Archive for June, 2008
June 30, 2008 at 7:36 pm
· Filed under Nasyid/Syair, Peringatan..
jalan berliku
penuh simpang di belakang ku
ku tinggalkan penuh sesal
ku termanggu sekian waktu
di laman kepastian
ku menyapu kaki berlumpur
tangan penuh darah
wajah penuh debu dan sendu
Tuhanku dengan hidayahMu
aku datang pasrah aku datang
hulurkan ku tangga keredhaan
biar ku redah pintu ketaqwaan
yang terbuka sepanjang zaman
menggamit semua insan
simpang-simpang jalan
segalanya fatamorgana menyesatkan
buat jalan makin panjang
penuh liku banyak simpang
tapi demi cinta Tuhan
ku hayun langkah tersusun
di perjalanan hakiki
dalam kembara diri
mencari dan bertemuNya
abadi dan abadi
Permalink
June 30, 2008 at 4:59 pm
· Filed under Monolog/Dialog, Peringatan..
sepertinya aku bersendirian..
sedangkan mereka sedang menjadi teman..
berdiri kukuh di tepi jalanan..
bertasbih memuji Tuhan..
tunduk tawadhu’ dalam keta’atan..
sedangkan aku angkuh dengan kemaksiatan..
selalu bersama mereka rasa berteman..
tetapi kini rasa disisihkan..
mungkin hina pada mereka untuk seiringan..
kerana aku tidak layak digelar hamba Tuhan..
sedangkan mereka semua tunduk dan patuh pada arahan..
bukankah hamba itu seperti budak suruhan..
apa sahaja arahan itulah yang dilaksanakan..
lantas, layakkah aku dikatakan sedemikian..
sedangkan amanah Tuhan aku persiakan..
tuntutanNya pun aku tinggalkan..
laranganNya pula aku abaikan..
lagaknya seperti aku ada kuasa menentukan..
sedangkan aku hanya budak suruhan..
mengikut apa yang diperintahkan..
meninggalkan apa yang dikatakan larangan..
seketika ini juga terlintas di fikiran..
kelak bila aku di muka pengadilan..
sepertinya budak suruhan meminta gaji dari majikan..
apakah aku layak mendapat ganjaran?..
mungkin yang ada hanya hukuman..
malah tidak ada belas kasihan..
kerana aku telah diberi makan..
aku diberi perlindungan..
aku diberi hak kemanusian..
lalu mengenepikan Tuan..
masih dikatakan budak suruhan?..
jauh sekali dari gelaran..
malah layak sekali dengan hukuman..
andai diminta belas ihsan..
pasti hanya azab seksa sebagai penambahan..
tiada sedikit pun pengurangan..
kerana itu selayaknya sebagai balasan..
setelah dimuliakan..
malah diberi segala yang diperlukan..
kemudian diminta mengikut arahan..
aku menderhakakan Tuan..
sememangnya layak hukuman di hari pembalasan..
Ya Allah..
di kala ini aku diberi kesedaran..
maka tetapkanlah aku dengan kebenaran..
peliharalah aku dalam kebaikan..
janganlah kau biarkan aku lari dari landasan..
bantulah aku dalam setiap saat kehidupan..
janganlah Kau tinggalkan dalam setiap keputusan..
moga Kau tetapkan aku atas jalan kebenaran..
amin ya Rabbal ‘alamin..
Permalink
June 30, 2008 at 1:41 pm
· Filed under Nasyid/Syair, Peringatan..
Permalink
June 30, 2008 at 1:40 pm
· Filed under Artikel/Cerpen, Peringatan..
Permalink
June 29, 2008 at 11:33 pm
· Filed under Nasyid/Syair, Peringatan.. ·Tagged al-qassam, doa, dua, gaza, gaza strip, ghazzah, hamas, israel, Mishary Rashid Al-Afasy, mujahidin, muslimin, negara haram, neocon, palestin, palestina, Palestine, syahid, syuhada’, zionis, Zionist
Permalink
June 29, 2008 at 10:55 pm
· Filed under Artikel/Cerpen, Peringatan.. ·Tagged al-quds, anak-anak palestin, bidadari besi palestin, children of palestine, islam, israel, masjidil aqsa, negara haram, palestin, palestina, Palestine, pelarian Palestin, penjajahan, perjuangan, syahid, syuhada', war against humanity, Yahudi, zionis, Zionist
Permalink
June 29, 2008 at 10:34 pm
· Filed under Nasyid/Syair, Peringatan.. ·Tagged al-aqsha, al-quds, doa, intifadhah, islami ya quds, nasyid, negara haram, palestin, palestina, pelarian Palestin, penjajahan, perjuangan, sejahteralah engkau wahai al-quds, semangat, syahid, syuhada’, Yahudi, zionis
Palestina…
Dukamu adalah duka kami semua
Tangismu adalah tangis kami semua
Lukamu adalah luka kami semua
Tangismu adalah tangis kami semua
Ketika engkau terjamah tangan-tangan serigala
Ketika timah panas menghempaskan jiwa
Kau coba menghalau duka dengan asa tersisa
Hanya air mata iringi doa
Palestina terluka
Al Aqsha pun tlah ternista
Tumpah darah bakar amarah
Hancurkan makar durjana
Janji Allah tlah pasti
Terlaknat kaumYahudi
Kota suci para Nabi
Medan jihad abadi
Batu-batu intifadhah kan jadi saksi
Hapuslah air matamu duhai Al Aqsha
Kami takkan pernah rela engkau ternoda
Kami pasti kan membela kau kan bebas merdeka
Gema takbir intifadha terus mengangkasa
Permalink
June 29, 2008 at 10:25 pm
· Filed under Artikel/Cerpen, Peringatan.. ·Tagged al-quds, anak-anak palestin, bidadari besi palestin, children of palestine, islam, israel, masjidil aqsa, negara haram, palestin, palestina, Palestine, pelarian Palestin, penjajahan, perjuangan, syahid, syuhada’, war against humanity, Yahudi, zionis, Zionist
Permalink
June 29, 2008 at 5:18 pm
· Filed under Nasyid/Syair, Peringatan..
Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Kerna diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya
Wajahku kan memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku
Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna
Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki
Permalink
June 29, 2008 at 4:46 pm
· Filed under Monolog/Dialog, Peringatan..
pembacaan hari ini..
sedikit menggusarkan hati..
sehingga aku tertanya sendiri..
mengapa bertekak sesama sendiri..
walhal keduanya niat baik di hati..
apakah satu kejadian..
meruntuhkan semua kebaikan..
apakah satu kesedihan..
meranapkan semua kebahagian..
aku seperti melihat satu wabak..
sepertinya virus-virus sedang bertindak..
merosakkan tautan ukhuwah atas yang haq..
merungkai kasih yang dulu kukuh tidak bergerak..
tidakkah kalian atas satu tujuan?..
apakah makna kesatuan..
andai antara kalian ada perbalahan?..
bukankah banyak lagi persamaan?..
bersederhanalah dalam berkawan..
tidak semua orang seperti dirimu, kawan..
mungkin kau ada kelebihan..
tetapi kau juga ada kekurangan..
hari ini kau di atas awanan..
kelak nanti mungkin kau di bawah dasar lautan..
tinggi rendah itu bukanlah ukuran..
andai apa yang kau cari hanyalah keredhaan Tuhan..
dalam berkawan jangan ada harapan..
tetapi berilah hak sebagai seorang kawan..
supaya dirimu sentiasa dalam kebahagian..
sambil mendapat redha dari Tuhan..
jangan kau hairan dengan penulisanku..
aku hanya teringat penulisan dahulu..
tidaklah aku mengangkat diriku..
aku hanya sebagai al-akh kepadamu..
mengingatkan diriku dan dirimu..
bukanlah aku selayaknya menegur dirimu..
tetapi tidaklah aku mahu membiarkanmu..
diserang penyakit tanpa pengetahuanmu..
lapangkan dada..
terimalah semuanya..
perbaiki apa yang ada..
buanglah mana yang tidak berguna..
sekadar mencuba..
menjadi darah putih dalam tautan kita..
memerangi virus yang halus tapi berbisa..
moga tautan ini kekal selamanya..
amin..
Permalink
June 27, 2008 at 9:22 am
· Filed under Nasyid/Syair, Peringatan..
Permalink
June 26, 2008 at 3:58 pm
· Filed under Monolog/Dialog, Peringatan..
sungguh, Allah Tuhan Yang Maha Mulia..
aku hanyalah hambanya yang hina..
seringkali lalai leka..
Dia meyimpan rahsia ‘aib hambaNya..
dan mengampuni dosa hambaNya..
sedangkan aku melupakan dan memaksiatiNya..
Dia mengampuni dan menyintai hambaNya..
yang selalu kembali kepadanya..
walaupun tinggi ke langit dosa yang dibawa..
Dia tetap turun ke langit dunia..
mendengar taubat hamba-hambaNya yang berdosa..
tetapi aku seringkali mengabaikan tawaran-tawaranNya..
Allahu ya Allah..
ampuni dosa keterlanjuranku..
janganlah Kau berpaling dariku..
apakah masih tersisa rahmatMu untukku?..
kepadaMu tetap arah yang ku tuju..
kerana tiada arah lain melainkan kepadaMu..
ya Rabbul ‘izzati..
apakah masih tersisa rahmatMu untuk diriku ini?..
moga diterima taubat dari hambaMu ini..
amin ya Rabbi ya Ilahi..
Permalink
June 26, 2008 at 9:32 am
· Filed under Nasyid/Syair, Peringatan..
Permalink
June 26, 2008 at 9:19 am
· Filed under Monolog/Dialog, Peringatan..
dan kini..
aku kembali lagi..
walaupun sudah beribu kali..
harap diterima diri ini..
setelah aku ditipu lagi..
tin kosong disangka berisi..
semuanya kerja musuh hakiki..
walaupun aku tahu itu sejak kecil lagi..
Wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani..
hambaMu ini akui kelemahan diri..
seringkali tertipu dengan keindahan duniawi..
selalu sahaja salah langkah berlari..
bagaikan hidup tanpa erti..
lumpur kotor disangka suci..
bagaikan yang ada hanya dunia ini..
terlupa akan hadirnya dunia sana nanti..
terasa bagai tiada tempat untuk diri ini..
apakah ada yang lebih hina dari ini..
kalaulah ada, itulah diri ini..
malah sungguh layak untuk diri ini..
apakah masih digelar makhluk insani?..
andai kata telah dikirimkan panduan diri..
diajarkan oleh insan mulia bergelar nabi..
namun masih mengabaikan yang dipelajari..
apakah semua yang diketahui..
sekadar tulisan-tulisan tanpa erti?..
sekadar bait-bait indah puisi?..
sekadar cerita-cerita menghiburkan hati?..
aku tahu penghujung simpang itu dan ini..
kemudian masih ingin ke kiri..
manusia jenis apakah aku ini?..
binatang pun tahu menjaga diri..
apabila ada bahaya, mereka larikan diri..
tapi aku hari ini..
menari-nari dengan musuh-musuh sendiri..
duri bahaya seperti telah disamari..
semua bahaya kabur pada pandangan hati..
nafsu itu jadi raja dalam diri..
bersama syaitan yang licik mereka mengaburi..
memerintahkan diri untuk memaksiati Ilahi..
owh, sekarang kau kata mereka licik mengaburi..
bukankah kau telah tahu itu dulu lagi?..
kalau begitu, mengapa kau turuti?..
kelu lidah sendiri, hanya air mata membasahi pipi..
tiada jawapan untuk diri ini..
tiada pengharapan selain kepadaMu Ilahi Rabbi..
andai kau tutup pintu hati ini..
akulah manusia yang paling rugi..
dengan itu, aku kembali lagi..
setelah dikaburi..
walhal aku sendiri mengetahui..
terasa nifaq ada dalam diri..
ya Ilahi Rabbi, terimalah diri ini..
walaupun telah berjuta-juta kali..
kerana tiada tempat lain untuk aku berlari..
melainkan kepadaMu ya Ilahi Rabbi..
tiada aku mampu membayangkan diriku ini..
di akhirat nanti bersama golongan kiri..
menjerit, meraung dan melolong menyesali diri..
namun tidak didengari malah diseksa lagi..
ya Rabbul ‘izzati..
ampuni diriku ini..
sungguh, aku hamba yang hina..
dan Engkau Tuhan Yang Mulia..
Permalink
June 25, 2008 at 12:02 am
· Filed under Nasyid/Syair, Peringatan..
Dunia yang berputar
Bersama kelalaian
Mencari cinta Ilahi
Berbekal pengharapan
Kehidupan manusia
Adalah perjuangan
Mengharapkan pengorbanan
Bersama keikhlasan
Teruskan perjuangan suci
Demi kalimah Ilahi
Carilah kekuatan diri
Dari ketulusan hati
Cabaran yang mendatang
Usah gentar dan bimbang
Ukhuwah dan penyatuan
Jaminan kemenangan
Semalam yang berlalu
jadikan pengajaran
Himpunkan doa dan restu
Untuk keredhaan-Nya
Pandanglah ke hari depan
Dengan penuh keinsafan
Tunaikanlah kewajipan
Jalankan perintah Tuhan
Kebahagiaan sejati
Kejayaan hakiki
Itulah matlamat kami
Hidup di dunia ini
Permalink
Older Posts »