Archive for August, 2008
August 28, 2008 at 9:47 pm
· Filed under Artikel/Cerpen, Peringatan..
- diambil daripada laman web Bahan Tarbiyyah Info dalam artikel bertajuk Tentang “Kita” -
Semalam sempat dibuat surprise untuk sahabat kami yang bakal pulang for good. Surprise yang bukan lagi surprise sebab ada yang tidak sengaja telah terbocorkan pakatan rahsia kami…
Sayu malam itu hanya disimpan di dalam dada…Jika ‘muda-muda’ dulu mudah sungguh air mata mengalir bila sahabat-sahabat mahu pulang ke Malaysia. Sedih…Sedih atas ‘perpisahan’. Memanglah sedih jika ikatan ukhuwwah diukur atas ikatan tanah. Bila terasing, terasa berpisah…Bila tiada di hadapan mata, terasa gundah…
Tapi bila dah ‘tua’ begini, barulah faham erti ikatan ukhuwwah fillah; yang mengikatnya adalah Allah…yang mengikatnya adalah risalah. Tak akan terpisah selagimana sahabat kita bersama-sama dengan Allah, bersama-sama dengan risalah…
Malah hati redha melepaskan seorang pejuang pergi. Hijrah sahabat kami itu akan membawa rahmat buat bumi tercinta Malaysia; pulangnya seorang da’ie rabbani yang diharap boleh merawat ummat yang tenat…Sekarang ada pula penyakit baru, mahu jemput Avril Lavigne buat konsert. Entah mana pergi semangat mahu sambut Ramadhan…(atau sekurang-kurangnya) mana pergi semangat patriotisme?
Topik kali ini bukan pasal ummat, tapi pasal ‘kita’. Bukan bermaksud hendak menjadi selfish, tapi jika doktor pun masih tidak betul, macam mana mahu merawat pesakit?
Read the rest of this entry »
Permalink
August 26, 2008 at 7:31 am
· Filed under Nasyid/Syair, Peringatan..
Permalink
August 26, 2008 at 7:15 am
· Filed under Artikel/Cerpen, Peringatan..
- diambil daripada blog Wanita ISMA PJ dalam artikel bertajuk Tokoh Pejuang Muslimah dan berkaitan dengan entri sebelum ini -
Zainab al-Ghazali
Tanggal 3hb August 2005, ummat Islam kehilangan salah seorang pejuang wanita Islam yang paling hebat di zaman ini; Zainab al-Ghazali.
Dilahirkan pada 1917, Zainab Al Ghazali Al Jubaili merupakan pengasas Jama’at Muslimat. Penubuhan Jama’at Muslimat pada tahun 1937 ini bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam disamping memberi bantuan kepada ahli keluarga yang kehilangan tempat pergantungan setelah ketua keluarga mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu. Zainab Al Ghazali dilahirkan di Al-Bihira, Mesir; berketurunan daripada Umar al Khattab, khalifah kedua Islam. Zaman mudanya dihabiskan dengan mencari ilmu dan pelbagai aktiviti yang membolehkan beliau menjadi barisan utama didalam perjuangan Islam di Mesir kemudiannya. Bapa beliau berpendidikan Al-Azhar dan merupakan anak murid antaranya Sheikh Ali Mahfouz, Sheikh Muhammad Al-Awdab dan Muhammad El-Najjar.
Read the rest of this entry »
Permalink
August 22, 2008 at 5:32 pm
· Filed under Nasyid/Syair, Peringatan.. ·Tagged al-quds, hamas, islam, israel, negara haram, palestin, palestina, Palestine, penjajahan, perjuangan, syahid, syuhada', Yahudi, zionis
Permalink
August 22, 2008 at 5:09 pm
· Filed under Artikel/Cerpen, Peringatan.. ·Tagged al-quds, hamas, islam, israel, layu, negara haram, palestin, palestina, Palestine, penjajahan, penyakit al-wahnu, perjuangan, sensitiviti umat islam, syahid, syuhada', ummat islam lemah, Yahudi, zionis
- diambil daripada laman web JAIS dalam khutbah bertajuk Perkukuhkan Ikatan Persaudaraan Islam dan juga versi tulisan jawi -
Saudara-saudara sidang jumaat yang dirahmati Allah,
Sekali lagi menerusi mimbar jumaat ini, saya mengingatkan diri saya dan saudara-saudara kaum muslimin sekalian, marilah kita terus berusaha dan berikhtiar bagi meningkatkan iman dan takwa kepada Allah, menerusi peningkatan ilmu dan ketaatan kepada Allah dan meninggalkan segala laranganNya.
Umat islam diingatkan oleh Allah tentang kejahatan dan kedegilan kaum yahudi setiap kali solat ketika membaca surah al-fatihah, ayat enam dan tujuh:
“Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka (yang terdiri daripada nabi-nabi, para siddiqqin, syuhada’ dan solihin, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai (yang terdiri daripada kaum yahudi), dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat (yakni kaum nasrani).”
(Surah al-Fatihah [1]:6-7)
Sidang jumaat yang dmuliakan,
Tarikh 21 Ogos adalah merupakan hari memperingati musibah atau peristiwa hitam yang menghiris hati dan perasaan umat islam seluruhnya, iaitu peristiwa pembakaran masjid al-Aqsa, yang menjadi qiblat pertama bagi umat Islam, bumi suci sesudah tanah haram Mekah dan Madinah, tempat nabi Muhammad s.a.w mengakhiri perjalanan di muka bumi dalam peristiwa isra’, sebelum Baginda s.a.w melakukan mikraj hingga sampai ke Sidratul Muntaha dan Mustawa, yang antara lain bertujuan bagi menerima perintah mendirikan solat lima waktu bagi diri Nabi s.a.w dan umatnya.
Tarikh 21 ogos, adalah hari peringatan ke-39 tahun sejarah pembakaran masjid al-Aqsa hingga ke saat ini, ancaman pembakaran tersebut masih terasa, terutama ancaman daripada kalangan yahudi yang radikal, selaras dengan peningkatan projek meyahudikan wilayah kudus dan projek merobohkan masjid al-Aqsa oleh rejim Israel. Pada tarikh ini dalam tahun 1969, tangan-tangan derhaka dan penuh dengki telah membakar masjid yang penuh berkat ini, sejak ia didirikan hingga berterusan sepanjang zaman.
Kini masjid ini dalam bahaya ancaman golongan yahudi radikal, ganas dan melampau, yang ingin menguasai tempat-tempat suci umat islam di wilayah Palestin yang terjajah. Peristiwa pembakaran ini adalah rentetan penodaan mereka terhadap masjidil Aqsa yang terus dilakukan hingga ke saat ini. Golongan zionis ini sering kali melanggar undang-undang dan ketetapan antara bangsa dengan sokongan dan dokongan daripada rejim israel. Mereka merobek semua hak bangsa Palestin, terutama terhadap peringatan-peringatan sejarah Islam.
Pembakaran pertama kali itu telah berlaku di bahagian timur masjidil Aqsa, yang terdapat di dalamnya masjid ‘Umar al-Khattab, mihrab Salahuddin dan mimbar Sultan Nuruddin Az-Zangi. Pada tahun 1969 juga, rejim Israel telah melenyapkan perkampungan Islam Mugharabah yang terletak di sisi masjidil Aqsa. Mereka juga menghancurkan semua bangunan yang bercirikan islam di sekitar masjidil Aqsa, dengan tujuan untuk menghilangkan semua identiti umat islam di wilayah tersebut. Termasuk dalam perbuatan buruk dan jahat mereka adalah menghancurkan jalan menuju ke makam muslimin yang terletak di al Haramul Quds.
Read the rest of this entry »
Permalink
August 20, 2008 at 7:31 pm
· Filed under Nasyid/Syair, Peringatan.. ·Tagged al-quds, are we taking any action?, australian, do we care?, hamas, islam, israel, masalah ummah, negara haram, palestin, palestina, Palestine, penjajahan, perjuangan, syahid, syuhada', Yahudi, zionis
Permalink
August 20, 2008 at 6:31 pm
· Filed under Artikel/Cerpen, Peringatan.. ·Tagged 1969, 21 august, 21 ogos, 21/08, 21/08/1969, al-quds, Dennis Michael Rohan, hamas, islam, israel, jews, kitab zakaria, masjidil aqsa, negara haram, OIC, palestin, palestina, Palestine, pembakaran masjidil aqsa, penjajahan, perjuangan, rohan, syahid, syuhada', Yahudi, zionis
- dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia dalam artikel bertajuk Memperingati Masjid al-Aqsa dibakar -
Oleh MOHD. SAFWAN SAPARUDIN
TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam atau lebih dikenali dengan OIC lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?
Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).
Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah s.w.t telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.
Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria.
Apa yang menyedihkan kemudiannya ialah Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan ‘gila’, dengan kata lain, tidak waras.
Maka, atas sebab itu, Rohan tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Bertitik-tolak insiden menghinakan itu, negara-negara Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.
Read the rest of this entry »
Permalink
August 13, 2008 at 8:30 am
· Filed under Nasyid/Syair, Peringatan..
Permalink
August 13, 2008 at 5:39 am
· Filed under Journal.. ·Tagged ihya' ramadhan, ramadan, ramadhan, seminar
Permalink
August 12, 2008 at 9:21 am
· Filed under Artikel/Cerpen, Peringatan.. ·Tagged al-quds, hamas, islam, israel, negara haram, palestin, palestina, Palestine, penjajahan, perjuangan, syahid, syuhada’, Yahudi, zionis
Permalink
August 12, 2008 at 9:09 am
· Filed under Artikel/Cerpen, Peringatan.. ·Tagged 1969, 21 august, 21 ogos, 21/08, 21/08/1969, al-quds, Dennis Michael Rohan, hamas, islam, israel, jews, kitab zakaria, masjidil aqsa, negara haram, OIC, palestin, palestina, Palestine, pembakaran masjidil aqsa, penjajahan, perjuangan, Remembrance of al-Quds, rohan, ROQ, syahid, syuhada’, Yahudi, zionis
- diambil daripada blog Remembrance of Al-Quds dalam artikel bertajuk Butakah Hati? -
oleh Dini Syarif

Isu Palestin ialah isu ummah! Kesakitan yang dideritai tak layak dirasai oleh rakyat Palestin yang malang saja, sebaliknya umat Islam seluruhnya wajar berkongsi rasa. Sekalah air mata yang tumpah, mengelus lembut paras yang muram. Ukirkan senyum nipis di balik bibir yang berdarah, meyakini segala apa bencana ini hanyalah suatu gerhana. Gerhana yang pasti lupus kelak.
Berdo’alah. Doa tak putus-putus dikalungkan buat saudaraku di bumi kudus Palestin. Kasihku ditabur, agar terus mewangi. Aku merindui pulangnya Al-Quds ke pangkuan Tuhan. Entah bila pertentangan menggila di tanah suci itu bakal berakhir, membawa kemenangan hakiki yang cukup nikmat!
Sesungguhnya aku merindui semua itu.
Kecuali bagi yang berhati yang buta. Hanya yang hatinya buta, lalu dibutakan mata dan dipekakkan telinga. Hinggalah kufur nikmat datang menjengah langsung membalut jiwa. Alangkah hitam pekatnya daging yang bergelar hati itu.
“Maka tidak pernahkan mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka akan mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” (Ayat 46, surah Al-Hajj)
Apakah pengertian syukur yang sebenarnya? Cukup hanya tersenyum menadah nikmat Tuhan? Apa guna diciptakan ummah dari umat yang bermacam rupa; mungkinkah untuk saling berpaling tadah lantaran tiada rasa peduli akan bala yang menimpa?
Kita bersatu atas paksi apa? Bukankah kerana aqidah yang satu? Apakah kemewahan yang melimpah-ruah bikin kita nyanyuk? Terlupa bahawa sakitnya peha kanan, maka peha yang kiri turut rasa pedih. Berdegar-degar dilaungkan kita seagama; hakikatnya hidup ini jagaan masing-masing. Kebahagiaan ini tak mungkin dikecapi bersama.
Lantakkan keindahan sementara ini. Manis, namun pahit di penghujung nanti. Tak terpikul dalam menapak menghala destinasi akhir. Bukan damai ini yang dicari, tapi sakinah abadi. Janji-janji Tuhan yang ditagih.
Campakkanlah nur di dalam hatiku, melenyap gelapnya kejahilan.
Palestin, aku tetap mengasihimu!
- diambil daripada blog Remembrance of Al-Quds dalam artikel bertajuk Butakah Hati? -
Permalink
August 7, 2008 at 1:32 am
· Filed under Nasyid/Syair, Peringatan..
Mari mara menuju cita-cita menegakkan iman
Menjalinkan ukhuwah membangunkan ummah
Jihad jalannya dakwah penyedarnya
Berkorban penegaknya taqwa bekalannya
Modal utama di dalam jihad
Mari susun barisan bergerak rentak yang sama
Bahu membahu menuju matlamatnya
Melangkahkan kaki menghayunkan tangan
Dengan semangat waja membelah rintangan
Di hadapan
Ayuh mari segera jangan pandang kiri kanan
Jangan berlengah lagi buang angan-angan
Qur’an panduan sunnah ikutan
Kitakan tetap mendapat pimpinan
Bila jiwa lemah ingatlah Allah
Bayangkan nerakanya jiwakan subur semula
Menjadi tenaga perjuangan kita
Tetap akan mara inilah penyubur jiwa
Di dalam perjuangan
Janji Allah pasti akan tiba
Asalkan syaratnya dapat dipenuhi
Yakinlah jangan ragu-ragu lagi
Sabar menunggu kemenangan
Di hadapan mata
Ingatlah Allah
menjadi pelindung kita
Di dalam sebarang
mara dan bahaya
Allah membantu mengalah musuh kita
bertambah jiwa subur setiap masa
Permalink
August 6, 2008 at 5:26 pm
· Filed under Artikel/Cerpen, Peringatan..
- diambil daripada blog Ustaz Abbdullah Zaik dalam artikel bertajuk Untung Sabut Timbul, Untung Batu Tenggelam -
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam begitulah satu falsafah hidup semenjak kecil saya dengar dari ibu saya walaupun tidak saya fahaminya pada waktu itu. Setiap kali ia berdepan dengan keputusan takdir yang sukar dirungkai hakikat atau hikmat disebalik satu-satu kejadian beliau akan menyebut untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Kini saya sudah berusia lebih empat puluh tahun dan berdepan dengan berbagai gelombang hidup yang sukar dijangka kesudahannya saya mula faham maksud falsafah yang diulang-ulang oleh ibu saya itu.
Semakin kuat fahaman saya tehadap kebijaksanaan Tuhan dan keyakinan dengan hikmat keputusan takdirnya, semakin tersingkap kepada saya betapa falsafah yang unggul itu telah menjadi rahsia kekentalan dan ketabahan ibu saya yang tidak memiliki apa-apa mengharungi hidupnya yang penuh berliku.
Sehingga kini saya belum boleh lupa kecekalan ibu saya dalam mengharungi hidupnya. Saya sangat simpati kepadanya dan masih terhutang budi kepadanya. Budi yang tidak mungkin dapat saya balas selamanya.
Pelajaran yang paling besar saya belajar darinya ialah kecekalan itu. Ikhtiarnya tidak pernah berhenti sehingga dia hampir menghembuskan nafasnya yang terakhir. Disaat-saat dia nazak dan hampir menghembuskan nafasnya yang terakhir dia sempat bertanya “buah nenas dikebun sudah diambil atau belum?”
Saya masih ingat lagi diwaktu dia terlantar tidak boleh bergerak kerana kemalangan saya berkata kepadanya, bersabarlah, cukuplah dengan keperitan hidup yang dilaluinya sebelum ini, “mungkin Allah mahu mak berehat”. Dua minggu selepas itu ibu saya meninggal dunia.
Kini saya cukup dewasa, melalui berbagai rintangan hidup. Kini fahamlah saya maksud dari falsafah hidup ibu saya itu, bahawa kita tidak boleh melihat sesuatu dalam satu dimensi. Kita tidak boleh berserah sehinggalah Allah menyingkap rahsia takdir. Sentiasa berbaik sangka terhadap keputusan Tuhan.
Kita perlu memahami kejadian alam ini dengan keyakinan penuh terhadap kebijaksanaan Tuhan disebalik takdir. Jangan bersedih dan bersusah hati kalau kelihatan pada lahir sesuatu kejadian itu tidak baik atau kita tidak suka, kerana itu tidak semestinya menggambarkan bahawa kita sudah tidak beruntung.
Lihatlah keuntungan berdasarkan hakikat sesuatu perkara. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, yakni sama ada timbul atau tenggelam kedua-duanya untung belaka. Maka tabahlah dalam berdepan dengan ujian hidup sehingga tersingkap hikmat disebaliknya.
Untung rugi tidak seperti yang kamu sangka. Boleh jadi kamu tidak suka sesuatu tetapi ia lebih baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka sesuatu tetapi ia tidak baik untuk kamu.
- diambil daripada blog Ustaz Abbdullah Zaik dalam artikel bertajuk Untung Sabut Timbul, Untung Batu Tenggelam -
Permalink
August 5, 2008 at 11:14 pm
· Filed under Nasyid/Syair, Peringatan..
Permalink
August 5, 2008 at 8:54 pm
· Filed under Monolog/Dialog, Peringatan..
- diambil daripada blog seorang adik yang berhijrah dan hijrahnya mengembirakan abangnya dan seisi keluarganya dalam karya bertajuk Wahai Akh Mujahid… -
Akh Mujahid,
Ke mana hilangnya keberanianmu dulu??
Ke mana ghaibnya ketokohanmu itu??
Ke mana perginya kehebatan bicara mu??
Ke mana larinya jatidiri unggul dai’e milik dirimu ??
Mungkin kah kan pulang..
Atau akan terus terkubur tinggal kenangan…
Akh Mujahid,
Ikhlas kah kau dalam ibadatmu??
Atau sekadar mendamba secebis pujian??
Ikhlas kah dikau menegur sahabatmu ??
Atau kerna cemburu dek perkara itu??
Ikhlas kah diri dan niat menjaga ikhtilat??
Atau kau menjadi demikian kerna fobia dgn kekecewaan dulu??
Ikhlas kah… Ikhlas kah…??
Tanya dirimu akh…
Akh Mujahid…
Lupakah dikau??
Ceritera keberanian Umar Al-Khattab…
Yang mana ditakuti segenap alam ketika itu..
Perihal keikhlasan Hassan Al-Banna…
Mujaddid yg terkesan pada teras ummah…
Kisah Khalifah Muhammad Al-Fatih…
Yang dikatakan Rasulullah sbg pemimpin terbaik..
Perjuangan Salahuddin Al-Ayyubi…
Perampas BaitulMaqdis dari tentera Salib…
Akh Mujahid…
Allahu Ghayatuna..
Ar – Rasulu Qudwatuna..
Al – Qur’anu Dusturuna..
Al – Jihadu Sabiluna..
Al – Mautu Fisabilillah Asma ‘amanina…
Jangan sesekali kau lupa motto hidup ini akh…
Akh Mujahid..
Wahai akh mujahid…
Ketika derap tasbih makin laju…
Semailah benih keikhlasan dalam diri…
Ketika kau katakan kau cari madhotillah bukan zaujah..
Ku turut mendoakan yg kau ikhlas dlm pencarian..
Ketika kau panahkan hujah2 menghiris dia yg tak bersalah…
Kau lupa akan mauizatul hasanah…
Tika ku pinta bersihkan diri dari prasangka..
Malahan diriku yg menjadi mangsa tujahan prasangka tersebut…
Akh Mujahid,
Maafkan ana akh…
Ana ingin akh kembali…
Ana terlalu ingin akh kembali…
Ketika die sudah pun mencari jalan pulang…
Akh masih terkapai2 dalam kebenaran yg dicipta sendiri…
Maaf andai terlalu berterus terang…
Maaf andai terlalu berkias liar…
Maaf andai terlalu malap penerangan…
Nukilan Aiman Al-Mujahid…
Buat seorang sahabat.. Akh yg cintakan syahid…
Pulanglah akh… Ku doakan dirimu akh…
Ameen…
- diambil daripada blog seorang adik yang berhijrah dan hijrahnya mengembirakan abangnya dan seisi keluarganya dalam karya bertajuk Wahai Akh Mujahid… -
Permalink
Older Posts »