan dengan kasih sayang disini.. terpancar sinaran kemesraan.. terlihat pada raut wajah senyuman.. lahir rona kegembiraan dalam perjumpaan.. kehangatan dalam pelukan.. tumpahan air mata ditadahkan.. kisah duka dikongsikan.. segalanya bagai dalam kebersamaan.. sedangkan setiap satu mereka punyai perwatakan berlainan.. indahnya suasana persaudaraan..

akan ku kutip beberapa tulisan hati.. lahir dari hati.. terus menusup ke dalam hati.. semuanya oleh saudara-saudaraku yang terikat atas dasar hati.. hati yang menuju kepada Ilahi Rabbi.. semoga Allah merahmati kalian semuanya..

walaupun tidak semua saudaraku menulis.. namun kasih sayang mereka telah ku rasakan bersama.. semoga semuanya berada di bawah naunganNya pada hari yang tiada naungan selain naungan daripadaNya.. semuanya kerana kasih dan sayang atas dasar aqidah dan keimanan.. semata-mata kerna Rabbul ‘alamin.. Tuhan yang mencipta kasih sayang.. Tuhan yang penuh dengan cinta..

Read the rest of this entry »

Comments (4)

Sketsa perjuangan..

Perjuangan ini penuh dengan ranjaunya
Mari kita berjuang dengan keikhlasan
Serta mengharap keredhaan dari-Nya
Dari Ilahi Tuhan Maha Esa
Tuhan Maha Esa

Berjuang itu memerlukan ketabahan
Terkadang sengsara hidup menderita
Namun semuanya kerana kasih kita
Pada Dia Tuhan, Tuhan Maha Kuasa
Tuhan Maha Kuasa

Ayuh mari teman kita lonjakkan
Langkah perjuangan menegak kebenaran
Menjelajah kota serta desa
Kembara ke pelusuk dunia
Menyusuri pusaka Rasulullah
Kekasih Allah

Mari bersama kita mulai langkah
Bersama seiringan bergandingan tangan
Dengan satu matlamat dan cita-cita
Membangun Islam ke mercu gemilang
Dengan kejayaan

Ayuh mari kawan kita leraikan
Segala persengketaan yang merugikan
Kita kembalikan sejarah agung gemilang
Pusaka zaman-berzaman
Mewarisi perjuangan Rasulullah
Kekasih Allah

Wahai Tuhan Yang Esa
Suburi puspa perjuangan kami
Dengan keimanan hakiki
Agar langkah tidak goyah
Tumbang oleh godaan dunia…yang fana

Leave a Comment

Dakwah tidak dapat dipikul orang manja..

- diambil daripada laman web Dakwah-Info dalam artikel bertajuk Dakwah Tidak Dapat Dipikul Orang Manja -

Oleh: Drs. DH Al Yusni

Wahai Saudaraku yang dikasihi Allah.

Perjalanan dakwah yang kita lalui ini bukanlah perjalanan yang banyak ditaburi kegemerlapan dan kesenangan. Ia merupakan perjalanan panjang yang penuh tentangan dan rintangan berat.

Telah banyak sejarah orang-orang terdahulu sebelum kita yang merasakan manis getirnya perjalanan dakwah ini. Ada yang disiksa, ada pula yang harus berpisah kaum kerabatnya. Ada pula yang diusir dari kampung halamannya. Dan sederetan kisah perjuangan lainnya yang telah mengukir bukti dari pengorbanannya dalam jalan dakwah ini. Mereka telah merasakan dan sekaligus membuktikan cinta dan kesetiaan terhadap dakwah.

Cubalah kita tengok kisah Dzatur Riqa’ yang dialami sahabat Abu Musa Al Asy’ari dan para sahabat lainnya -semoga Allah swt. meredhai mereka. Mereka telah merasakannya hingga kaki-kaki mereka robek dan kuku tercabut. Namun mereka tetap mengarungi perjalanan itu tanpa mengeluh sedikitpun. Bahkan, mereka malu untuk menceritakannya kerana keikhlasan dalam perjuangan ini. Keikhlasan membuat mereka gigih dalam pengorbanan dan menjadi tinta emas sejarah umat dakwah ini. Buat selamanya.

Pengorbanan yang telah mereka berikan dalam perjalanan dakwah ini menjadi suri teladan bagi kita sekalian. Kerana sumbangan yang telah mereka sumbangkan untuk dakwah ini tumbuh bersemi. Dan, kita pun dapat menuai hasilnya dengan gemilang. Kawasan Islam telah tersebar ke seluruh pelosok dunia. Umat Islam telah mengalami populasi dalam jumlah besar. Semua itu kurnia yang Allah swt. berikan melalui kesungguhan dan kesetiaan para pendahulu dakwah ini. Semoga Allah meredhai mereka.

Read the rest of this entry »

Leave a Comment

Doa rabithah..

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

Leave a Comment

Bimbang dengan persangkaan..

senang dalam persangkaan..
namun berat bagi perasaan..
hakikatnya mudah diperkataan..
namun berat dalam tanggungan..
menilai satu-satu keadaan..
adalah mudah dilakukan dengan perasaan..
namun natijahnya kadang melukakan..
kemudian hidup dengan kecederaan..
penat lelah cuba memulihkan..
seluruh tenaga berpaksi pada perasaan..
sedangkan kita telah diberi peringatan..
berpada-pada dalam sangkaan..
malah diminta beri berpuluh-puluh alasan..
hanya untuk satu sangkaan..
namun andainya untuk kebaikan..
tidaklah ini menjadi permasalahan..
kerana pasti tidak akan menjadi permusuhan..
tidak sama akan setiap insan..
tidak sama bagi tiap hati dan perasaan..
seperti dinding pada bangunan..
ada nipis dan lembut permukaan..
tetapi ada jua tebal dan keras yang ditegakkan..
namun semuanya mencukupkan satu binaan..
kerana tiap satu ada kelebihan..
dan kelebihan untuk adalah untuk digunakan..

aku khuatir dinding yang dirobekkan..
seperti ingin meruntuhkan binaan..
tidak cukup dengan ketukan-ketukan..
dihancurkan sehingga berkecaian..
malah dihambur setiap kekurangan..
aku khuatir apabila diperlukan..
ia tidak lagi sama seperti yang diimpikan..

pernah terdengar oleh pendengaran..
mungkin cuba terlihat dalam pembacaan..
kata-kata mengenai kebencian dan kecintaan..
katanya berpadalah dalam kebenciaan..
bimbang kalau esok hari itulah yang kau cintakan..
dan jangan pula terlalu mencintakan..
bimbang kalau esok hari itulah paling kau bencikan..

namun andai ia tertegak atas satu jalan..
jalan menuju kepada Tuhan..
aku pasti apa sahaja yang dikeluarkan..
pasti lancar dalam penerimaan..
selamat dalam penghadaman..
terpantul pada luaran..
tersinar dalam pengamalan..
hakikatnya salah di pengakhiran..
bermula dari salah di permulaan..

Leave a Comment

Penat memberitahu diriku..

mengatakan sesuatu..
tidak akan sama dengan merasai sesuatu..
namun tidak semua faham begitu..
manusia punya sifat-sifat tertentu..
pasti ada perbezaan antara tiap individu..
tetapi manusia diminta untuk bersatu..
maka ke arah itulah kita tuju..

ini ingatan buat diriku..
janganlah cepat menilai sesuatu..
tanpa cuba meneliti dahulu..
fahami hakikat perasaan itu..
selami keadaan jiwa seseorang itu..
kenali perwatakan individu..
barulah meletakkan nilaian tertentu..
walaupun sebegitu..
bukanlah untuk dibentangkan sejurus itu..
walaupun ia perlu diberitahu..
namun ada cara-cara tertentu..
berhikmahlah dalam penyampaian itu..
tidak sama bagi setiap individu..
bukankah kita dituntut begitu?..

maafkan ku andai dangkal dalam bicaraku..
aku hanya insan faqir di hadapan Rabbku..
malah rendah pada pandanganmu..
tiadalah aku sesempurna dirimu..
namun tujuanku hanya satu..
dan aku tahu..
kita semua tahu..
malah seluruh bahtera menuju ke situ..

mungkin ramai yang tidak setuju..
penat sudah aku bicara dengan diriku..
moga-moga hati ini diam membisu..
biarlah tohmahan seperti hujan batu..
hakikatnya memang aku tidak layak di situ..
maafkan kekurangan diriku..

Comments (3)