Archive for February, 2008

Satu lagi surat untuk kita..

- diambil dari laman web Palestinkini.info dalam artikel bertajuk Selamatkan Rakyat Gaza! -

Berikut adalah surat daripada Setiausaha Gerakan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir untuk umat Islam di seluruh dunia. Surat ini telah dikirimkan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam dan kemanusiaan di seluruh dunia. Saya telah diminta untuk menterjemahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia yang peduli terhadap isu Palestin. Beberapa perubahan kecil dari teks asalnya sewaktu proses penterjemahan demi menyesuaikannya dengan budaya, mentaliti dan realiti rakyat Malaysia. Diharapkan agar para pembaca dapat menyebarkan surat ini kepada para pembaca bahasa Melayu yang lain demi menyemarakkan usaha menyelamatkan rakyat Gaza yang sedang menderita akibat kepungan Rejim Zionis yang zalim dengan bantuan Amerika Syarikat.

Read the rest of this entry »

Comments (6)

Surat untuk kita..

- diambil daripada website Muslim Diary dalam artikel bertajuk HAMAS: pesanan buat umat Islam di Malaysia -

FATWA DR YUSUF QARDHAWI: WAJIB MEMBANTU PERJUANGAN UMAT ISLAM PALESTIN

(Ini adalah pesanan Dr Khalil Al Haya yang mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 -17 Mei 2006 untuk siri kempen “Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS”. Pesanan ini telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh Ustaz Maszlee Malik di atas permintaan beliau)

Read the rest of this entry »

Leave a Comment

Siapa aku?..

- dipetik dari laman web Palestinkini.info di bawah kategori Sastera Palestin di bawah tajuk Siapa Aku? hasil nukilan wewr -

as-Syahid Syeikh Ahmad Yasin

SIAPA AKU?
(Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin, 1938-2004)

Lahirku di Kampung Al-Jaurah,
Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948, familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa, aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan…

Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.

Di Palestin,
Akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma’ Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.

1983, aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.

Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!

Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy’al tergagal, musnah.

Kusenyum, kulihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi,
Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.

Masjid, 22 Mac 2004 – Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah…

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kamu?
Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?

3 April 2004,
Hotel Fatamorgana,
Sweileh, Amman.

- dipetik dari laman web Palestinkini.info di bawah kategori Sastera Palestin di bawah tajuk Siapa Aku? hasil nukilan wewr -

Leave a Comment

Rest in peace..

Leave a Comment

Penjara mewangi..

Leave a Comment

I prefer by Apache..

Leave a Comment

Singa Palestin dalam kenangan..

- dipetik dari blog Ustaz Fauzi iaitu Satu Perkongsian dalam entri bertajuk as-Syahid Dr. Abd. Aziz ar-Rantisi Dalam Kenangan -

as-Syahid Dr. Abd. Aziz ar-Rantisi

Pada hari Sabtu, 17 April 2004 kerajaan haram Israel sekali lagi mengejutkan dunia dengan pembunuhan pemimpin HAMAS, Dr Abd Aziz Ar-Rantisi selepas sebelum itu mereka juga telah membunuh As-Syahid Ahmad Yasin hanya beberapa bulan sebelumnya. Jika As-Syahid Ahmad Yasin dibunuh setelah keluar dari masjid selepas menunaikan solat Subuh, Dr Abd Aziz ar-Rantisi dibunuh setelah menunaikan solat Maghrib di al-Ghafri, utara Ghaza. Selepas hanya tiga tahun, suasana politik di dalam bumi Palestin berubah sama sekali; HAMAS berubah daripada gerakan pembangkang kepada penguasa yang memaksa dunia untuk berinteraksi dengan mereka dengan cara yang lain dari sebelum ini. Sebahagian dari penduduk Palestin menyandarkan kejayaan ini (selepas menyandarkannya kepada Allah) kepada kedua-dua syahid.

Berikut adalah terjemahan petikan temubual Ikhwan Online dengan isteri as-Syahid Dr. Abd Aziz ar-Rantisi, Rasya al-Adluni yang dilakukan sempena mengingati tiga tahun pemergian as-Syahid.

Read the rest of this entry »

Leave a Comment

Halusnya mainan syaitan..

- diambil dari blog ustaz fauzi iaitu satu perkongsian dalam entri Cinta oh cinta -

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pantun orang Melayu zaman dahulu:

Nasi lemak buah bidara
daun selasih saya lurutkan
buang emak buang saudara
kerana kasih saya turutkan

Kalau roboh kota Melaka
papan di Jawa saya sorongkan
kalau sungguh bagai dikata
jiwa dan raga saya serahkan

Read the rest of this entry »

Leave a Comment

Kesabaran dalam perjuangan..

aku kira kau banyak melihat kemenangan..
kemenangan teman seperjuangan..
sehingga kau hilang kesabaran..
lalu mendesak kemenangan..
sedangkan kau tahu ini satu perjuangan..
andai kau terus dalam kesabaran..
kemenangan akan tiba di hadapan..

aku takut kalau terlalu mengharapkan kemenangan..
menyebabkan kau lupa hakikat perjuangan..
kau leka dengan kemenangan..
hingga terlupa daratan..
kau bagai dalam khayalan..
khayalan keindahan kemenangan..

aku sebagai teman seperjuangan..
ingin menjalankan tugas seorang teman seperjuangan..
aku ingin mengingatkanmu mengenai kesabaran..
agar kelak bila kita sama-sama meraih kemenangan..
kita tidak lupa Tuhan..
dan terus mengisi gerabak baru ke medan peperangan..

bersabarlah dalam tiap perjuangan..
kerana dalam kesusahan ada kesenangan..
dalam kepayahan ada pertolongan..
dan dalam penderitaan kita lebih ingat Tuhan..

aku takut kemenangan membawa kita ke tepian..
atau kita hanyut dengan kesenangan..
sedangkan gerabak baru telah bergerak ke medan perjuangan..
tatkala kita ketinggalan..
baru kita sedar ada baiknya kita tetap dalam kesabaran..

bukan aku menolak kemenangan..
aku juga ingin kita menyambut kemenangan..
tetapi bukanlah aku yang menentukan..
andai kata belum tiba kemenangan..
apa yang hendak aku sedihkan..
inikan peluang keemasan..
untuk aku penuhkan persiapan..
menuju hari kemenangan yang penuh kegemilangan..
penuh kebahagian..

di suatu tempat..
tiada mata pernah melihat..
tiada telinga pernah mendengar..
tiada hati pernah terlintas..
tiada hajat yang tidak tercapai..
dan tiada kata yang dapat menggambarkan..
kecuali kesempurnaan yang tiada tandingannya..
itulah jannah idaman..

Leave a Comment

Apakah kita mahu ketinggalan?..

berdebar hati golongan pertahanan..
menanti khabaran dari medan perjuangan..
apakah tentera telah memperoleh kemenangan..
atau mereka diambang kekalahan..

lalu tiba dari jauh kelihatan..
asap kepulan kuda tunggangan..
kuda seorang utusan..
membawa khabaran dari medan peperangan..
katanya kita masih berjuang..
amir masih tegak di hadapan..
tentera mara dengan penuh keyakinan..
kalian tidak perlu lagi risaukan..
inilah khabaran dari medan perjuangan..
mereka yang masih dalam perjuangan..

dalam kamus kehidupan..
setiap mereka yang masih dalam perjuangan..
tidak pernah terbit perkataan kekalahan..

benarlah ini utusan medan perjuangan..
dan terhapuskan khabaran palsu yang mengelirukan..
bersatulah golongan yang dipecah-belahkan..
berdirilah andainya kau telah dijatuhkan..
luruslah dalam saf penuh keazaman..
langkahlah dengan penuh keyakinan..
kobarkan semangat yang dulu kau julangkan..
tiupkan obor perjuangan..
tegaklah dalam jihad di jalan kebenaran..

khabaran palsu telah dihapuskan..
kini kebenaran berada di hadapan..
buangkan air mata tangisan..
sisihkan segala kedukaan..
ketepikan kesedihan..
tinggalkan kekecewaan..
kita masih dalam perjuangan..

amir masih tegak dalam peperangan..
panji masih lagi berkibaran..
apakah kita mahu ketinggalan?..

Leave a Comment

Teruskan berjuang..

satu ingin ku pesan..
tatkala dirimu dalam kedukaan..
tatkala dirimu dalam kesedihan..
ketika dirimu kesedihan..
ketika dirimu kesepian..
di masa kau perlukan teman..
di masa kau inginkan bahu seorang kawan..
di masa kau mahukan perhatian seorang rakan..
tatkala ini jugalah datangnya syaitan..
masa ini jugalah dia menjadi teman..
ketika ini jugalah bahunya menjadi sandaran..
dalam masa ini jugalah dia berikan penuh perhatian..
aku takut dirimu termakan dek hasutan..
musuhmu dulu, kini bertukar teman..
lawanmu dulu, kini menjadi rakan..
seterumu dulu, kini dialah kawan..

janganlah kau hilang pertimbangan..
hanya kerana kesedihan..
hanya kerana kekecewaan..
setiap yang berlaku pasti ada sebab dan alasan..
jangan kau cepat putus asa dengan Tuhan..
pastinya ada kebaikan mengapa terjadi demikian..
jangan cepat kau memburukkan insan..
kerana buruk sangka merenggangkan pertautan..

apakah kerna satu kejadian..
kau lumpuhkan segala perjanjian?..
apakah kerna satu kejadian..
kau musnahkan segala harapan?..
apakah kerna satu kejadian..
kau hancurkan segala kemanisan?..
apakah kerna satu kejadian..
kau luntur dalam perjuangan?..

mana semangat jihadmu yang dulu menjulang-julang?..
mana azammu yang baru kau sebut-sebutkan?..
mana cita-citamu yang dulu kau impi-impikan?..
mana impianmu yang dari dulu kau kejarkan?..
mana bekalan perjuanganmu yang dulu kau siapkan?..
mana arah hidupmu yang dulu kau laung-laungkan?..
mana hilangnya semangat ini semua?..

hanya kerna satu kejadian..
kau hilang pertimbangan..

ingatlah..
setiap yang berlaku ada sebab dan alasan..
apakah kau tahu apa yang berlaku di sebalik kejadian?..
atau kau hanya dalam sangka-sangkaan?..

dirimu hanya merancang perjalanan..
yang bagimu mungkin akan memudahkan..
tetapi Allah telah terlebih dahulu menetapkan..
maka terimalah segala yang ditetapkan..

bersabarlah..
teruskan berjuang..
mujahid tidak pernah luntur pengharapan..
pejuang tidak pernah mundur dalam berjuang..
satu kekalahan tidak menjatuhkan semangat juang..
satu tusukan tidak merebahkan badan..
terputus lengan bukan erti jatuhnya panji perang..

selagi amir masih berjuang..
selagi panji masih dijulang..
selagi itu dia turut berjuang..
sehingga dia menemui antara dua kemenangan..

teruskan berjuang..
wahai pejuang yang inginkan redha Tuhan..
teruskan berjuang..
wahai mujahid yang impikan syurga idaman..
teruskan berjuang..
wahai pengemis cinta ar-Rahman..

Comments (1)

Munajat..

Tuhan
Ku bisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan

Tuhan
Ku sembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikanku untuk-Mu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirah-Mu
Mardhiah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Ku rindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran pada qudrat-Mu
Ia membina ruhaniku

Ujian kepahitan
Di dalam perjuangan
Padanya ada kemanisan
Ketenangan dan kebahagiaan
Padanya syurga idaman

Comments (4)

Muda juga usia..

rupanya itu alasanmu..
rupanya itu nilaianmu..
begitu rupanya fikiranmu..

dirimu yakin punya hari tua..
sehingga leka di masa muda..
bersenang di awalnya..
kerana rasa masih ada hari tua..

kalau ku katakan ajal tidak kenal usia..
kau sudah muak mendengarnya..
kau tahu itu sejak di tadika..
cuma keyakinanmu tidak ada..

baiklah..
ku cuba tukar cerita..
apa kata kalau ku khabarkan yang lain pula..
ingin ku perkatakan mengenai dunia sana..
ingin ku peringatkan catatan di dunia..
yang ditimbang nanti di sana..

adakah kau fikir umur mu sekadar hari tua?..
apa kau ingat malaikat mencatat bila gigimu tiada?..
pernahkah kau teringat akil baligh itu pada usia bila?..
bilakah dosa pahala mu dikira?..

apa kau fikir remaja ini tidak menanggung dosa?..
tenaga hari ini, kau derma untuk siapa?..
apakah untuk Allah dan agamaNya?..
atau untuk syaitan dan konco-konconya?..

ku kira kau terlupa..
siapa sebenarnya dibelakang perjuangan mulia..
perjuangan menegakkan agama Allah di muka dunia..
dan ku pasti kau terleka..
mengenai siapa mereka..

merekalah remaja muda..
merekalah pemuda bertenaga..
merekalah usahawan berjaya..
mereka semua tidak tunggu tua..

kalau kau ingatkan mereka..
di waktu dirimu duduk di bangku sekolah sahaja..
mereka telah mengangkat senjata..
di waktu kau bermain di desa..
mereka berhijrah keluar kota..

apakah kau kira Allah akan mempersiakan semuanya?..
apakah kau kira Allah lupa jasa dan pengorbanan mereka?..
jauh sekali!

kau hanya korbankan apa?..
masa muda yang kau bangga-bangga?..
tidak..
lalu apa?..
tenaga pemuda mu yang gagah perkasa?..
juga tidak..
kemudian apa?..
owh, mungkin masa muda mu yang bernas bijaksana?..
bukan juga..
kalau begitu, apa?..
boleh jadi, keseronokan remaja?..
owh, tidak.. jauh sekali..
rupanya kau sayangkan semua..
kau sayangkan dunia..
tapi kau impikan syurga..

formulanya sahaja kau sudah salah..
bagaimana kau ingin berada di jannah?..

dunia bagi mereka yang berjaya..
hanyalah ladang mereka bekerja..
kelak mereka kan bersara..
bersama titik peluh mereka..
sejak dari usia muda..
kerana mereka tidak mampu untuk duduk bersahaja..
takut hasil mereka tidak mampu membeli syurga..

tua dan muda..
hidup mereka kerja..
kerja mereka apa?..
kerja mereka untuk agama..
kerja mereka untuk siapa?..
kerja mereka untuk Pencipta mereka..

jangan lagi kau leka..
usia bukan hanya ketika tua..
muda juga usia..

Leave a Comment

Dunia sekadar persinggahan seorang pengembara..

Leave a Comment

Apakah kau lebih hina?..

kau suka beralasan..
kau gemar mengelak kebenaran..
kau lakukan kesalahan..
tapi kau katakan ianya kebaikan..
dosa-dosa kau dalihkan..
dosa kecil juga kau ringankan..
kau bagaikan hilang pedoman..
kau sepertinya salah penilaian..
neraca mana yang kau gunakan?..
kadang aku kehairanan..
kau punya akal untuk digunakan..
seharusnya kau kenal garis pemisahan..
cuba kau fikirkan mengenai haiwan..
ambillah kucing sebagai bandingan..
bila dicuri lauk sebagai makanan..
ia akan lari sembunyi untuk makan..
namun apabila diberinya ia makan..
di kaki kita juga ia makan..
tidak lari, tidak sembunyi..
terang-terangan ia di hadapan..
kerana apa ia sedemikian?..
kerana ia punya fitrah pemisahan..
ia kenal mana kebenaran, mana kesalahan..
yang dicuri itu kesalahan..
yang diberi itu satu pemberian..
tapi dirimu tidak sedemikian..
kau kabur tentang pemisahan..
adakah kau lebih hina dari haiwan?..

 na’uzubillahi min zalik..

Leave a Comment

Older Posts »