Archive for April, 2008

Hidayah..

Gema tasbih berbunyi sayup kedengaran
zikir dan tahmid menghiasi alam
alunannya yang merdu memuji Ilahi
damai di hati…

Dan sayup terdengar suara azan
memecah sunyi di subuh hari
mengalun merdu suara rindu
menusuk kalbu terasa sayu

Dengarlah adikku dengarlah temanku
dengarlah kakakku dengarlah abangku
dengarlah adikku dengarlah temanku
dengarlah saudara dengarlah semua

Hidayah Allah adakah terasa
kalau masih belum carilah segera
di mana-mana ia pasti ada
cuma diri kita mungkin menolaknya

Terdengar suara merdu
gema bak buluh perindu
memecah sunyi nan syahdu
menusuk terasa sayu

Comments (2)

Sentakan jiwa..

aku pelik dengan diriku..
aku ini lupa atau apa?..
bukti semua di depan mata..
jelas nyata dan terang..
tidak perlu kepada penerangan lainnya..
sungguh Allah itu Tuhan Yang Maha Esa..

kadang aku tidak perasaan..
bila Allah menolongku..
bila Allah menyelamatkanku..
bila Allah menarik diriku..
bila Allah memberi sesuatu padaku..
banyak sekali yang aku terlepas pandang..
sedangkan sudah terlalu banyak yang diberikanNya..

cuma aku yang terlalu leka dan lalai..
selalu terlupa..
alpha dengan kehidupan dunia..
kadang langsung tidak teringat hakikat dunia..
malah ada kalanya terasa hidup ini selama-lamanya..
pemikiran jenis apakah ini?..
Allah yang dengan mudah menghidupkan diri ini..
tanpa ada contoh sebelum ini..
pasti lebih mudah bagiNya menghidupkan diri ini..
setelah diri ini kaku terbaring di dalam bumi..

mungkin kali ini aku dijentikkan peringatan lagi..
tapi siapa yang boleh berjanji..
esok hari..
aku akan dijentik lagi?..
apakah aku mampu menjamin diri ini?..
apabila esok hari..
tatkala aku lupa diri..
aku akan disentak sekali lagi..
menyedarkan hakikat siapa diri ini..
apakah tujuan aku di sini..
ke mana destinasiku selepas ini..

tiada siapa yang mampu menjaminnya..
maka aku meminta hanya padaNya..
Tuhan yang empunya hidayah..
Dia memberikan kepada siapa yang dikehendakiNya..
dan menarik daripada siapa yang dikehendakiNya..

Ya Allah..
Tuhan yang memegang hati ini..
janganlah Kau membiarkan aku sendirian di dunia ini..
kecuali Engkau sentiasa membimbing jiwa ini..
janganlah Kau meninggalkan diri ini..
walaupun sekelip mata..
atau sedetik masa..
atau yang lebih sekejap daripada itu..
tetapkanlah hati ini..
agar sentiasa di atas deenMu..
moga sentiasa di atas ketaatan kepadaMu..
supaya sentiasa di atas perjuangan menegakkan agamaMu..

amin..
amin..
amin ya Rabbal ‘alamin..

Leave a Comment

Sesal yang tidak ada penyesalan lagi..

“…sungguh selalu kita menyadari zaman yang kita tinggalkan.. di waktu remaja disadari zaman semasa kecil.. setelah jadi ayah, teringat semasa jadi anak.. setelah jadi nenek teringat semasa jadi anak dan cucu..

hendak dipanggil hendak diulang sudah tidak bisa lagi.. sebab umur adalah laksana perjalanan di lebuh besar.. dan zaman remaja, muda dan tua laksana tonggak-tonggak penunjuk yang berderet-deret di tepi jalan..

demikianlah adanya penyesalan dan penyedaran di waktu kita masih hidup.. terasa di hati tuan, dan terasa di hati kami, dan terasa di hati seluruh makhluk yang memikirkan hayatnya..

kalau demikian halnya di waktu badan masih hidup.. maka bagaimana pula agaknya setelah badan mati?.. bagaimana jika kita teringat setelah di alam kematian, kepada ketaksiran kita semasa masih hidup?.. sedangkan di watu tua sahaja sudah tidak mungkin kembali muda. di waktu muda tidak kembali kecil, padahal kita masih di dunia?..

alangkah besar sesalan.. alangkah pahit kesedaran di waktu itu.. di waktu jasmani hancur bersama kekotorannya.. dan rohani telah murni menurut tabiat asal kejadiannya. .. di sanalah.. sesal yang tak ada di atasnya penyesalan lagi…”

- Buya Hamka -

Comments (2)

Untukmu mujahidah sejati..

Comments (2)

Permata dakwah yang berkilau..

- diambil daripada Bahan Tarbiyyah Info versi ke-3 dalam entri bertajuk Zaynab al-Ghazali -

Permata Dakwah Yang Berkilau Di Era Jatuhnya Islam

terjemahan oleh: ameersyuhada

zainab_ghazali.jpgZaynab al-Ghazali bukanlah seperti wanita biasa. Seperti Aisha Abdul Rahman, beliau merupakan rakyat Mesir dan mempertahankan hak-hak wanita Islam berdasarkan apa yang diyakini beliau sebagai fahaman Islam yang betul. Beliau dilahirkan di Al-Bihira pada tahun 1917 di dalam keluarga yang terhormat, keturunan Umar al-Khattab dan al-Hasan bin Ali bin Abi Talib. Ayah beliau juga merupakan lulusan al-Azhar. Beliau lebih terkedepan sebagai pejuang dan aktivis Islam daripada seorang yang ulama’. Sewaktu mudanya, beliau aktif dalam pergerakan feminis, dan menyertai Kesatuan Wanita Mesir (Egyptian Feminist Union) yang diasaskan oleh Huda as-Syarawi pada tahun 1923. Beliau telah keluar daripada persatuan itu disebabkan tidak bersetuju dengan idea dan landasan perjuangan gerakan pembebasan wanita. Pada umur 18 tahun (1936), beliau mengasaskan Persatuan Wanita Islam untuk menguruskan hal-ehwal dan akitiviti-aktiviti wanita berlandaskan ajaran Islam dan tujuan ke arah Islam.

Read the rest of this entry »

Comments (5)

Light upon light..

Leave a Comment

Kerehatan hakiki..

kata sahabatku..
tiada cuti dalam hidup seorang da’i..
kata murabbi..
ini bukan kerehatan hakiki..
kalau begini..
kerehatan apa yang ku cari?..
apakah aku telah jemu dengan jalan ini?..
atau aku mahu lari?..

kedua-duanya itu bukan satu pilihan untuk diri..
tiadalah Rasulullah pernah berhenti dengan jalan ni..
hatta diletakkan rembulan di tangan kanan nabi..
dan matahari di tangan kiri..
baginda tidak pernah berhenti..
dicaci, diherdik dan dihina tiap-tiap hari..
sedikit pun tidak menggoyahkan hati..
sahabat diseksa sakit tidak terperi..
langsung tidak mengubah hati..
mereka tetap teguh dengan jalan ni..
dengan bermodalkan kisah-kisah ini..
di mana kerehatan yang ku cari?..

apakah aku daripada golongan yang tergesa-gesa?..
atau aku sudah terlupa nilai syurga?..
mungkinkah aku leka dengan keindahan dunia?..
atau aku sudah lesu kerna dosa-dosa?..

tiadalah aku meminta kerehatan lagi..
kerna aku sedar di mana kerehatan hakiki..
bukanlah ia berada di sini..
tetapi ia berada di sisi Ilahi nanti..

Ya Rabbul ‘Izzati..
Tuhan yang memegang hati ini..
tetapkanlah hati ini..
atas deenMu yang suci..
atas ketaaan kepadaMu, Ya Illahi Rabbi..
atas jihad dan perjuangan pada jalanMu ini..

amin..

Leave a Comment

Sinful slave..

Leave a Comment

Kerehatan..

mungkin aku perlukan waktu..
tapi bukankah telah lama aku diberikan waktu..
apa lagi yang aku mahu dengan waktu?..
aku sendiri tidak tahu..

tetapi..
jika kau tanyakan padaku..
ya.. aku mahukan waktu..
berikan ku kerehatan..

dan..
doakan kerehatan ini..
bukan melemahkanku..
tetapi mengangkat diriku..

amin..

Comments (4)

Kalimatan..

Leave a Comment

Wahai pemuda, di mana anda?..

- diambil daripada website Bahan Tarbiyyah Info dalam entri bertajuk Pemuda Masa Lalu -

Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Tidak bergeser kaki seorang hamba pada hari kiamat sampai ia dipertanyakan tentang 4 perkara; tentang usianya untuk apa dihabiskan, tentang masa mudanya untuk apa dipergunakan, tentang hartanya dari mana didapat dan untuk apa dinafkahkan, dan tentang ilmunya untuk apa diamalkan.”

[Riwayat al-Baihaqi dan selainnya dari Mu'adz bin Jabal radhiallahu Anhu]

Begitulah keadaan setiap anak Adam di hari akhirat kelak. Tidak akan ada seorang pun yang akan mempunyai kuasa bahkan ke atas dirinya sendiri. Setiap anak Adam hanya menunggu dan menanti keputusan Allah s.w.t. Pemilik Hari Pengakhiran.

 

Namun antara satu aspek penting yang dapat kita pelajari dari hadis di atas adalah penekanan yang Rasulullah s.a.w. berikan pada usia setiap anak Adam. Rasulullah s.a.w. mengulang kembali isi tentang usia dengan merincikan ia kepada masa muda bagi anak Adam, untuk apa ia dipergunakan. Tidak dapat tidak, amat perlu untuk kita menilai kembali kepentingan dan signifikasi masa muda setiap anak Adam selain dari sekadar usianya kesuluruhan.

Sepanjang sejarah manusia, sememangnya pemuda tidak dapat diasingkan dari kejadian yang menakjubkan dan yang memberi kesan kepada ketamadunan kita. Merungkai kembali peranan pemuda dalam sirah islam, kita menemukan banyak sekali catatan yang termaktub tentang mereka. Ciri-ciri mereka dalam sejarah diceritakan dalam Al-Quran yang tiada keraguan dalamnya.

Read the rest of this entry »

Comments (2)

Bingkai kehidupan..

Leave a Comment

Sikap terhadap dakwah Islam..

- dipetik daripada blog Kisah Dakwah dalam entri Sikap terhadap Dakwah Islam -

Dari koleksi catatan Abbas As-Sisiy tentang kenangan bersama Ikhwan dan di sepanjang jalan dakwah

Saya pergi ke Kuwait untuk mengunjungi ikhwah di sana. Tanggal 27 Mei 1983 bertepatan dengan Ujian Semester Akhir bagi pelajar SMU. Di satu sisi, saya sangat merindukan pertemuan dengan ikhwah pelajar, namun di sisi lain, saya tidak ingin mengganggu mereka di saat-saat penting perjalanan tahap pembelajaran mereka. Maka saya putuskan untuk bersabar hingga masa ujian selesai.

Hari Ahad, tanggal 7 Jun pukul 9.30 pagi hari merupakan akhir ujian yang panjang itu. Belum sampai pukul 10.30 pagi hari itu juga, ikhwah pelajar yang telah menyelesaikan ujiannya telah berdatangan kepada kami.

Lengkap sudah jumlah mereka sekitar 15 orang ditambah beberapa ikhwah lainnya sehingga rumah kami penuh oleh mereka. Benar-benar pertemuan yang menyenangkan, yang dipenuhi keriangan, kegembiraan, dan kebahagiaan yang tampak pada wajah-wajah yang hadir. Salah seorang datang dengan membawa hadiah makanan, dalam kesempatan yang berkah itu kami santap bersama-sama.

Di akhir pertemuan, ia memintaku untuk memberikan ceramah kepada semua ikhwah dengan tema yang tepat. Lalu saya memuji kepada Allah dan shalawat kepada Rasul-Nya, dan saya katakan kenyataan yang terjadi sekarang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Sungguh, pemuda muslim lainnya, yang telah menyelesaikan ujiannya pukul 9.30 pagi ini, setelah perjuangan yang menyita perhatian, setelah belajar dan mengikuti ujian — seperti biasanya setelah menempuh kondisi seperti itu mereka cepat-cepat pulang menemui keluarganya, kemudian istirahat penuh jauh dari hiruk-pikuk kehidupan ini. Dan kebanyakan pemuda-pemuda itu, mereka bermain bola sepak atau pergi ke bioskop. Tetapi pemuda-pemuda muslim di sini, setelah kepenatan itu, mereka bersegera datang menemui saudaranya di jalan Allah penuh dengan kerinduan, cinta, dan kasih sayang, sekadar menemui dan duduk-duduk bersamanya. Sikap mulia seperti itu bukanlah kerana atas jasa seseorang, tetapi sikap agung mulia ini berbuah dari dakwah Islam yang agung, yang menjauhkan pemuda-pemuda itu dari arus-arus kejahiliyahan kepada arus dakwah Islam, akhlak dan teladan-teladan yang islami. Sikap ini merupakan cerminan keimanan dan kecerdasan mereka serta kecintaan mereka terhadap dakwah. Dakwah islam menciptakan pemuda-pemuda muslim teladan yang matang dengan nilai-nilai Islam. Kalau saya timbang sikap saudara-saudaraku terhadap ke­cintaan yang agung ini, maka sungguh nilainya melebihi harta-harta terpendam dan berharga apa yang ada di bumi dan di dalamnya. Maha Benar Allah,

“Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.”

(Surah al-Anfal [8]:63)

Sungguh, sikap luhur yang tampak dari pemuda-pemuda itu merupakan senyuman relung jiwa kemanusiaan dan rahmat yang terhampar dari Allah Taala untuk  hati-hati kita yang penuh dengan kerinduan dan kasih sayang yang kami catat di atas lembaran-lembaran kemuliaan dan keabadian.

- dipetik daripada blog Kisah Dakwah dalam entri Sikap terhadap Dakwah Islam -

Leave a Comment

Shift your paradigm..

Comments (2)

Zatiah..

- diambil daripada blog Ustaz Muhammad Ismail dalam entri bertajuk Sifat Zatiah (Kendiri) -

Ia merupakan satu rangsangan yang kuat mendorong manusia menggunakan sepenuh kemampuan untuk melakukan kerja tertentu ke arah mencapai matlamat tertentu. Malah ia sanggup menempuh segala rintangan dan ranjau demi mencapai objektif. Sifat zatiah mendorong daie melakukan tugas tersebut, sekali pun hanya sekadar dia merasai bahawa kerja itu dapat membantu perkembangan peribadinya dalam semua aspek. Dia akan melakukan kerja kerja itu tanpa ada taklif dan mutabaah bahkan sebaliknya mengharapkan ganjaran pahala dari Allah SWT.

Read the rest of this entry »

Leave a Comment

Older Posts »