Archive for July, 2008

Islami ya Quds..

Leave a Comment

Medium yang sama, pertarungan yang berbeza..

- diambil daripada laman web Bahan Tarbiyyah Info dari artikel bertajuk Meninjau Dunia Pelajar dari yang Perspektif Berbeza -

Meninjau Dunia Pelajar dari Perspektif yang Berbeza

Meninjau Dunia Pelajar dari Perspektif yang Berbeza

“Sesungguhnya manusia itu diciptakan dalam keadaan yang bersusah payah.”

(Surah al-Balad [90]:4)

Nukilan ini berniat untuk membawa pembaca keluar dari kehidupan belajar yang tenang untuk menyelami sebuah kehidupan yang berlainan. Kehidupan yang dimana, bunyi tembak-menembak adalah perkara biasa dan syahid itu adalah kemuliaan dan sebahagian dari kehidupan.

Nablus adalah satu bandar yang terletak di tebing Barat Palestin. Melihat kepada aktiviti penduduk Palestin di situ yang normal, seperti urusan jual-beli dan wajah-wajah penduduknya yang ceria, tidak disangka bahawa 6 daripada 10 penduduknya  adalah miskin. Walau bagaimanapun, menyedari hakikat kepentingan ilmu, lebih daripada 90% anak-anak muda berjaya ke universiti.

Sememangnya suasana pembelajaran di situ amat berlainan dari apa yang kita jalani sehari-hari. Di hari pertama persekolahan di Nablus, dapat dilihat bahawa wajah ibu-ibu dan bapa-bapa yang sangat berharap bahawa anak-anak mereka dapat dimasukkan ke sekolah yang bagus. Apa yang menarik yang hendak dipaparkan adalah sekolah-sekolah itu tidaklah dilengkapi dengan penghawa dingin, atau pun mempunyai suasana yang selesa dan kondusif untuk belajar. Hakikat sebenarnya dapat dilihat seperti di salah satu sekolah di Nablus, King Talal dimana bilangan kelas yang dimilikinya hanyalah 13, tetapi terpaksa memuatkan sekurang-kurangnya 50 pelajar di dalam satu kelas. Keadaan ini amatlah menyesakkan dan menjadi cabaran kepada pelajar untuk menumpukan perhatian dan juga kepada guru-guru untuk menfokuskan perhatian dan menjaga keperluan setiap pelajar.

Cabaran yang perlu dihadapi oleh para pelajar di Nablus, bukan hanya setakat ini. Mengikut statistik, hampir semua pelajar yang berumur 14 tahun ke atas pernah dipenjara oleh askar-askar Israel. Di dalam penjara, mereka bukan sahaja tidak mengetahui bila mereka akan dibebaskan malah tidak juga mendapat peluang untuk memegang buku. Tiada siapa yang dapat menjangka bahawa mereka akan ditangkap di musim peperiksaan dan tiada siapa juga yang dapat menjangka bahawa mungkin diri mereka atau rakan-rakan sekelas mereka sendiri akan syahid pada bila-bila masa. Hanya Allah yang mengetahui. Malahan, di musim imtihan, ada juga yang terpaksa mengambil perjalanan 15 jam pergi dan pulang untuk melawat adik, abang atau bapa yang berada di penjara. Berat untuk diterima tetapi itulah kenyataan kehidupan pelajar-pelajar di Nablus. Di sekolah King Talal sahaja, kira-kira 8 syahid dan 30 pernah dipenjarakan semenjak 6 tahun yang lepas. Masya Allah..Sememangnya,  semangat para pelajar di Nablus untuk menuntut ilmu, amatlah perlu dicontohi!

Read the rest of this entry »

Comments (2)

Sendiri memujuk sang hati..

telah gagah aku mencari diri..
setelah aku ada kekuatan berdiri..
belum pun lagi berlari..
baru bertatih kembali..
badai datang menghempas lagi..
penat sudah aku hadapi..
luka dulu baru saja ku rawati..
datang lagi mehnah untuk ku tempuhi..

tapi kini aku lebih pasti..
aku tidak mahu berdiam diri..
mengikut rentak yang tak pasti..
bermain dengan emosi sendiri..
aku pasti ini semua tetap kan terjadi..
biarpun ia tidak dirai..
atau pun ia suatu yang diimpi-impi..
yang haq pasti terjadi..
telah tertulis sejak azali lagi..
lalu apa lagi yang aku kesali..

bila dihempas badai buat sekian sekali..
dan kalau pun jatuh di saat ini..
tidak bermakna esok sudah tiada lagi..
mungkin saja datang yang lebih besar lagi..
mana saja hendak aku lari?..
adakah tempat untuk bersembunyi?..
aku harus teruskan hidup ini..
terlalu banyak yang menanti..
malah banyak perkara besar lagi..
kelak aku sendiri akan mengerti..
di saat semuanya berakhir nanti..
aku pasti akan mengimbas kembali..
remeh dan kecilnya hal ini..

begitu jugalah kehidupan dunia ini..
di saat mahsyar nanti..
mungkin di saat menanti..
mungkin di waktu melihat amalan sendiri..
atau bila-bila masa saja nanti..
kita akan melihat kembali..
oh.. ini saja sebenarnya hidup ini..
singkat, pendek malah mudah sekali..
ikut apa yang telah diajari..
tinggal apa yang dilarangi..
semudah itu penglihatan kita nanti..
tapi hari ini..
semuanya serabut sekali..
kelak kita tertawa sendiri..
melihat aksi, gelagat dan telatah sendiri..

biarlah pedih mana pun badai kali ini..
aku cuba pujuk diri ini..
semoga tenang melalui..
kerna satu hakikat yang pasti..
semua ini akan tetap dilalui..
biarlah ia dipermudahi..
janganlah diserabutkan ia lagi..
sebab kelak kita tertawa sendiri..
bagaimana mudahnya semua ini..

semoga dipermudahkan segala urusan..
amin..

Leave a Comment

Aku ingin belajar..

ajarkan ku menahan deras tangisan..
agar air mata ku tidak lagi berlinangan..
apakah caranya untuk aku mencapai ketenangan..
ingatkan aku hidup dalam perjuangan..
tunjukkan aku erti kesabaran..
khabarkan ku kecekalan dan ketabahan..
agar pipi ku tidak lagi basah berlinangan..
berikan ku cara menahan kesedihan..
biar hilang semua kedukaan..
agar lenyap setiap kehibaan..
moga terang cahaya di hadapan..

Comments (2)

Pinta parajurit luka..

cukuplah dengan luka yang ada..
kita tutuplah kisah lama..
biarlah masa merawat luka..
biarlah hilang duka diganti suka..
biarlah lenyap hiba yang terasa..
aku sekarang sudah tidak berdaya..
andai kalian tetap ingin bersama..
nantikanlah di suatu masa..
andai aku masih bisa bangun bersama..
pasti akan ku lakukannya..
cuma terasa sangat berat di dada..
berikan ku masa..
setelah aku hilang semuanya..
biar ku bangun pulih dari semuanya..
bukan aku kekeringan rasa..
bukan aku tidak punya kata-kata..
tetapi semuanya hebat terasa..
sehingga tersentak menderita..
satu-satu ujian melanda..
aku tahu semuanya bukan percuma..
tetapi aku juga manusia..
biarlah kerehatan merawat luka..
kerna aku tiada siapa ingin merawatnya..
moga aku masih sempat bangun bersama..

Leave a Comment

Kiriman air mata..

tiada yang lebih mulia dari dia..
insan yang sentiasa ku doa..
tidak pernah ku melupakannya..
langsung tidak ada terlintas dalam jiwa..
sedetik pun untuk menyakitinya..
satu lintasan pun tidak terbit dalam kotak minda..
untuk meninggalkannya..
atau menidakkannya..
semua katanya tetap ku turutinya..
tidak pernah berbantah walau seketika..
tatkala malam penuh hiba..
aku mendapatkannya dalam sibuk bekerja..
maafkan ku andai mengganggu suasana..
gembira mendengar suaranya..
walau jaraknya dua benua..
namun sedih terus menangkap dada..
ku rasakan dia sedang sibuk bekerja..
ada baiknya aku meninggalkannya sementara..
namun semuanya telah disalah tafsirkannya..
terus terdokong kuat tiang kekuatannya..
maafkan ku andai membuatkan dirimu terasa..
dirimu lebih tahu hakikat jiwa..
kau membesarkanku dengan penuh selesa..
dan tidak pernah sesaat pun dalam hidup dunia..
aku terasa tidak selesa..
biarlah penat susah payah menimpa..
biarlah lapar dan dahaga dirasa..
namun aku tetap bersama..
kerna ku kenal siapa diriku sebenarnya..
namun pesanan ringkas telah menangkap kalbu duka..
jiwa yang melarat duka..
terus ditancap hiba..
parut lama kembali terluka..
darah merah membasahi seluruhnya..
aku tidak lagi terdaya..
maafkan ku atas segalanya..
mungkin saat untuk berhenti semakin tiba..
maafkan ku kerna tidak setabah dirimu yang mulia..
ketahuilah oleh dirimu yang senantiasa ku doa..
aku tiada pernah mendapatkanmu..
selain ingin bergembira bersamamu..
bila semuanya menolak diriku..
kepada siapa lagi ingin ku tuju..

salam sayang berbalut sutra..
ku kirimkan bersama air mata..
lantara dosaku yang tidak pernah ku pinta..
tapi hakikatnya semuanya telah berkata..
memang aku berdosa..

Leave a Comment

Sepi dunia satu jiwa..

bukan tidak pernah masalah datang menimpa..
telah berkali-kali ia datang melanda..
ditambah lagi derita mereka yang lainnya..
selama ini aku pendengarnya..
mungkin sebelum ini aku tempat luahannya..
bila bermasalah aku jadi tempat cerita..
tapi kini bila aku menderita..
pada siapa pula hendak ku cerita?..
entah siapa hendak mendengarnya..
bila ku mula bercerita..
semua lari mencari kerja..
lagaknya semua tiada masa..
biarlah aku sendiri menghadapinya..
siapalah aku untuk meluahkan rasa..
aku sedar kalian manusia..
punya masalah dan derita dalam jiwa..
biarlah aku tawarkan diri yang tidak seberapa..
untuk kalian senang dan ringan menanggung derita..
tinggalkanlah aku sendirian sahaja..
biarlah aku menyimpan semua kisah luka..
tidak mengapa andai kalian tidak mengendahkannya..
aku masih punya Tuhan Yang Esa..
biarlah sendirian di dunia..
tetapi hakikatnya aku tetap bersamaNya..
Dia mendengar tiap curahan rasa..
Dia mengetahui tiap perasaan duka..
Dia mengubat tiap rasa hiba..
Dia merawat semua luka di jiwa..
Dia membelai tiap susah menimpa..
Dia bersama dalam tiap ketika..

kelak bila ku terasa tepu dengan semuanya..
mungkin bila aku gugur dari jalannya..
terbaring di hujung nyawa..
menembuskan nafas akhir dalam sepi jiwa..
bertemankan semut yang rajin bekerja..
mayatku serangga yang menguruskannya..
dagingku disambar hering di sahara..
siapa lagi hendak melihat aku di dunia..
biarlah binatang itu yang bersamanya..
kerna aku tidak pernah mengharapkan apa-apa..
maka kalian tidak perlulah fikirkannya..
aku akan tetap berbakti untuk semua..
selagi ada kudrat dalam jiwa..
bukan untuk kalian, tetapi untuk Yang Esa..
biarlah Allah yang membalasnya..
kalian sepi pun tidak mengapa..

Comments (5)

Selamat tinggal dunia perjuangan..

selamat tinggal dunia perjuangan..
kerana aku di ambang kematian..
hidup sendirian..
tanpa ada siapa ingin berteman..
keluarga sendiri pun ditinggalkan..
entah siapa hendak disandarkan..
tetapi aku ada Tuhan..
sungguh, hanya padaMu ku pasrahkan..
biarlah aku semadi dalam ketenangan..
walaupun jenazahku tiada yang menguruskan..
entah siapalah yang hendak ku harapkan..
hanya desir bayu yang meniup di kuburan..
tinggal aku sendirian..
menjadi mayat di pembaringan..
bertemu Tuhan penuh pengharapan..
tetapi membawa dosa tinggi ke awan..
mungkin seksaNya sahaja layak diberikan..
selamat tinggal dunia perjuangan..

Comments (2)

Di ambang keguguran..

andai mahu ku terus berkarya..
aku pasti mampu melakukannya..
kerna semuanya penuh di dada..
malah telah tertulis di kotak minda..
yang tinggal hanya menumpahkannya..
bila ia tertumpah ke kanvas maya..
sedikit sebanyak dapat dilihatnya..
namun aku pasti ia tetap berbeza..
kerna luka ku di dada..
telah bernanah semuanya..
menunggu masa merebak seluruhnya..
ayat pada kanvas maya..
selari dengan runtuhan bangunan kaca..
tetapi ia lambat dari yang sebenarnya..
kaca telah berderai semuanya..
rakaman kanvas maya masih belum tiba..
seperti bangunan tetap seindah permata..
walhal kelak ia kan menjadi serpihan kaca..

puas sudah ku kutip cebisan kaca..
mencantumkan semuanya..
berazam kembali mengangkasa..
mungkin salah formulanya..
kini kepak ku lemah semua..
terbang pun hanya pada permukaannya..
rendah sehingga riak air tercipta..
menunggu patah sayapnya..
jatuh tersungkur ditelan pemangsa..
bersemadi di dasar laut sana..

mungkin ini harapan semua..
siapalah aku di dunia..
hanya insan hina..
cuba bekerja..
sedangkan kudrat pun tiada..
apa sahaja yang ku ada?..
mulia langsung tiada..
kaya jauh dari nyata..
ilmu sekadar seadanya..
dunia semuanya kabur di pandangan mata..

mungkin yang aku punya..
hanyalah kasih sayang keluarga..
ibu mulia..
ayah gigih berusaha..
adik-adik yang banyak kerenahnya..
ada yang buat ku suka..
ada yang buat ku duka..
sehingga terawat luka merindui mereka..

moga kalian tetap ada..
kerna luka ku seperti tiada penawarnya..
mungkin aku kurang imannya..
mungkin aku terlalu banyak memaksiatiNya..
ya Allah..
ampuni dosaku..
tabahkan diriku..

Leave a Comment

Harapan rijal muda..

puas sudah aku membela..
lagaknya seperti aku seorang panglima..
walhal aku hanyalah rijal muda..
senjata jauh tinggi dari kepala..

ku bela nasib di sana..
pahanan tepat mengena ke dada..
ku datang mendapatkan yang meminta..
hayunan pedang terus membelah jiwa..

akhirnya kesempitan jiwa keputusannya..
hanya aku yang terasa..
duduk di tengah hujan panahan kata..
sambil mengelak hayunan nada..

sabar mengisi dada..
biar tohmahan bertubi-tubi melanda..
seperti badai laut memecahkan bangunan kaca..
retak hati ini hanya Kau melihatnya..

syukur ku punya ibu mulia..
tiada pernah putus asa dalam hidupnya..
manis kemenangan kelak kan tiba..
dan saat itu kita kan bergembira..

melihat semua perit derita..
betapa ruginya putus asa dan kecewa..
betapa aku ingin sekali berada di sana..
doakanlah aku hidup ke saatnya..

Leave a Comment

Kejatuhan rijal muda..

wahai insan yang mulia..
tiada pernah daku meninggalkanmu walau sesaat jua..
kau tetap bersama di kala suka atau duka..

tiada yang lebih hina..
daripada diriku yang lagaknya tua..
walhal muda tidak kenal usia..

tiada pernah aku berkata apa..
sekadar mengerah keringat berusaha..
melepaskan diri dari kesempitan suasana..

andai mampu ku belah hati dan jiwa..
pasti telah lama ku tunjukkan pada semua..
agar ada yang mampu memahami keadaannya..

hujaman tombak terus ke dada..
hayunan pedang terus membelah jiwa..
dan aku terus meletakkan dada untuk membela..

wahai insan yang sentiasa ku doa..
aku kan tetap bersama..
walaupun pedih dan perit di jiwa..

kerna aku tiada yang lain di dunia..
melain dirimu dan seisi keluarga..
siapalah aku tanpa kalian semua..

andai kata diri ini gugur dari jalannya..
semadikanlah ia sebaiknya..
kerna luka ku kini kian parah dibuatnya..

aku hanya rijal muda..
yang baru bertatih merangkul senjata..
memang salah ku terlalu awal bercita-cita..

andai bisa ku putarkan masa..
pasti telah lama ku lakukannya..
ini semua pintu syaitan belaka..

realiti hari ini aku terluka..
dan tiada semalam untuk aku berduka..
apakah esok lebih terseksa?..

ku pasrah akan keadaanya..
ku fahami setiap itu ada alasannya..
ku redha apa sahaja keputusannya..

biarpun pahit tetap ku telan jua..
andai kata ini mendamaikan jiwa..
maka tenangkanlah hatimu wahai rijal muda..

wahai ibuku yang tiada pernah meninggalkanku..
anakmu tersepit di medan perang baru..
bantulah aku berjalan laju..

wahai ibuku yang selalu di sisiku..
ampuni daku andai kata aku terlebih laju..
kerna nafsu selalu mendahuluiku..

kerna aku tidak punya ilmu..
hanya semangat muda mengalir laju..
maafkan ku..

Leave a Comment

Cukuplah Kau bagiku..

- dipetik daripada blog seorang ibu mulia yang tidak pernah kerdil pada mata anaknya dalam entri Cukuplah Kau bagiku II -

Cukuplah Kau bagiku
tatkala mereka melemparkan tuduhan
bahawa diri ini membina kekuatan
atas kesengsaraan mereka itu
apakah mungkin insan hina ini tidak punya perasaan?

Cukuplah Kau bagiku
tatkala mereka melemparkan tuduhan
bahawa diri ini merasa benar dan diredhai
malah diri ini cukup tahu
betapa hina dan jauhnya aku dari redhoMu
maka ku merayu barang sekilas jua
pandanganMu

Cukuplah Kau bagiku
tatkala mereka melemparkan tuduhan
bahawa aku yang menzalimi jiwa mereka…
walhal menagih kasihMu saja belum juga aku layak

Cukuplah Kau bagiku
tatkala mereka melemparkan tuduhan
bahawa kami ini golongan yang membina kegembiraan,
di atas alir tangis insan hina yang lain
apakah mungkin orang hina mampu menghina yang mulia?

Cukuplah Kau bagiku
tatkala mereka melemparkan tuduhan
bahawa kami ini golongan yang lagaknya shadid
di atas kekeliruan org lain
ampunilah diri ini jika sungguh kami berlagak shadid

Cukuplah Kau bagiku
tatkala dia melemparkan tuduhan
bahawa kami ini mengaku kononnya
golongan yang ditarbiyah
malah kerana tinggi dan mulianya mereka lah
maka kami yang tidak berilmu ini tidak layak bagi mereka
bukankah dia yang pernah mengimami solat kami
kerana kami lebih memuliakannya
atas ketinggian ilmunya itu?

Cukuplah Kau bagiku
tatkala mereka melemparkan tuduhan
bahawa kami ini
sanggup bangun di atas kepincangan manusia lain?
jika sungguh yang demikian
Kau jua yang Maha Mengetahui isi hati kami
jika sungguh yang demikian
pandangan mereka terhadap kami
maka apa lagi perlunya berkata-kata
setelah kata-kata itu dilemparkan apa lagi yang ada?

harga diri lenyap ditelan kata-kata sang puteri kayangan
katanya diri ini kononnya berlagak shadid…
jika benar katanya, sungguh memang diriku insan yang hina.
tak sedar diri rupanya…ampunilah diri ini.

Aku hanya sekadar melaksanakan
tindakan di atas istikhorahku
yang dia juga menyarankannya
apakah zalim tatkala melaksanakan ketentuanMu?
apakah tidak zalim jika bertanya dan apabila diberi jawapan menjauhinya?
Kau juga yang mengetahui segala-galanya
Cukuplah Kau bagiku

Ampunilah daku tatkala dulukala
aku mengambil mudah petunjukMu
sepertinya tidak nampak
kerana terserlah apa yang diinginkan
tak sanggup mengecewakan

kini ku tahu
kemuliaan mereka tidak layak bagi kami
kami hanyalah insan hina
yang tiada tandingan dengan mereka
kami tetap memandang tinggi kemuliaan mereka
walau apa pun pandangan mereka terhadap kami
kami hanyalah hamba milikMu
yang mengharapkan ehsan dariMu.

- dipetik daripada blog seorang ibu mulia yang tidak pernah kerdil pada mata anaknya dalam entri Cukuplah Kau bagiku II -

Leave a Comment

Beban tersembunyi..

pernah seketika di langit tinggi..
melihat manusia kerdil sekali..
pandangan luas memberi erti..
lagaknya seperti empunya bumi..

tiba-tiba waktu diuji..
jatuh menjunam ke dasar bumi..
sepertinya sayap tiada lagi..
mungkin hanya sampai di sini..

andai kau lihat aku di tepi..
sekarang kau mengerti..
walaupun jernih riak wajah diri..
tapi luka penuh tersembunyi..

kelak sampai tahap aku berhenti..
jangan kau tanya lagi..
apa yang terjadi..
aku sendiri masih mencari..

apakah janji Ilahi tidak mencukupi?..
jauh sekali..
lalu apa lagi yang aku ingini?..
tiada lain selain rahmat Ilahi..

maksiatku memakan diri..
kini aku terima padah diuji..
tidak terlambat untuk aku kembali..
kerana pertolonganNya sentiasa menanti..

semoga diringani beban ini..

amin..

Leave a Comment

Pahanan kata.. hayunan nada..

semakin banyak terjahan..
semakin tajam tikaman..
semakin kabur pandangan..
semakin tenat keadaan..

apakah di dalam asap kelabu kita memburu?..

menulis perlu digaris..
agar ia tidak menghiris..
apabila jiwa terguris..
harapan pun makin tipis..

apakah di dalam kesamaran pagi kita meniliti?..

berkata biar ada dua hala..
melihat dahulu baru berbicara..
apakah tarbiyah selama ini sia-sia sahaja?..
alangkah hebatnya perasan mengubah jiwa..

apakah di dalam pekan pincang kita berbincang?..

meluah lihat ke sebelah..
meluah biar bertadah..
jangan sampai tertumpah..
kelak ada yang terasa rendah..

apakah di dalam suasana duka kita terjumpa?..

ingatkah kita pada lidah yang tajam..
sehingga paku di dinding terbenam..
meninggalkan isi hati bersulam..
sendirian dalam pekat malam..

apakah di dalam tembok tinggi janji dimeterai?..

saat indah berubah..
waktu gembira tidak diendah..
saat cemas mula memanah-manah..
sekarang luka ku telah bernanah..

apakah di dalam kota buntu kita bertemu?..

dinding telah ditebuk..
ibarat hati yang diketuk-ketuk..
luka bernanah tiada yang menjenguk..
malah ditambah supaya lebih teruk..

apakah di dalam rumah sempit kita tersepit?..

tiadalah tempat lain aku mengadu..
selain kepadaMu wahai Tuhanku..
Engkaulah yang tahu keadaanku..
dihimpit dan tersepit dengan belenggu..

apakah di dalam kepompong kecil kita terpencil?..

setiap rejaman tombak kata..
setiap hayunan pedang nada..
telah ku biarkan terus kena ke dada..
tetapi hari ini aku tiada lagi berdaya..

apakah di dalam lubang dalam kita tenggelam?..

cacilah aku sedayanya..
hinalah aku sehendaknya..
kerna aku sememangnya insan hina..
tiada daya berbuat apa-apa..

apakah di dalam ruang duka kita bersemuka?..

hanya kau yang berusaha..
aku sibuk dengan diriku sahaja..
buatlah apa sahaja..
kerna itulah aku pada pandanganmu yang mulia..

apakah di dalam hujan lebat kita tersekat?..

di mana luhur budi pekerti?..
di mana manis seorang insani?..
di mana mulia seorang daie?..
di mana janji mukmin sejati?..

Leave a Comment

Kembali sebagai yang baru?..

sekembali daku pada asalan didikan..
mengutip kepingan hati yang berciciran..
sisa-sisa robekan di tepian jalan..
mencantumkan semula cebisan atas satu jalan..
membersihkan sisa kotoran..
membuang saki baki palitan..
menyegarkan semula jiwa yang lena di buaian..
menyemarakkan semula jiwa yang ketiduran..
aku yang berduka atas kehilangan..
insyaAllah berazam kembali pada ketinggian..
mengangkasa di awanan..
terbang lebih tinggi menggapai awan..
moga azam bukan sekadar omongan..

semoga tidak hilang..

amin..

Comments (4)

Older Posts »