Archive for March, 2008

Apakah diri ini seperti kerbau, ataupun lebih teruk lagi?..

sekadar satu lagi peringatan kepada diri sendiri yang sering lalai dan leka..

suatu masa dahulu.. umat islam pernah menjadi kuasa besar dunia yang digeruni.. malah setelah masa silih berganti.. umat islam menjadi satu tamadun yang dikagumi.. segala jenis ilmu terdapat dalam ketamadunan umat islam.. matematik.. sains teknologi.. astronomi.. perubatan.. perakaunan.. geologi.. kejuruteraan.. falsafah.. atau apa sahaja.. semuanya terdapat di dalam tamadun umat islam.. satu tamadun yang dipandang tinggi.. sebagaimana kita melihat barat dari sudut kemajuan ketamadunan mereka, begitulah eropah pada satu ketika dahulu melihat ketamadunan umat islam.. mereka takjub..

ilmu merupakan agenda kehidupan masyarakat muslim pada zaman tersebut.. perpustakaan umum boleh didapati di merata tempat.. malah khalifah pada ketika itu sendiri mempunyai perpustakaan yang dipenuhi beratus-ratus ribu buku.. budaya masyarakat pada ketika ini bukan setakat menghiaskan rumah mereka dengan perabot-perabot mewah, tetapi juga buku-buku yang yang bernilai.. tamadun islam pada ketika itu, merupakan pusat ilmu yang terkenal.. sehinggakan Raja England pada ketika itu, King George II pernah mengutus surat kepada Khalifah Islam pada waktu itu iaitu Hisham III.. mengikut Dr. Ibrahim Syeikh, surat masyhur ini ditulis oleh King George II, Raja England kepada Khalifah Hisham III (memerintah tahun 1027 – 1031) untuk meminta izin salah seorang puterinya belajar di University of Cordoba..

Read the rest of this entry »

Comments (7)

Hari Pendidikan MISSA..

MISSA Academic Day 2008

Leave a Comment

Harga sebuah keimanan..

kelam tiada seri
kerana hati tiada iman
kerana hati tak bercahaya
dengan kasih dan cintaMu Tuhan

alangkah indahnya
kiranya hati ini bersinar
dengan segala sifat terpuji
menuju keredhaanMu Ilahi

keimanan tiada gantinya
walau segala harta di dunia
mujahadah jalan yang utama
memiliki jiwa yang bertaqwa

keinsafan tiada ternilai
walau dengan permata berharga
kesedaran adalah paling utama
memulakan segalanya

alangkah sedihnya
kiranya hati tidak terasa
diri ini sebagai hamba
kepada Allah Yang Maha Pencipta

 alangkah bahagianya
kerana iman sudah terisi
di dalam hati dan sanubari
memohon keampunanMu ilahi

Comments (2)

Aku bukannya mereka..

kadang teringin jadi mereka..
bebas di udara..
atau dalam di dasar laut sana..
atau jauh di hujung dunia..
tidak pun, tinggi di gunung sana..
ataupun terapung di angkasa raya..
apa sahaja..
atau siapa sahaja..
asalkan salah satu dari mereka..
tidak berbuat dosa..
hanya patuh padaNya..
tidak ditarik-tarik antara dua..
tidak perlu memilih yang mana-mana..
semuanya telah termaktub olehNya..
kerja mereka hanya memujiNya..
bertasbih kepadaNya..
alangkah indahnya hidup mereka..

tapi aku bukanlah mereka..
dimuliakan kita olehNya..
tetapi kita sering menghina diri kita..
bila diberi pilihan antara dua..
kita mula terpinga-pinga..
padahal telah dikhabarkan oleh rasulNya..
bagaimana memilihnya..
cuma aku yang sering mengabaikannya..

Ya Allah..
jangalah kau serahkan diri ini..
untuk dijaga oleh diriku sendiri..
janganlah pula kau serahkan diri ini..
kepada selainMu untuk diuruskan diri ini..
Ya Allah..
bimbinglah daku dalam setiap keputusanku..
amin..

Leave a Comment

Untukmu Palestin..

Leave a Comment

Selamatkan Gaza!

- diambil daripada laman web ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) dalam artikel SELAMATKAN GAZA! (Khutbah Jumaat) -

الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلا عُدْوَانَ غلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ, أشْهَدُ أنْ لاَ إلهَ إلاّ اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ، وَأشْهَدُ أَنَّ محمدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. أللهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أمَّا بَعْدُ، فيَا عِبَادَ اللهِ، أُوْصِيْكُمْ وَإيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekelian,
Dunia hanya memandang sepi apa yang berlaku di bumi Palestin hari ini. Tiada tindakan komprehensif untuk menghentikan segala kekejaman dan kedurjanaan yang berlaku. Tiada siapa yang diharapkan oleh umat Islam di sana kecuali mereka bangun sendiri menentang kezaliman dengan apa yang ada pada mereka sendiri.
Sesunguhnya bumi Palestin yang terdapat di dalamnya qiblat pertama umat Islam, adalah watan yang perlu dipertahankan oleh umat Islam seluruh dunia. Apatah lagi Masjid al-Aqsa yang merupakan persinggahan Rasulullah s.a.w. sebelum dimi’rajkan ke langit sekarang ini terancam dengan apa yang dilakukan oleh kaum terhadap masjid yang mulia ini.

Read the rest of this entry »

Leave a Comment

Futur..

Ku sedari jalan ini penuh onak dan duri
Yang kan hiasi perjuangan tak kenal henti
Hingga asa di hati terperas habis
Hingga nyawa di diri terlepas terkikis

Ku sedari kan banyak yang terseleksi
Bagi siapa yang jatuh kan terlewati
Hingga akhirnya kita kan sendiri
Hingga terlepas tanpa arti

Langkah yang dulu tegak kini tak terlihat
Wajah yang dulu cerah kini tak terasa

Wahai kawan
Bangkitlah dengan harapan
Jangan berjalan pada keputus asaan
Tolehkan pandangan pada cahaya di depan
Jangan mengarah pada kegelapan

Ku sedari jalan ini sangatlah panjang
Dengan tekad yang terucap lantang
Hingga tertinggal kemungkaran
Hingga kembali bergerak dari pertengahan

Leave a Comment

Dia tidak hadir kerana berhalangan..

- dipetik dari buku Bagaimana Menyentuh Hati (at-Thoriq ilal Qulub) karangan Abbas As-Sisi -

Dia adalah sebaik-baik teman, paling aktif ke masjid dan sangat mencintai teman-temannya. Tiba-tiba, lama sekali tidak kelihatan batang hidungnya di tengah-tengah mereka. Ketika kemudian ia dapat berkumpul kembali, tiba-tiba seorang teman datang memaki-makinya. Dengan nada sedih ia mengatakan padanya, “Kenapa kamu sekarang menengokku? Ke mana saja kamu dan teman-teman selama ini? Mengapa tidak berusaha mencariku selama beberapa bulan terakhir ini? Sebenarnya, saya sangat memerlukan kehadiran kalian di sampingku di saat isteriku meninggal dunia, dan meninggalkan anak-anak yang masih kecil. Saya memerlukan orang-orang yang akrab dengan saya pada saat-saat kritikal seperti itu.”

Hal ini menjadi pelajaran berharga bagi saudara-saudara yang belum memenuhi kewajiban kepada saudaranya yang lain dalam hal memantau keadaannya. Ini merupakan kewajiban minimum. Kerana Rasul telah bersabda, “Bila ia tidak ada maka carilah….”

Ini sekadar contoh, seseorang yang lama tidak muncul dan tidak diketahui penyebabnya, tidak akan jelas alasannya kecuali setelah menanyakannya.

Satu contoh lagi, sejumlah orang hidup bersama bertahun-tahun dalam keadaan yang serba sulit —senasib sepenanggungan—. Tiba-tiba, (sudah menjadi sunnatullah bahawa manusia pasti akan saling berpisah dan berjauhan) kerana tuntutan hidup, studi, atau pekerjaan sehingga kebersamaan itu akhirnya berhenti juga. Ternyata, ada yang menganggap temannya ini sudah mulai mengambil jarak, atau pergi kerana takut, atau kerana mulai melemah keakrabannya, dan lain-lain. Sehingga timbullah pelbagai macam dugaan. Padahal kita dilarang melakukan hal tersebut. Allah telah berfirman,

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.”

(Al-Hujurat [49]:12)

Kemudian ia menghilang dari ingatan teman-temannya, kerana mereka tidak memperhatikan haknya.

Setelah lama berselang dan banyak peristiwa penting terjadi, seperti biasanya dalam perjalanan dakwah, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kemunculan teman lama mereka yang sudah sekian waktu menghilang. Ia berada di tengah-tengah mereka.

Dia mengorbankan jiwa dan hartanya dengan penuh ketulusan dan keberanian yang mengagumkan, bahkan membuat malu sebahagian mereka yang belum memahami hakikat dakwah. Seseorang yang sudah merasakan ni’matnya dakwah, —dakwah sudah bersatu dalam hati, perasaan, dan fikirannya— maka dia akan menganggap murah semua yang ada padanya. Dakwah lebih mahal dibanding semua yang dimiliki.

Seorang da’i harus senantiasa husnuzhan, tidak merendahkan yang lain, atau merasa diriya lebih baik dari yang lain dalam barisan dakwah. Bahkan, seorang da’i pada saat tertentu ada di depan, pada saat yang lain ada di barisan belakang.

Setiap orang yang pernah tersentuh ruh dakwah nescaya akan tetap hidup bersama dakwah hingga menemui Allah. Kerananya seorang da’i harus selalu husnuzhan kepada sesama saudaranya dan menutupi aibnya, sampai ia sedar dan kembali ke jalan yang benar. Sehingga, ketika seorang da’i kembali kepada teman-temannya, ia tetap menjumpai suasana saling mencintai.

- dipetik dari buku Bagaimana Menyentuh Hati (at-Thoriq ilal Qulub) karangan Abbas As-Sisi -

Leave a Comment

Turun naik seorang mutarabbi..

moga Kau tinggalkan sisa kekuatan untukku..
kerna aku terlihat turun dan naik imanku..
dan aku mengetahui di mana kedudukanku..
hampir sekali dengan titik futur itu..
moga aku dikeluarkan dari belenggu..
moga aku dihilangkan resah diriku..
dan hanya kepadaMu aku mengadu..
agar aku tetap teguh di jalanMu..
pelbagai bisikan mendatangi diriku..
kalaulah tidak Kau selamatkan diriku..
mungkin sekali futur itu jalanku..

allahumma tsabbit qalbi ‘ala deenik..
wa ‘ala tho’atik..
wa ‘ala jihadi fi sabilik..

amin..

Leave a Comment

Musim yang berbicara..

panas begini kadang menyebabkan kita menyendiri..
terfikir juga diri ini..
apakah hari-hari yang berlalu ini..
bagai satu manifestasi kepada diri ini..

aku lihat daun jatuh berguguran..
teringat aku pada ganjaran Tuhan..
cuma yang merunsingkan fikiran..
apakah pahala ku juga seperti dedaun keluruhan..
siapa yang mampu menjamin amal ku diterima Tuhan?..

musim ini bagai semuanya ingin berbicara..
tidak cukup dedaunan berkata-kata..
aku terasa bagai angin juga ingin bersuara..
katanya apakah aku kira amal ku semuanya diterima..
tersentak lagi aku akan bicara mereka..
benar juga katanya..
mungkin sahaja amal ku bak debu yang diterbangkan mereka..

makin sedih dibuatnya..
namun makin dekat rasanya..
cuma aku yang selalu mengabaikannya..

moga amal ku diterima..
kerna redhaNya tetap tujuan kita..

Leave a Comment

Doa qunut..

Leave a Comment