Archive for May, 2008
May 30, 2008 at 8:09 am
· Filed under Artikel/Cerpen, Peringatan..
- diambil daripada blog Ustaz Shuhaib ar-Rummy dalam entri bertajuk Apa yang kita mahukan? -
Saya mahukan rumah yang besar! Sebahagian yang lain pula mahukan kerjaya yang mampu memberi kedudukan di mata masyarakat. Ada juga yang mahukan wang yang berlipat-lipat kali ganda supaya dapat menjamin masa depan anak cucu. Tidak kurang juga yang mengejar pangkat dan jawatan tinggi seolah-olah kuasa adalah segalanya. Bagi muda-mudi pula hanya lebih sibuk melayan asyik ayat-ayat cinta zaman moden ini. Sibuk berSMS dan keluar makan bersama-sama. Boleh jadi dunia ini dilanda gempa bumi pun mereka tidak sedar kerana telah terbang di kayangan imaginasi. Tanyalah diri anda apa yang sebenarnya anda mahukan daripada dunia ini?
Rasa mahukan lebih adalah fitrah manusia yang tidak pernah cukup dengan apa yang ada di genggaman tangan. Kita lebih risaukan sesuatu yang tidak ada pada kita. Kanak-kanak terlalu mahukan menjadi orang dewasa. Boleh ada perbelanjaan sendiri dan tidak dikongkong. Boleh bawa kereta sendiri tanpa perlu bergantung dengan orang lain. Sebaliknya, kalau ditanya pula soalan kepada orang dewasa pastinya mereka mahu kembali melalui zaman budak-budak kecil dahulu. Mereka mahu menikmati kehidupan tanpa tanggungjawab besar. Tidak perlu fikir tentang tekanan mencari sesuap nasi bagi mengalas perut. Boleh seronok berlari riang dengan bebas dan tidur semahunya tanpa apa-apa jadual kerja yang sibuk. Hidup dengan ketawa dan suka-suka. Begitulah manusia. Nalurinya memang diciptakan seperti ini.
Tapi, kita amat tahu dan kenal bahawa dunia ini tidak seperti yang kita sangkakan dalam impian idealistik ini. Dunia ini adalah tempat untuk bekerja keras dan mengeluarkan peluh. Di sini juga kita ada satu amanah. Amanah yang telah ditolak oleh gunung-ganang dan tujuh lapisan langit. Amanah untuk memakmurkan bumi Allah dan menjalankan tugasan sebagai khalifah (wakil) Allah di atas muka bumi ini. Kalau dah macam ini, maka memang tidak sempat untuk kita duduk dan berehat panjang. Ada masa ke nak jalan-jalan tanpa tujuan ? ada masa nak main game? Ada masa nak duduk berjam-jam di hadapan computer tanpa sebarang manfaat kepada umat Islam? Kalau ada lagi yang menyatakan masih memiliki masa terluang untuk melakukan perkara-perkara ini, hati-hati kerana malaikat maut juga datang tanpa sebarang temujanji dan isyarat awal. Ingat!! Sesiapa yang bakhil daripada mengeluarkan peluh untuk berkhidmat kepada Islam, nescaya Allah akan lemaskan mereka dalam peluhnya sendiri pada Hari Kiamat nanti. Semoga Allah melindungi kita semua.
Read the rest of this entry »
Permalink
May 28, 2008 at 6:06 pm
· Filed under Peringatan..
Kami sadari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kezhaliman yang akan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini, darah ini sepenuh ridho Illahi
Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari busur
Tuju sasaran, siapapun pemanahnya
Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya
Asalkan ikhlas di hati tuk hanya ridho Illahi Robbi
Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap di lontarkan dan menghujam
Menembus dada, lantakkan keangkuhan
Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Dan mengoyak, menumbang kezhaliman
Asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Illahi Robbi
Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan
Kami pisau belati yang slalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah padam
Tuk arungi da’wah ini jalan panjang
Asalkan ikhlas di hati menuju jannah Illahi Robbi
Permalink
May 28, 2008 at 6:05 pm
· Filed under Nasyid/Syair, Peringatan..
Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!
relakah kita panji Islam diinjak?!
relakah kita Umat Islam ditindas?!
kezaliman kini merajalela..
siapkah kita menghancurkannya?!
siapkah kita membela Islam?!
Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!
menatap gejolak yang meluap..
dan menghanguskan serta meluluhkan-lantakkan dunia Islam..
ada yang harus dilakukan..
menyimak kezaliman dan penindasan..
yang menimpa dan mencengkram dunia Islam..
ada yang harus dikerjakan..
bukan semata merenung..
kemudian meneteskan air mata..
bukan semata menjerit atau bertakbir..
namun tiada yang dilakukan..
adalah menyiapkan diri..
menjadi anak panah-anak panah yang siap dilepaskan..
atau peluru-peluru yang siap ditembakkan..
atau tombak-tombak yang siap dilontarkan..
atau pedang-pedang yang siap diayunkan..
menyedari keangkuhan dan kesombongan..
yang mengangkangi dan menindas dunia Islam..
ada yang harus disiapkan;
keihklasan diri..
kebulatan tekad..
kekuatan jasad..
dan keteguhan materi..
menyikapi kehancuran yang melanda dunia Islam..
di tengah kelesuan, kelemahan dan tidur panjang umat Islam..
langkah yang dilakukan harus penuh kesungguhan..
bukan semata bicara panjang lebar tanpa kerja yang nyata..
atau semata mengungkapkan kebobrokan namun penuh ragu dan kecenderungan..
adalah memantapkan diri..
bahwa selembar jadwal bukan sekedar rencana kosong..
bahwa setiap goresan pena adalah kesungguhan dengan keprihatinan..
bahwa kesabaran adalah cambuk untuk menegakkan keadilan..
merenungi langkah yang harus dilakukan..
untuk masa depan dunia Islam..
ada yang harus ditegaskan;
kemantapan diri..
kekuatan azzam..
kemurnian asas..
dan kejelasan tujuan..
Permalink
May 21, 2008 at 10:06 pm
· Filed under Nasyid/Syair, Peringatan.. ·Tagged al-quds, anak-anak palestin, bidadari besi palestin, children of palestine, islam, israel, masjidil aqsa, negara haram, palestin, palestina, Palestine, pelarian Palestin, penjajahan, perjuangan, syahid, syuhada’, war against humanity, Yahudi, zionis, Zionist
Permalink
May 21, 2008 at 8:36 pm
· Filed under Artikel/Cerpen, Peringatan..
- diambil daripada blog Wardatul Syauki dalam entri bertajuk Falastheen -
Bismillah walhamdulillah wallahuakbar
Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa ‘ala alihi wa sohbihi wa bareek ‘alaih
Moga semua dalam keadaan tenang, di bawah rahmat iman dan islam.
Kalau ada yangg bertanya, mengapa falastheen, mengapa tidak dieja ‘Palestin’ atau ‘Palestine’? Kerana dalam lughatil ‘arabiyyah (bahasa Arab) sebutan bagi palestin disebut dengan bunyi FALASTHEEN.
Jarang benar saya melaksanakan tanggungjawab menulis tentang isu ini. Mungkin kerana lambakan bahan dan info tentang isu ini, saya ambil mudah dan lebih senang meng’arah’kan pembaca dengan link-link dan artikel di laman-laman web, tapi tidak menulis sendiri. Kali ini, mahu benar rasanya saya menulis sendiri, moga ada khair utk pembaca dalam penulisan yang tidak seberapa ini.
_______________________________________
Saya ingin mengajak anda sekalian untuk duduk sejenak, meletakkan diri anda di dalam semua situasi di bawah ini. Lebih baik jika dapat digambarkan dengan sebenar-benarnya. Tutuplah mata, gambarkan di kepala atau buatlah apa sahaja asalkan ruh anda terbawa ke dalam situasi-situasi ini:
Read the rest of this entry »
Permalink
May 21, 2008 at 6:14 pm
· Filed under Nasyid/Syair, Peringatan..
Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi
Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhoif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi
Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini
Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahgia menuju syurga abadi
Permalink
May 21, 2008 at 5:47 pm
· Filed under Artikel/Cerpen, Peringatan..
-diambil daripada blog ISMA Johor dalam entri bertajuk Syarat-syarat bermaksiat.. -
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.”
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
Read the rest of this entry »
Permalink
May 18, 2008 at 7:09 am
· Filed under Peringatan.., Tazkirah ·Tagged bantahan, demo, demonstration, doa, George Galloway, illuminati, march, neocon, palestin, palestina, Palestine, parade, penjajahan, perarakan, perjuangan, usaha kita?, Yahudi, zionis, Zionist
Permalink
May 16, 2008 at 8:50 am
· Filed under Peringatan.. ·Tagged al-quds, gaza, hak pulang, islam, israel, kanak-kanak, kem pelarian, kem tahanan, negara haram, palestin, palestina, Palestine, pelarian Palestin, penjajahan, penjara, penjara terbesar, perjuangan, syahid, syuhada', war against humanity, Yahudi, zionis, Zionist
Permalink
May 16, 2008 at 8:40 am
· Filed under Peringatan.., Tazkirah ·Tagged 15 mei 1948, 1948, 60 tahun, al-quds, catastrophe, doa, gaza, gaza strip, ghazzah, hamas, holocaust, illuminati, islam, israel, malapetaka, masjidil aqsa, nakbah, negara haram, neocon, palestin, palestina, Palestine, pelarian Palestin, penindasan, penjajahan, perjuangan, sejarah, syahid, syuhada’, Yahudi, zionis, Zionist
Permalink
May 15, 2008 at 7:24 pm
· Filed under Peringatan.., Tazkirah ·Tagged al-quds, doa, israel, negara haram, palestin, palestina, Palestine, pelarian Palestin, penderitaan, penindasan, penjajahan, penyeksaan, perjuangan, syahid, syuhada’, Yahudi, zionis, Zionist
Permalink
May 15, 2008 at 6:09 pm
· Filed under Nasyid/Syair, Peringatan.. ·Tagged al-quds, cita pemuda, doa, islami ya quds, nasyid, negara haram, palestin, pelarian Palestin, penjajahan, perjuangan, sejahteralah engkau wahai al-quds, semangat, syahid, syuhada’, Yahudi, zionis
Tapakkanlah kaki di jalan Ilahi
Jangan ragu lagi janji surganya pasti
Kobarkanlah api peperangan suci
Yakin kemenangan janjikan bidadari
Bangkitlah segera wahai pemuda
Jangan terlalaikan oleh buai dunia
Di sana ada negeri Islam terluka
Sadarkan jiwamu untuk membela
Siapkan diri, rangkul senjata
Panjatkan do’a untuk citakan surga
Pekikkan takbir sampai nafas terakhir
Kejayaan di tangan kita
Satu! hati! bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap! maju! dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka
Permalink
May 15, 2008 at 6:00 pm
· Filed under Artikel/Cerpen, Peringatan.. ·Tagged 15 mei 1948, 1948, 60 tahun, al-quds, catastrophe, doa, gaza, gaza strip, ghazzah, hamas, holocaust, illuminati, islam, israel, malapetaka, masjidil aqsa, nakbah, negara haram, neocon, palestin, palestina, Palestine, pelarian Palestin, penindasan, penjajahan, perjuangan, sejarah, syahid, syuhada’, Yahudi, zionis, Zionist
- dipetik daripada laman web ISMA dalam entri bertajuk Enam Dekad Nakbah Palestin -
( Sempena 60 tahun Nakbah (malapetaka) pembentukan Negara Haram Israel sejak 15hb Mei 1948 )
Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.
NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.
Pencetus penubuhan negara Yahudi
Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Yahudi) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.

Read the rest of this entry »
Permalink
May 15, 2008 at 5:51 pm
· Filed under Artikel/Cerpen, Peringatan.. ·Tagged 15 mei 1948, 1948, 60 tahun, al-quds, catastrophe, doa, gaza, gaza strip, ghazzah, hamas, holocaust, illuminati, islam, israel, malapetaka, masjidil aqsa, nakbah, negara haram, neocon, palestin, palestina, Palestine, pelarian Palestin, penindasan, penjajahan, perjuangan, sejarah, syahid, syuhada’, Yahudi, zionis, Zionist
- diambil daripada blog Ustaz Fauzi dalam entri bertajuk Nakbah 60 Tahun -

Hari ini, 15 Mei 2008 adalah hari ulang tahun ke 60 penubuhan secara rasmi negara haram Israel. Penghijrahan Yahudi telah pun berlaku beberapa tahun sebelumnya. Bahkan persediaan ke arah penubuhan ini telah pun berlaku lebih awal pada iaitu 1917 (perjanjian Balfour). Jika Barat dan seluruh dunia merayakan hari ulang tahun ini samada secara terang-terangan (seperti Australia) atau secara sembunyi, umat Islam sebaliknya harus menzahirkan sikap berbeza.
Negara Israel adalah lambang kesatuan permusuhan dunia terhadap umat Islam. Mengikut catatan Dr. Toriq Suwaidan, pengisytiharan penubuhan negara Israel ini sebenarnya dilakukan bukan pada 15 Mei 1948 (tarikh yang dijadualkan pada asalnya), tetapi sehari sebelumnya iaitu pada 14 Mei 1948. Sejurus selepas wakil British meninggalkan Palestin, pengumuman penubuhan negara haram Israel itu dilakukan oleh Ben Guorion pada pukul 4 petang hari yang sama di Tel Aviv. Catatan yang menarik juga adalah; tidak sampai 11 minit selepas pengisytiharan tersebut, Harry S Truman, Presiden Amerika ketika itu mengisytiharkan pengiktirafan Amerika terhadap penubuhan negara haram tersebut.
Semua kita mesti meningkatkan keazaman untuk memberikan sumbangan ke arah pembebasan Palestin. Saya nukilkan di sini wasiat Dr. Sayyid Nuh berkenaan isu Palestin sebelum beliau kembali ke rahmatullah.
Read the rest of this entry »
Permalink
May 15, 2008 at 5:21 pm
· Filed under Artikel/Cerpen, Peringatan.. ·Tagged 15 mei 1948, 1948, 60 tahun, al-quds, catastrophe, doa, gaza, gaza strip, ghazzah, hamas, holocaust, illuminati, islam, israel, malapetaka, masjidil aqsa, nakbah, negara haram, neocon, palestin, palestina, Palestine, pelarian Palestin, penindasan, penjajahan, perjuangan, sejarah, syahid, syuhada’, Yahudi, zionis, Zionist
- diambil daripada blog Ustaz Halim dalam entri bertajuk 60 Tahun Penjajahan Israel ( 15/5/1948-2008 ) AN-NAKBAH !! -

Pelarian Palestin 1948. Hari ini kanak-kanak tersebut berumur 70an di kem pelarian luar Palestin atau telah meninggal dunia tanpa sempat pulang ke kampung halaman mereka yang asal. Bagi kebanyakan mereka tiada harapan melainkan kepada Allah dan Gerakan HAMAS (Ikhwan Muslimin cawangan Palestin) untuk mereka pulang. Adapun kebanyakan pemimpin dan umat Islam lain di dunia, mereka samada sedang dibuai mimpi atau takut hilang kerusi.
Pada hari Khamis 15/5/2008 ini, genap 60 tahun umat Islam belum dapat membebaskan bumi berkat Palestin dari penjajahan Yahudi. Ini sekaligus tanda yang jelas betapa umat Islam hari ini berada di dalam keadaan yang paling lemah dalam sejarah 1400 tahunnya yang panjang.

Penjajah British yang mula menawan Palestin pada tahun 1917, setelah membuat penghijrahan Yahudi secara terancang masuk membanjiri Palestin, akhirnya menyerahkan bumi Islam ini kepada pendatang Yahudi pada tahun 1947 dan tertubuhlah negara haram “Israel”. PBB mengiktiraf “Israel” pada tahun 1948. Peristiwa pedih bersejarah ini dikenali sebagai “AN-NAKBAH” bermakna malapetaka, berlaku pada 15/5/1948. Selepas itu bagi memastikan bilangan pendatang Yahudi mengatasi bilangan pribumi Palestin, pembunuhan dan pengusiran beramai-ramai dilakukan seperti tragedi Dier Yassin, Shabra Shatila dan banyak lagi. Hasilnya hari ini, 6 juta pelarian Palestin merempat di negara-negara jiran seperti Jordan, Lubnan, Syria dan di merata dunia termasuk negara-negara Barat.


Sudah jatuh ditimpa tangga, setelah menguatkan kedudukannya 20 tahun di Palestin sejak 1948, lalu pada tahun 1967 Israel menyerang dan menawan Bukit Golan milik Syria, Tebing Barat milik Jordan dan Gaza milik Mesir dan masih mencengkamnya sehingga ke hari ini. Berbagai sidang damai diadakan dari dulu hingga kini, namun isu Pelarian Palestin untuk kembali ke tanahair mereka, isu Golan, Tebing Barat dan Gaza sedikitpun tidak dihiraukan oleh Israel di satu pihak dan dilindungi oleh puluhan kuasa Veto oleh Amerika di Majlis Keamanan PBB, badan yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang dan resolusi antarabangsa. Dengan ini PBB sengaja dilumpuhkan oleh Veto Amerika bila berdepan dengan isu Israel menjajah Palestin.
Read the rest of this entry »
Permalink
Older Posts »